Assalamualaikum
Mengadanya aku ni. Dah lama habis belajar tapi malas nak update blog. Hihihi sorry geng! Sebab utama adalah sebab malas. Tapi sejak tukar background blogger dan header blogger yang konon-konon macam indie tue pfft ~ rasa eh jomlah, semangat pulak iolss nak menulis :)
So yeah, maka kini nak umumkan ; setelah bertunggang terbalik, berbengkak mata sebab tak cukup tidur dan menangis, migraine dan sakit kepala yang macam dah jadi benci tapi rindu, demam yang selalu singgah tapi tak nak layan tapi kena layan bila dah tahap sampai sakit dada, lapar perut tapi tahan sebab busy berover-over sangat, keadaan diri yang tak terurus macam apa, finally ; Alhamdulillah ~ aku dah berjaya tamatkan pengajian aku dalam Degree in Bachelor (Hons.) in Administrative Science selama setahun di UiTM Shah Alam dan setahun di UiTM Seremban 3 :)
Berlakon jadi riak kejap lepas jawab paper final for final sem :) kuikuikuiii |
YEAHH! Dah boleh kahwin! HAHAHAHA
Itu aku punya kawan yang cakap HAHAHA Pergh ~ perangai memasing! Aku ni Insha Allah ~ adalah tu dia dekat mana-mana, tunggu nak jumpa aku je satu hari nanti bila masing-masing dah bersedia :) Eh dah melalut dah nie -.-
Actually, maksud aku, yeahh dah habis Degree :) Sebenarnya, Degree ni sangat-sangat berbeza dengan Diploma. Tak boleh lah dik nonn kau nak havoc sangat masa Degree ni sebab semuanya dah berbeza. Eii tak tahu lah nak cakap berbezanya macam mana tapi korang alamilah sendiri, baru tahu. Apa yang aku boleh cakap adalah ; GOODLUCK LA KORANG KALAU NAK SAMBUNG DEGREE!
"Eii over giler kakak ni bagi nasihat macam nak takutkan kitorang je!"
Haa, nasib kau lah ~ Memang akak nak takutkan korang sebab nak bagi korang prepare mental dan fizikal. Sebab time aku dulu, memang non hado orang nak warning aku. Cuma yang ada cakap "Degree ni penat" So aku fikir macam "Eleehh penat Diploma pun aku dapat harungi, apatah lagi Degree ; apatah lagi dekat Shah Alam. Semua adaaa"
Ye, itulah kata-kata bangga aku sampailah bila aku dah alami, semuanya indah khabar dari rupa. Eii banyaklah benda yang berbeza. Nanti aku buat lah satu entry pasal perbezaan Diploma dan Degree nak? Haaaaaaaaaa kalau nak, visit my ig please HAHAHAH okay gurau je nokss ! Tapi kalau betul, tak kisah pun sebab acc ig aku pun memang private kekekek :p
So habis je final paper on our final semester tue (which is kami yang senior kena tutup pintu pagar UiTM sebab paper kami on the last day of final exam), aku rasa macam tak percaya pun ada. Rasa macam "Ya Allah, akhirnya berjaya juga aku tamatkan Degree aku" lepas tu macam terthrowback sikitlah memori sakit penat suka duka sepanjang Degree nie. Kebetulan aku dapat seat sebelah tingkap so macam merenung ke luar jendelaaa, eh saloh saloh ternyanyi lagu Aku Tanya Apa Khabar pulak dah hahhaha
Habis je paper, aku sempat peluk cium beberapa orang je. Sebab masing-masing tak sempat, ada yang nak balik. Aku dah agak memang tak sempat so aku pun tak adalah over nak kejar semua orang. Mana yang sempat jumpa, aku buatlah xoxo tue. Yang tak sempat, virtual xoxo okay tak? Kekekeke
Nasib baikkk aku sempat bergambar dengan diorang! |
The Jebons - diorang ni laughing gas aku. cukup! hahaha |
Tapi bagi aku, hari terakhir Degree adalah hari paling sedih bagi aku. 19 Januari 2015. I dont know how to put these into words actually. Okaylah lets skip these part lah okay :)
Around 3 am macam tu, aku bangun dari tidur dan barulah slowly kemas-kemas bilik, mandi semua sebab dah nak tinggalkan UiTM kan? Ya Allah masa ni memang sedih giler rasa sebab ei ei dah habis belajar lah! Serius, tak tipu. Then, after Asar aku dengan Benchmark gerak ke Port Dickson for our last gathering! Yeaayyh! :D
Benchmark ni adalah geng-geng Diploma sekali dengan aku dekat Dungun yang dapat sambung Degree dekat Shah Alam. Benchmark dinamakan sempena seorang lecturer menjadikan salah satu group kami sebagai Benchmark dalam kelas masa sem 3 dulu dekat Shah Alam dan ianya berterusan sampailah ke habis sem 3 so end up, terus lah melekat nama Benchmark tu sampai sekarang :) Tetapi sebenarnya, kami semua memang tak kenal pun sesama sendiri masa Diploma. Number telefon sesama sendiri pun tak ada weyh!
