Aku tak tahu kenapa entry blog aku hilang, esp yang latest ni dia tak nak keluar
Ah biarlah --- yang penting aku nak menaip
Ya Allah, harini aku rasa moody sangat. Entahlah tak tahu sebab apa. Well--- hmm, actually aku tahu sebab apa tapi mengada kan?
Biarlah, aku ni dah tahap usia lantaklah apa jadi, jadilah. Tapi kalau something happened, yang buat aku sedih, aku sedih yang teramat sangat. Masa tu, rasa nak nangis je tapi takboleh.
End up, perasaan tu jadi bottle up dalam hati. Tu yang asyik nak marah, sebab rasa macam tak lepas. Sakit tahu tak
Pernah rasa
Apa yang korang buat kalau di situasi aku? Aku penat. Dah pendam banyak tahun dah. Aku dibesarkan dengan cara macam ni kot? I dont know
Sometimes aku rasa nak lari je jejauh. Sekejap pun jadilah, sebab rasa macam patah hati sangat. Yup, thats the correct words
Patah hati.
Sedih. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak meluahkan dekat manusia, manusia lain pun ada masalah sendiri. Siapa je yang sudi?
Nak meluahkan dengan Dia? Dah sudah. Nangis banyak kali dah, tapi rasa macam tak puas
Allahukabar. Banyak sangat ke dosa aku ni sampai begini teruk sekali aku rasa? Apa yang perlu aku buat ya?
Allahuakabr, astagfirullahalazim. Beratnya ujian rasa yang Dia berikan ni tapi aku tahu Dia tahu aku mampu nak hadap
Tapi harini, haih - just another day with emotional hormone thinggy
Hi
I just spend about half an hour je nak edit template blog ni so here it is :) Suka tak?
Bertahun sangat dah aku abaikan blog aku ni. Diam je terus. Tak ada masa terluang sangat nak menaip and plus sekarang dah ada social media kan, so banyak sharing dekat situ je
But then aku realized --- social media tu semua hanyalah sekejap dan pendek je. Dekat blog ni lain, rasa macam diary sebab keluar dari hasil hati kau sendiri, apa yang kau rasa
Thats why aku sayang dengan blog aku ni. Dekat sini lah banyak simpan cerita masa zaman aku belajar dulu, zaman putus cinta (hik hok!), zaman jiwang-jiwang dulu --- bayangkan, since aku Form 5 aku menulis ni dan sampai sekarang, hehe memori sangatt
So entahlah, tetiba je aku rasa macam aku nak menulis, nak bercerita.
Memula aku try nak gunakan tulis tangan, ala journal tu tapi lenguh tangan pulak. Kita pulak jenis penuh perasaan bila menulis hahahaha so macam banyak benda nak menulis. Menulis journal tu sekejap je bertahan
Then cuba beralih dengan menulis di social media. Ah benda ni macam tak selesa. I dont know how to put that into words, but yup -- no, its feels different
So dalam duk mencari peluang, teringat balik dekat blog awal tahun ni. Kesian sangat dekat dia, terabai kan?
Long story short --- maka hasillah entry aku yang korang baca ni hehehe
Lepas tu takboleh tidur, maka editlah itu ini template blog ni. Aku memang decide nak blog yang kelihatan simple je, malas aku nak edit beria sangat. Nak clean dan tenang, nak orang baca pun senang
Faktor usia ke? Haha
Apa-apa pun, welcome back mysaranewrie :) youve been so strong all this years and now, you are back again and Im sure, with now, with the age you are now ---- im sure there's a lot you can share, you can learn from others and perhaps, you can fill in something inside your heart
Tak usah khuatir dengan apa yang akan berlaku kerana semuanya adalah kerja Dia, bukan kita :)
I need to change my blog template
Okay banyak kenangan yang lama dekat blog ni. Aku duk tengok-tengok, banyak sangat. Ada benda best, ada benda tak best. Ada manis, ada pahit.
But Alhamdulillah, overall is okay. Im okay.
Cuma yelah---
Bila dah meningkat usia ni kan, kau macam dah sedar ada benda yang kau kena lepaskan. Ada benda yang pernah kau miliki tapi bukan untuk selamanya. Ada benda kau kena pandang ke depan dan hadap je lah
Itulah motto aku sekarang. Layan je lah, malas nak cakap banyak
Compare aku dengan dulu, aku rasa sama je tapi Im feeling better nowdays.
Banyak benda aku nak ceritakan tapiiiii macam malas je. But I know I must write something.
Boleh bagi idea tak nak tulis apa?
And boleh bagi idea tak nak edit blog template ni? Banyak features baru sampaikan aku dah tak tahu nak edit macam mana heheh
Well -- aku boleh rasaka aku nak buat business lain. Its not about doing business now is not good but I think I want to JV other business, doing something that I have time sebab sekarang aku dah bekerja hihih
Cause I need to rant. I need to let out dan sebab aku tengah stress ni hadap Power BI sebab aku nak kena come out dengan something pasal data, my work related lah