Terus Terang Sahaja

by - Thursday, July 14, 2011



kau selalu memandang ke langit dan diam membisu
membiarkan aku tertanya-tanya sendirian
membiarkan aku kebingungan
dan
membiarkan aku ketinggalan
jauh ke belakang

kau selalu membiarkan aku
dengan seribu satu persoalan
terhadap apa yang kau lakukan
aku selalu bingung
dan
aku berkerut dahi sendirian
cuba mentafsir apa yang kau cuba lakukan

kau selalu bermadah dan senyum kepadaku
membiarkan aku dalam kegelapan
tanpa mengetahui apa maksud kau
dan
akhirnya aku sedar
senyuman itu pudar di bibir kamu

jelaskan lah sahaja
aku tak mampu nak tafsirkan semuanya
aku sudah letih
rahsia dalam hati dan dada ini
aku simpan sehingga kini
biarpun sakit
tapi aku biarkannya

aku selalu memandang bulan
kerana aku tahu
mungkin kau dan aku
memandang bulan yang sama

18jun2011
2227

You May Also Like

0 comments