Bagaimana Kami Bersatu ; BacAS, SMF dan CASS

by - Friday, November 07, 2014

Assalamualaikum

Hari ini dengan rasminya aku melepaskan jawatan aku di Bacas. Well ~ Bacas stand for Bachelor of Administrative Science Student Society (BacAS) khas untuk pelajar AM228. Aku rasa batch aku paling lama pegang Bacas iaitu mau dekat lebih setahun lebih, since July 2013 sampai November 2014


Aku ingat lagi macam mana aku dengan kawan kawan aku survive. Memang sakit giler esp masa kami  pindah ke UiTM Seremban 3. Masa tu semua pelajar macam takut, biasalah resistant to change kan? Tapi kami yang Bacas kena prepare mental dan fizikal awal awal sebab kami kena calm down kan students kalau ada apa-apa. Well ~ that a student body representative kena buat kan?

Hari AGM Bacas, hari pertama kami semua dilantik menjadi Bacas Committee bagi sessi 13/14
Masa ni dekat UiTM Shah Alam lagi :)
SMF, Bacas dan CASS masuk Ledang! Hahaha
One of the best memories Ive ever had with you guys :)
Cerita Ledang habis dekat Ledang nohhh kekekekkeke
*If you know what I mean lah hahahah

Aku ingat lagi, hari pertama dekat UiTM Seremban 3, kami lah yang pergi sana sini, uruskan itu ini, sediakan itu ini dekat pejabat am fakulti, berpeluh seribu macam baru lepas mandi sebab bekerja tapi kena pakai blazer, berlari situ sana sini sampaikan orang ingat kami ni pekerja hahaha Sebenarnya kami just tolong je tapi tu lah ~ end up students ingat kami ni pekerja UiTM hahahah takpelah dik, kami relakan sajooooo asalkan awak senang. Biar kami susah asalkan awak bahagia :)


Masa pindah Seremban 3, kami dapat bilik sendiri, dah tak payah nak share dengan CASS macam dekat Shah Alamm sampaikan kalau nak masuk bilik meeting tapi ada budak CASS, mesti akan cakap "Alaa budak CASS lah!" sambil undurkan diri hahahah tapiiiiiiiiii walaupun dapat bilik lain-lain dekat Seremban, aku rasa kami semua lagiii rapat, lebih bonding, lebih mesra dari dekat Shah Alam dulu. 

Bilik meeting Bacas/Cass di Shah Alam hahah Rindu bilik nieee
Masa ni tengah kemas barang untuk dibawa pindah ke Seremban 3:)

*CASS adalah persatuan pelajar untuk pelajar AM225, Bach of Corporate Administrative, Corporate Administrative Students Society*

Kalau jumpa, kami sama-sama tegur, usik mengusik. Budak CASS lepak bilik Bacas dan sebaliknya. Budak Bacas amik makanan budak CASS dan sebaliknya. Ya Allah ~ memang kami sama-sama jadi rapat sejak pindah Seremban 3 :) Lepas tu, kalau CASS buat event, kami Bacas akan turun padang sekali, kasi support, tolong apa yang patut dan kalau Bacas buat event, budak CASS pun akan buat benda yang sama. ya Allah ~ bonding kami memang slowly develop sejak pindah Seremban 3 nie :)


Aku ingat lagi, semester last kami di Shah Alam, kami Bacas dan CASS sama-sama janji bawah khemah dalam bergelap untuk lebih rapatkan lagi hubungan antara kami semasa post mortem Family Day. Masa tu tembok ego antara kami dua buah persatuan dalaman runtuh perlahan-lahan. Masa tu kami mula start kenal masing-masing. Korang ingat lagi tak? 

Bacas dan CASS ; bergabung meletopsss!

Tapiii sapa boleh lupakan SMF? Hahhaha SMF is stand for Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi? Kalau dulu dekat Shah Alam, langsung tak kenal siapa budak SMF sebab bilik diorang dekat level 4, kitorang dekat level 3 jeeeeeeeee kekekekke Diorang ni ibarat ketua kami lah hahaha sebab mereka ni adalah yang rapat dengan pihak pentadbiran, tolong fightkan paperwork kami dalam meeting, tolong cek kan proposal, tolong guidekan kami kalau ada apa-apa. 


