Bawa Kereta Susah ker??

by - Monday, January 18, 2010

*sedang menunggu giliran untuk menjalankan salah satu acara yang menunjukkan aku sudah menginjak ke alam dewasa!


Salam. Tanggal 18 Januari *ehem, dah 18 tahun 10 harilah aku dah cukup umur merupakan detik yang paling aku tunggu-tunggu dan bermakna bagi aku. Hal ini kerana *haha, macam karangan BM pulak! aku bakal merosakkan dan mempertaruhkan nyawa aku dengan membawa kereta! Hehe. Hari ini aku bawak kereta di litar selama 3 jam.

Sampai dekat kaunter 2, aku dapat tahu aku dapat cikgu lelaki. Oh yes! Act aku baru cakap dengan mak aku yang aku nak cikgu lelaki sebab berani sikit kan? Tapi muka nampak garang gila! Haih ~ Makin kuatlah jantung aku berdup dap dup dap. Hehe. Lepas bagi IC, dia pun ambik kereta dan suruh aku masuk dalam. Wah, berdebar ar jugak masa 2.

Lepas 2 die bawak kereta dalam satu tempat dalam area litar 2. Aku tak berapa sure pulak nama cikgu 2 apa. Tapi aku rasa Azuwa kot? Aku teka je lah *ok, sila abaikan Dia terangkan lah dekat aku cara-cara pemandu berhemah dan banyak lagi nasihat yang dia bagi tapi yang paling aku ingat ialah "..buat apa nak takut dekat kereta. Kita yang buat dia jadi kita bolehlah kawal dia.." Haha. Itu saya sangat setuju cikgu!


Mula-mula die tunjukkan dekat aku semua cara-cara nak pandu kereta *err aku tak payahlah nak explain satu-satu ok? Semua yang dia terangkan samalah dengan mak aku terangkan. So aku pun ada lah menguap beberapa kali. Haha. Agaknya die tengok aku menguap, die berhentikan kereta tapi jalan dan cakap "..Ok! Awak pulak bawak.." Aku? Terkebil-kebil!

Aku pun masuk dalam kereta dan bawak. Hehe. Ok jugaklah. Aku keliru dengan clucth dan minyak especially masa nak mula-mula jalankan kereta 2. Tapi bab2 tukar gear, tekan brek, lepas minyak, tengok side mirror, bagi signal dan bukak pintu kereta *haha, budak 3tahun pun pandai weh! aku dah retilah. Hehe. Yang paling aku bangga ialah masa die cakap "..Tukar gear 2.." Aku pun dengan penuh expert dan berkeyakinan tinggi menukar gear tersebut lalu terpacul lah ayat die mulut cikgu aku 2 "..Hah, oklah 2. Boleh cepatlah lesen nanti.." Oh yes! Haha

Dan tibalah masa untuk naik bukit. Naik atas bukit ini memang agak mencabar jugaklah sebab tayar depan kena betul-betul berhenti dalam garisan kuning 2. Sumpah! Aku blurr giler masa cikgu terangkan. Masuk kali ke 3 nak naik atas bukit, die cakap "..ok awak pulak!.." sambil keluar dari kereta.

Aku pun testlah beberapa kali. Ada jugaklah beberapa kali aku berjaya masukkan tayar dalam garisan kuning. Act ada cara2 die nak pastikan tayar masuk dalam garisan kuning 2 tapi aku tak praktikkan. Hehe. Maaf cikgu!

Yang paling cuak sekali masa kereta itu betul-betul atas bukit tapi die tengah cakap tepon! WTH??!! Aku rasa aku nak menjerit je masa 2 tapi entah macam mana aku boleh pulak stopkan kereta aku 2 betul2 atas bukit. Hehe. Involuntary action! Lepas die cakap tepon 2 die tengok aku dah berhentikan kereta dan die pun cakap "..Eh, awak ni ok dah! Ok jalan!.." Sedikit rasa bangga muncul dalam diri. Haha


Tapi part yang paling ialah masa aku tengah drive, cikgu aku nie boleh pulak tanya "..awak tengok tak Raja Lawak semalam?.." Haha. Aku cakaplah tak sebab malam tadi aku kerja. Then dia pun mulalah cakap pasal beberapa peserta yang join Raja Lawak 2. Antara yang aku ingat "..Faiz tak berapa menjadi lawak die.." "..Malam tadi JD lah yang keluar tapi lawak die oklah semalam.." "..Kechik pun ok jugak.." Aku pun mulalah borak-borak dengan cikgu aku 2. Oklah.

Then dalam pukul 11 tamatlah sessi praktikal kereta aku selama 3 jam dalam litar. Tapi tak dapat lesen L lagi sebab kena tunggu praktikal motor pulak. Praktikal motor aku petang esok selepas aku habis kerja. Aku takutlah nak bawak motor nie sebab aku tak reti langsung bawak motor!!!


Aku rasa setakat itu sahajalah kot yang mampu aku tulis pasal pengalaman aku bawak kereta. Haha. Lepas ni tak tahulah macam mana aku nak bawak motor. Haih ~ For sure ayah dan mak aku suruh aku bawak kereta pulak sebab anak dara diorang ini dah pandai bawak kereta. Hehe


Credit to : Mama sebab sanggup tunggu selama 3 jam lebih sebab nak tengok anak die bawak kereta. Hehe. Sayang mama!

You May Also Like

11 comments