Tapi Degree rapatkan kami sampai sekarang. Sebab tu petang 20hb tu, kami semua mandi pantai! yes yes yess! Tapi yang perempuan je yang mandi okay, yang lelaki tak mandi pun sebab jaga barang and makanan HAHAHAH
HAHAHA :D Penat giler nak dapatkan shoot terbaik macam nie :) Kekek Credit to Zura sebab dia yang nak gambar macam nie, kami layankan je kekekeke |
Plan asal, aku memang tak nak mandi tapiii aku spare je bawak baju lebih. So masa tengok kawan-kawan aku mandi, aku jadi macam tak boleh jadi nie so aku tukar baju, pergi mandi pantai. Subhanallah, bestnya weyhhhhhhhhhhhhhh mandi pantai dan gelak sakan macam pontianak, buat lawak bodoh, menjerit itu ini dan sengal-sengal dengan diorang. Sebab aku dah lama tak lepak dengan dorang sebab aku tukar kelas and plus, aku memang busy nie. Tapi pokok pangkalnya, best giler mandi pantai sebab aku rasa dah bertahun aku tak mandi pantai walaupun namaaa je aku ni anak pantai timur kekekeke
Lepas tu, malam tu pulak - kami sembang-sembang atas pasir pantai sambil makan dan main game. Pergh masa main game tu, aku tak tipu. Memang aku gelak macam orang tak ingat dunia. Sampai aku terbaring-baring haaaa atas pasir tu. Cramp perut gelak. Serius tak tipu, aku rasa macam dah lama giler tak gelak sakan, makan dengan bahagia etc hahaha sebab before this, sambil makan sambil ingat points points untuk jawab final exam
Then, masa nak balik tue - ya Allah ~ aku nangis. Nangis macam apa sebab aku baru sedar, this is it. The time that we dont want it to become the end. Aku paling terkesan bila Teha tetiba je peluk aku sambil cakap "Bye Mai" lepas tu peluk aku kuat-kuat giler. Cisss. Meleleh gak air mata aku masa tue. Bukan setakat meleleh, tapi dah terus teresak-esak dah terus. Eii penatlah nangis!
