Kelemasan Yang Terpaksa
Bismillahirrahmaniirahim
Banyak benda berlaku dalam life aku. Mostly pasal kerja je lah. Now aku faham bila ada orang busy kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Even kadang-kadang time weekend pun kerja? Aku macam whatt?
Now, aku lah orang itu. Yang nak ajak lepak pun kena tengok calendar. Yang tengah packing baju untuk travel lagi 2 jam, tetiba dapat calendar invitation kena p travel lagi. Yang lepas balik kerja pun sanggup p lepak mana-mana cafe sebab tahu kalau balik rumah, konfem takkan buat kerja. Dateline back to back sampai kena curi-curi masa nak bukak laptop. Yang dalam dewan tengah ada event berlangsug, tapi kau dekat luar dewan dengan colleagues kau sebab nak bincang untuk next event. Yang lagi 2 jam event nak start then kau and team kau terpaksa hijack event sendiri dengan plan on the spot yang baru terfikir. Belum campur lagi dengan kerja-kerja hakiki yang kena hadap data, reporting dan pelbagai event kena handle dalam masa yang sama, yang semuanya tak samaaaa langsung.
Hectic kan? But yeah, thats me.
Aku macam sedang menahan je sekarang ni. Nak kata okay, tak okay sebenarnya sebab benda ni hectic sangat sampai aku terpaksa amik vitamin untuk maintainkan diri sendiri. Nak kata tak okay, aku masih mampu gelak ketawa dan aku appreciate sangat dengan the journey itself sebab aku banyak belajar, nak lawan rasa takut aku. Aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Dan bila dah jadi ini semua, mulalah diri tak stabil. Emosi entah pape je yang datang. Mengarut betul kan? But itulah hidup, itulah seorang perempuan yang perasaannya pun entah okay atau tak.
Doakan aku kuat. Aku mampu buat ini semua cuma kadang-kadang rasa best kalau kita tahu ada orang take care pasal diri kita kan? Lah?
Nevermind. I think I can manage this. Insha Allah pasti ada rezeki lebih yang berkat yang Allah nak bagi :)
0 comments