Kebaikkan dan Keburukkan Berblog

by - Tuesday, July 19, 2011



Malam makin sunyi. Mak si gadis itu dah mengucapkan selamat malam. Si gadis masih duduk depan lappy. Lalu di ambilnya mask Nivea dan dipakaikan di mukanya. Penuh rata dan cermat dia sapu


Duduk kembali di depan lappy. Tangannya rancak mengklik-klik beberapa dokumen di folder UiTM Dungun lalu ditekannya BEL - Term Paper


Kemudian dia menaipnaip beberapa patah perkataan sambil mengerut dahi, cuba berfikir dengan lebih mendalam lagi. Dibukanya broadband Maxis dan mencari Google Translate, mencari maksud beberapa ayat yang dia sendiri kurang faham


Kemudian terdengar keluhan "Ohh ~" lalu dimatinya broadband Maxis, bagi mengelakkan dari terbukanya FB milik si gadis tersebut. Lalu si gadis sambung membuat kerjanya


Tak sampai 20 minit, si gadis mula buntu. Fikiran tak boleh berfikir. Hmm ~


Dibukanya kembali broadband Maxis lalu membuka FB. Membalas komen-komen dan tergelak sorang-sorang di depan lappy, melayan karenah beberapa kawan yang ada sahaja lawaknya :)


Kemudian buka Tumblr, reblog beberapa post dan tetiba terfikir ingin mengupdate blog.


Oh kawan-kawan ku sekalian,



ADVANTAGES AND DISADVANTAGES OF BLOGGING



apa ehh? Ni tajuk term paper BEL aku dan aku buat sorang-sorang. Dah ada idea tapi macam tak tahu nak tulis apa


Mohon kerjasama dari anda semua :)
Ikan puyu go samah, thank you so much ! :D


You May Also Like

6 comments