Aku pun taktahulah apa yang tak kena dengan diri aku nie
Kadang-kadang macam okay, kadang-kadang macam tak. Bila okay, semua okay tapi bila tak tu, rasa macam nak ribut, tunggang-langgang semuanyaaa. Serba serbi tak kena, nak marah, nak nangis.
The truth is I feel nobody see me. Like 'see' me, in depth and real me. Maybe sebab aku sangat selalu portray diri aku yang sangat okay dan always "takpe" so maybe people take me for granted? Idk.
Kadang-kadang aku rasa adakah ini sebab childhood trauma aku? Aku tak dapat yang aku perlukan semasa kanak-kanak so end up, bila besar, aku jadi memberontak.
You know what, dalam hati dan jiwa aku ni, macam-macam aku plan aku nak buat itu ini tapi semuanya sebabkan satu benda, plan aku tu terus hilang. Why lah? Why lah aku masih nak stay di tempat yang sama sedangkan aku boleh je explore ke luar dan jadi bebas
Im afraid tapi why not, bebaskan diri kan?
Entahlah. Aku tak tahu dan aku jadi penat dah. Aku cuma nak rehat je. Aku rasa aku ni macam parasit pada diri sendiri yang makan diri sendiri dalam diam dan dalam.
Wow. What had happened to you mysara? You are not okay and thats not okay.