Badanku Sakit Kerana Motor

by - Tuesday, January 19, 2010

*yang terbang 2 aku lah!

Salam. Ok! Hari yang aku debar-debarkan telah menjelma pada hari ini. Bangun pagi tadi, mandi2 dan makan2 terus aku pergi kerja. Masa tengah kerja, Gim May ada tegur aku kenapa aku senyap je. Bila aku jawab, baru dier paham dan macam tak nak kacau aku. Siew Ting pun sama jugak. Nasib baiklah hari ini tak ada customer ramai. Hehe. Tak lah penat sangat badan aku nanti.
Lepas kerja, aku bergegas ke Ganda Semangat Asia aka GSA iaitu tempat yang aku amik lesen kereta dan motor. Oh ya! Hari ini aku ada praktikal motor lah. Berdebarlah sebab aku tak pernah bawak motor! Aku ulang, aku tak pernah bawak motor! Bawak skuter 2 pernahlah, masa Form3. Racing dengan kawan kat dalam sekolah. Lepas 2 cikgu displin sekolah lama aku tangkap *teet! ok. cerita tamat!

Start bawak motor dalam pukul 3 ptg tadi. Adalah seorang pakcik tua ni *budak2 ni panggil die Pok ajar aku bawak motor. Hey! Baru aku tahu bawak motor tak ada lah susah sangat kan! Haha. Memang bestlah masa 2 sebab dia suruh aku round-round dalam litar sedangkan kawan2 sekelas praktikal dengan aku masih menunggu cikgu lagi. Hehe. Riak giler masa 2.



Then bawaklah motor dengan diorang semua. Buat pusingan 8 dan lalu dekat celah-celah kone. Laluan atas tebing 2 tak buat lagi tapi aku gatal-gatal nak buat. Dan akhirnya *bukan jatuh ok! aku tak dapat buat. Haha. Mak aku gelak je aku bawak motor. Ceh!

Dalam pukul 4.30ptg kitorang practise atas jalan raya dalam litar 2. Masa 2 cikgu ajar cara-cara nak bagi isyarat tangan 2. Aku memang tak boleh pergi betul bab nie! Aku tak pandai nak estimate masa nak perlahankan motor. Aku angkat isyarat perlahan tapi lepas 2 aku press minyak lagi. Haha.

Masa lalu kat jalan lurus, aku press lah minyak. Masa 2 aku pakai gear 4 tak silap aku. Wah, memang bestlah! Angin menderu-deru walaupun masa 2 cuaca agak panas. Aku tengoklah kawan aku dah bagi isyarat berhenti. Aku pun tekan brek tapi motor tak slow-slow pun. Aku pun cuaklah! Apa lagi, BOOM!! Aku terlanggar lah motor depan 2. Dua kali taw tak. Haha. sampai pecah nombor plat motor kawan aku 2. Rupa-rupanya aku tak guna brek kaki. Aku guna brek tangan. Padanlah tak berhenti-henti. Hish!

Kumpulan aku semua 2 habis gelak. Aku rilex lagi lah masa. Then jalan-jalan lagi, practise isyarat tangan. Masa kat permulaan litar 2, cikgu suruhlah kitorang test motor. Cek helmet, lampu, brek, hon. Hah, masa ni aku nak cek lampu kat belakang. Tapi aku pergi press minyak kuat giler dan motor aku secara automatik terus ke depan dan BOOM! Langgar sekali lagi. Kesian kat akak 2 sebab die nyaris-nyaris nak jatuh. Sekali lagi semua orang duk gelak kat aku. Masa 2 aku rasa nak give up dah. Cikgu ajar aku dan akhirnya aku paksa kan diri aku jugak! Dan akhirnya aku dah boleh bawak motor! Yeay! Malaysia Boleh! Mysara pun bolehlah! Haha

Setengah jam sebelum habis, kitorang diberi kebebasan untuk pratise sendiri. Mula-mula aku follow akak yang aku langgar tadi. Tapi entah camana entah die dah hilang! Haha. So aku pun mulalah merayau sorang-sorang kat litar 2. Serius cakap, aku rasa rugi giler tak belajar motor awal-awal.


Follow sama akak itu!

Lepas balik 2 aku pergi makan. Aku try lah nak update status aku kat FB pakai HP tapi tak boleh. Hish, lantak lah. Oh ya! Aku ingatkan aku sorang je yg amik lesen kat GSA. Rupa-rupanya ada lagi 2 3 orang yang sekali dengan aku. Hehe.

Tapi apa yang paling syok sekali ialah serta-merta aku menjadi popular dan famous di GSA tadi kerana aku tak pandai bawak motor. Boleh dikatakan semua orang tengok je kat aku masa aku bawak motor tadi. Haha. Group aku pulak selalu tanya aku ok ke tak. Aku jawab je lah ok sebab aku rasa aku ok. Haha.



Disebabkan aku tak pandai bawak motor, masa mula-mula nak start motor 2, gear motor aku tak free. Masa 2 aku rasa cam panik dan bengang giler sebab betul-betul depan aku adalah sekumpulan budak lelaki tengah tengok aku. So aku pun tanyalah diorang macam mana nak buat. Dan muncullah salah seorang lelaki dalam group tadi tolong aku. Wah, he is my hero! he save my life! Haha.


Tapi kan mak aku cakap, lepas je aku bawak motor, diorang satu group gelak-gelak. Ceh, mengata dekat aku lah 2. Huh! Abaikan ~


Oh ya! Masa aku tengah menaip entry nie kaki dan tangan aku sakit giler. Tulang kering kaki kiri aku sakit sebab asyik2 terkena dengan alas kaki 2 dan tangan aku sakit sebab aku genggam handle motor dan stereng kereta terlalu kuat.


Secara keseluruhannya, aku memang enjoy sangat-sangat bawak motor tadi. Haha. 1st time bawak motor sendiri setelah 18tahun melingkar di atas muka bumi ini. Sedikit rasa bangga muncul dalam diri sebab aku rasa aku layak untuk berperasaan begitu. Hehe


Dah habis praktikal kereta dan motor. Maknanya sekarang ini kerja aku ialah hanya menunggu lesen L! Yeay! Mintak-mintaklah cepat sikit dapat lesen L. Hehe.


credit to : Mak saya lagi sebab sanggup tunggu selama 3 jam lebih semata-mata untuk tengok aku bawak motor. Hehe. Oh ya! Tak lupa juga kepada group aku, cikgu dan Pok sebab ajar aku bawak motor. Hehe



You May Also Like

2 comments