Masa on the way balik ke Seremban, Shafiq gunakan duit lebih untuk bayar tol untuk 4 buah kereta dan duit lebih lagi tu, kami mintak dia sedekahkan dekat Masjid UiTM Seremban 3 je terus. Masa nak masuk UiTM, kena tahan Sarjan Misai hahahaha tapi nasib baik lepas, which is mengingatkan aku pada peristiwa hari terakhir semester 5. Kena tahan jugak dekat Sarjan Misai sebab masuk lambat! Hahahah. Adik-adik, jangan tiru ye perangai akak
Balik bilik, aku terus tidur. Pukul 4 pagi terjaga dan terus sambung kemas barang dan balik KL. So long Seremban. Ya Allah tetiba sedih pulak dah nie! Hahahha
Thank you Seremban. Pada mulanya tak rela hati jugak pindah tapi sebab dah biasa pindah-pindah sejak kecik so macam alaaa apa ade hal kan? Seremban dah ajar aku macam-macam esp aku jadi rapat dengan kawan-kawan. Masa spend bersama tu lagi banyak berbanding dekat Shah Alam. Tbh (which stand for To Be Honest okay semua?) kampus cawangan lagi best dari kampus induk sebab kampus induk kau akan selalu busy sampai tak ada masa nak jumpa kawan tapi kampus cawangan, pusing lah 360 darjah pun, kau akan jumpa kawan-kawan kau jugak :)
Walaupun pada awalnya, memang seksanyaaaaaaaaa ya rabbi sebab dekat kampus Seremban yang memang tak ada apa-apa, tak lengkap macam di Seksyen 7 Shah Alam tu, tambahan pulak kena deal dengan students yang keep on mengadu dekat Twitter persatuan pelajar (akulah admin Official BACAS di Twitter dan Instagram, puas hati?) lepas tu dengan starting hidup di Seremban sebagai final year student yang memang banyak giler kerja kena buat sampai memang tertunggang-terbalik aku rasa ; tapi semua tu memang paid off sangat-sangat.
Bayangkan, ada member-member aku ke hulur hilir dalam kampus Seremban tu dengan printer, beg buku dan satu beg lapptop. Yesss! Tak tipu weyhhh! Memang ada kes nak cepatkan kerja, bawak je printer, bawak ke hulur hilir macam baru balik dari Australia HAHAHAHA Tak tipuuuuuuu! Ini adalah kisah benar. Lantaklah berat ke apa ke, asalkan kerja cepat siap! Sebab tu kalau junior tengok kami, mesti diorang macam "eh eh" sebab pelik tengok kami jalan dalam group besar, dengan beg beg besar lagi hahahhaha
Degree ni lah pertama kali aku menangis depan mama ayah bila mama ayah datang tengok aku dekat Seremban. Masuk je dalam kereta, lepas tu nangis macam apa je. Lepas dah nangis, terus tertidur sampaikan ayah aku pernah cakap "Baliklah masuk bilik. Pergi rehat" Hahahah :D Hadoii padahal masa Diploma dulu, aku lah manusia paling lincah pot pet pot pet cerita itu ini sampaikan mama pernah cakap "Boleh tak letak full stop bila awak cakap? Letak comma pun takpe dah" HAHAHA
Kadang-kadang bila duduk bosan dekat rumah, rasa rindu dengan kenangan masa bajet-bajet busy dengan kawan-kawan hahaha Sampaikan kalau aku nak keluar makan dengan kawan-kawan, kena macam ada appointment dulu kata mereka esp kalau aku lain kelas dengan mereka, lain batch atau mereka tak join persatuan pelajar dengan aku. Hehehe. Kadang-kadang penat tapi aku enjoy ye :)
Bye FSPPP UiTM Seremban! Terima kasih untuk semuanya! Setiap celah batu-bata dan konkrit bangunan FSPPP tu, ada kenangan manis dan pahit yang terselit sebab kami adalah peneroka UiTM Seremban 3 :D |
Selingan - lepas Subuh, awal pagi pada 20 January 2015 dalam pukul 6.50 pagi macam tue, aku naik tingkat 12 Kolej Mayang Selida dan duduk situ sorang sorang. Ya Allah, tenangnya ada dekat atas sekali, dengan angin yang kuat dan sejuk. Rasa macam tenang dan fresh sangat! Tak nak turun pun ada sebab dah seronok duduk dekat situ, best. Sunyi dan sejuk jeee
Sunrise on 20hb January 2015, akan aku ingat sampai bila-bila :) |
So long UiTM Seremban. Bangunan paling tinggi tu lah faculty aku, FSPPP :) |
Tak sangka, aku mulakan tadika aku di Negeri Sembilan dan akhirkan Ijazah aku di Negeri Sembilan juga :) Insha Allah ~ selepas ini ke Shah Alam pula. Doakan aku! Will update more on that, Insha Allah :)
p/s : Actually aku keliru nak eja Insha Allah, either eja maam ni INSYALLAH atau INSHA ALLAH tapi niat aku adalah sama iaitu Dengan Izin Allah :)
0 comments