Walaupunnnnnn macam tue, aku tak pernah rasa ada jurang antara kami sebab kami sama-sama share susah dan senang. Kau susah, aku tolong. Kau senang, aku gembira. Kau mop lantai, aku kutip sampah. Yes, memang itu kami. Sama-sama tolong. Tak payah nak cakap, masing-masing dah boleh ada telepathy hahahah dah boleh faham dah :)


Antara Bacas, CASS dan SMF ; kami memang rapat sejak pindah Seremban 3. Kalau ada gap kelas je esp masa lunch hour, masing-masing akan pergi ke Bilik Sumber Pelajar sebab dekat situ lah bilik kami 3 persatuan dalaman terletak. Masa tu lah akan dengar borak-borak, duk bincang benda-benda penting dan lepas tu bising dengan gelak ketawa. Kadang kadang kan, aku rasa pelikkk je kalau satu hari tak pergi Bilik Sumber Pelajar tu. Biarlah tak ada kerja pun tapi mesti nak pergi jugak sebab nak tau gossip hahhaha Kalau tak ada budak Bacas, SMF dan CASS kan ada :)

Orang lain duk rehat time lunch hour, kami Bacas, CASS, SMF dan MPP duk meeting haaaaaaaaaaa
Masquerade Night ; gabungan kerjasama antara Bacas dan CASS :)

Kalau cakap perihal barang-barnag kami pulak hahahah tak kisah dah. CASS punya barang, kami pinjam. SMF punya makanan kami amik makannn. Bacas punya air kotak, CASS dan SMF boleh amik minummmm hahahahah Punyalah rapat sampaikan kami gelar kami semua ni adik-beradik, tulang rusuk kiri lah ~ macam macam! Hahahha 


Kalau bab-bab kerja, kami semua Alhamdulillah boleh saling bagi kerjasama yang baik. Aku seronok dapat kerja dan satu team dengan diorang semua nie, baik dari Bacas, SMF atau CASS. Jujur aku cakap, mostly aku kenal diorang ni sebab kan atas dasar kerja dulu, bukan sebab kawan. Kerja comes first then baru lah saling kenal mengenal :)


Memang penat. Kadang kadang event berturut-turut, sampai aku rasa macam ya allah ~ nak cramp dah satu badan, otak dah nak migrain bagai tapiiiiiiiiiiiii aku sanggup buat kerja semua ni sebab aku tahu aku ada team yang sangat best untuk bekerja. Aku ada satu team yang aku tahu ada time susah senang, yang kau susah aku pun susah. Biarlah badan dan otak penatttttt sekali pun, tetap nak buat kerja jugak sebab nak join dan spend time dengan diorang. Pendek kata, sanggup buat apa sahaja asalkan dapat bersama dan bekerja dengan korang :)


Orang lain duk midterm break, kita sama-sama stay dekat fakulti, organize
Debat Piala Dekan FSPPP Se-Malaysia, ingat lagi tak? :)

Permulaan di mana kita ; SMF Bacas dan CASS menjadi rapat :)

Percaya tak, kita semua bermula dengan zero lepas tu ada pulak tembok ego persatuan dalaman masing-masing tapi semua tu berubah sejak kita berpindah ke Seremban 3. Kita sama-sama bangkit, sama-sama share susah dan senang. Orang nak mengata apa pun, kita tahu hal sebenar dan kita sama-sama ada untuk sama-sama. Kita share masalah sama-sama, kita selesaikan sama-sama. Kita gembira sama-sama, kita kena marah sama-sama, kita ketawa sama-sama

Goodluck adik adik baru Bacas! Ingat balik apa pesanan kami tadi
Yang penting, jangan lupa kekekekek okay? hahaha

Makan atas lantai pun takpeeeeeeeeeee asalkan dengan korang!

