Random
Tak ada apa yang special kecuali dari gerak kerja yang semakin bertambah, manusia yang kadang-kadang menguji kesabaran dan juga kematangan akal fikiran untuk menguasai diri sendiri samada untuk bertindak atau diamkan diri sahaja
Tapi aku perasan semua ini sebenarnya satu medium latihan untuk aku tolonglah bertenang, tolonglah bagi senyuman walaupun hati kau memang tak suka, tak nak. Sekarang aku cuma nak bertenang, nak selesaikan semua benda dengan cepat, tak suka bertangguh
Mungkin menurut dari perangai ayah aku kot yang semua benda nak tersusun, teratur dan cepat? Hehehe
Apa pun terjadi, aku bersyukur aku ada kerja. Duit bulan-bulan boleh bayar commitment, bagi belanja mama ayah makan, adik beradik dan anak buah makan. Simpan sikit untuk masa depan, cukuplah seadanya
Tapi kalau dapat lebih, why not? Okay otak aku dah start fikir lama dah nak menjual apa lepas ni hehehehe
Itu je lah kot nak cerita? Atleast rasa puas dapat meluahkan hehe
0 comments