Haaa tengok! CASS pun join makan atas lantai jugak! hahaha

Dan hari ini, setelah lebih dari setahun kita pegang jawatan, dah tiba masanya kita undur diri kan? Dah tiba masa kita kena say goodbye untuk semua kenangan kita. Setiap permulaan pasti ada penamat dan penamatnya adalah hari ini.


Kepada MPP UiTM Seremban 3, aku nak ucapkan terima kasih sebab atas bantuan korang yang bagi kami guideline, yang turun padang dan support event-event kami. Thank you so much guys!


Kepada Bacas Committee sessi 2013/2014, terima kasih aku ucapkan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terima kasih untuk semua kenangan yang tercipta, susah senang kita share sama-sama, peluh dan tenaga yang kita keluarkan, cerita sedih dan gembira yang kita sama-sama kongsi (esp masa kita p makan steamboat hari tue HAHAHAH)  dan banyakkkkkkkkk lagi. ya Allah ~ tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan untuk sampaikan betapa beruntungnya aku dapat bekerja dengan korang dalam satu team. Aku dah anggap korang semua macam satu family aku di UiTM. Terima kasih :)

Dalam sibuk dan penat bekerja, kami ahli Bacas sempat lagi keluar makan bersama :)

Mesti rinduuuu dengan korang semua nanti! Konfem! 

Kepada CASS, adik beradik aku :) Terima kasih untuk sentiasa beri sokongan dan support walaupun korang ada benda dan kerja yang kena buat. Terima kasih untuk setiap teguran, nasihat dan cerita-cerita yang kita share. Terima kasih sebab selalu ada untuk Bacas dan sama-sama tolong kami kalau ada susah dan segala kesenangan kita kongsikan bersama. Terima kasih untuk kenangan kita semua


Kepada SMF, boss! hahahah terima kasih untuk sentiasa teguran dan nasihat esp jawatan aku yang crucial dan memerlukan profesionalism. Terima kasih untuk sentiasa bagi guideline dan tegur kami dekat part mana yang kami terlepas pandang, terima kasih untuk setiap fight yang korang buat untuk paperwork kami. Terima kasih! Oh ya ~ Bacas kan tulang rusuk SMF kan? hahahha

Thank you Hisham, Boss kami aka Presiden SMF serta ahli SMF yang lain, yang
banyakkkkkkkkkkkk sangat tolong kami!

One day, aku pasti akan rindukan korang. Sangat-sangat. Lepas ni kita semua tak tahu nak lepak dekat mana sebab dah tak ada bilik dah kan! hahahahhah 


Ingat, hubungan persahabatan antara kita 3 persatuan dalaman ni aku harap sangat kekal sampai bila-bila. Jangan sesekali lupa dan ingat balik asal usul kita, macam mana kita sakit pada mulanya dan slowly dah naik perlahan-lahan. Ingat semua penat yang kita hadap dan segala sakit yang kita tanggung. Kita tahu kita ada sesama untuk kita. 


Akhir kata, terima kasih untuk semua. Aku nak sebutkan pun rasanya macam terlalu banyak sangat! So terima kasih untuk semuanya. Harap halalkan semua. Aku mesti akan rindu korang semua nanti, Bacas, SMF dan CASS. Aku mesti dan pasti akan rindu dengan gelak ketawa kita semua, meeting kita sampai lewat petang dan malam. Aku mesti akan rindu dengan segala gossip kampus yang kita tahu hahahah aku mesti akan rindukan semuanya. Oh ya, jangan lupa ye kekekekekke aku! Hahaha. 


Pelik. Aku dah join ASCAPS masa Diploma, handle banyak event dan jumpa banyak orang, jadi Sekretariat, pernah jadi JPK Kolej tapiii tak pernah aku rasa sesedih macam aku nak lepaskan Bacas


I cannot even imagine where I would be today were it not for that handful of friends who have given me a heart full of joy and its you guys ; Bacas, SMF dan CASS sessi 2013/2014


Bacas Committee 2013/2014 with Sir Bastyian and Madam Izreen.
Im gonna miss each one of you guys!


p/s : borang keahlian KESARA dah officially bukak. Nak join? Hahahahahahhahahah 


 

You May Also Like

0 comments