1st Week As A Degree Student

By Mysara Newrie - Friday, March 08, 2013

Assalamualaikum


Its weekend bebeh! Masa nak tulis blog jap pasal cerita aku sejak duduk dekat Shah Alam nie


Ya Allah! Minggu pertama sebagai student Degree selepas berbulan-bulan bercuti adalah sangat-sangat memenatkan! Seriously weyhhhhhhh ~ sumpah aku tak tipu! Memang penat sangat-sangat! Rasa nak demam dan pengsan pun ada! :O


Nampak dramatik tak? HAHA :D


Okaylah ~ lets keep it simple and rileks okay? Agar korang yang baca pun tak adalah rasa cuak macam aku rasa HAHA :D


Mari mulakan dengan cuaca dekat Shah Alam nie -.- Ceit ~ macam dah pembaca berita kaji cuaca pulak dah aku nie -.- Okaylah ~ cuaca dekat sini adalah sangat-sangat panas. Bukan sahaja panas okay? Ini adalah cuaca yang panas terik! Panas yang sangat-sangat terik sehingga rasa macam pedih kulit ni akibat sinaran UV yang memancar dan menerobos masuk ke liang-liang roma kulit kita


Giler ayat nak dramatik lagi -.-


Tapi betul sangat-sangat -.- Dekat sini panas sangat. Kalau yang suka pakai make up, aku nasihatkan tak payah lah pakai make up sebab konfemmmmmmmmmmm semuanya akan cair. Betul, aku tak tipu nie! Kalau nak pakai sangat, pergi fac dulu dengan muka bogel (merujuk kepada muka natural tak pakai make up. Mana aku dapat idea nak buat istilah ni, aku pun tak tahu. Main terlintas dalam otak je) lepas tu masuk tandas dan make up. HAHA :D Tapi atleast better panas kan dari hujan? Sebab kalau hujan kan, takut susah pulak nak pergi kelas :) Takpe, mungkin aku baru duduk sini dan tak biasa lagi. Lama-lama okaylah nie :)

View from the top of building of my fac :) #nofilter

Okay. Tarik nafas. Lepas tu fac aku pulak, Fakulti Sains Pentadbiran terletak di atas puncak bukit tau. Haha :D Asal ayat aku nie?! Nak dramatik jeeeeee ~ masuk ASWARA je lah senang! HAHA :D Jadi pemuisi ork? HAHA :D


Okay sambung sambung. Sorry aku melencong ke arah lain -.- Nak pergi ke fac aku pulak tue, kena naik tangga yang mahatinggi macam tangga Batu Caves tue. Penat sangat-sangat. Kadang-kadang aku rasa one of the reason kenapa aku penat adalah sebab naik tangga dan mendaki bukit bukau HAHA :D Yelah ~ bercuti berbulan-bulan lepas tu tetiba buat benda ni semua, memang badan terkejut lah kan?


Lepas tu hmm ~ aku dah dapat Baucer Buku dah! :D Yeayy ~ aku ingatkan nak buat something dengan baucer ni dengan beli novel :p tapiiiiiiiiiiiiiiiiii lecturer dah suruh beli buku so aku rasa better hold on dulu. Beli novel tu lain kali lah ~ Yang penting, beli buku nak belajar dulu :) Tetiba rasa macam innocent -_____________- Tapi nak pergi amik Baucer tu pun, kena beratur panjang jugak -.- Penat lagi dekat sini. Hmm ~ takpelah, demi ilmu, ku relakan juaaaaaa ~

Baucer buku - fresh dari Pejabat Bendahari :)

FYI, antara semua classmates aku, aku seorang sahaja yang dapat dekat Shah Alam Y.Y Actually Hani pun dapat dengan aku tapiiii she decides to further her study in UK so so so ~ aku keseorangan di sini. Kena bergaul dengan kawan-kawan baru, kena try masuk dengan geng-geng kawan-kawan Dungun yang lain. Memang aku rasa awkward sangat-sangat tapiii takpelah :) Lama-lama nanti, mesti akan okay, i hope :) In Shaa Allah :)

From Dungun to Shah Alam, here we are! :D

Dan latest info pulak, aku dapat tahu yang most of kawan-kawan aku dapat dekat Dungun. Diorang semua pula suruh aku tukar kampus. Ceit ~ menggoda sungguh! HAHA :D Memang lah macam best kan dapat pergi join diorang balik semua tapi sampai bila kan aku nak depends pada memori lepas? No matter how hard it is, life must be go on whether you want it or not :) Wewitt ~ speaking boh! :D


Eh eh ~ aku baru teringat. Aku sebenarnya terharu sangat-sangat bila ada orang yang baru kenal dengan aku, yang bakal jadi classmate aku, yang terjumpa dekat fac ke cam dan kenal aku :) "Eh eh awak ni Mysara Newrie yang ada blog kan?" Aku terus jadi speechless sangat-sangat sebab orang kenal aku melalui blog! :D Happynya Ya Allah! HAHA :D Ada sehari tue, sampai dua kali kot orang cakap macam tu dekat aku! :D Memang terharu sangat-sangat! :D Terima kasih korang sebab baca blog aku ni :) Memang terharu betul mak nokk ~ haha


Pasal kelas pulak, 1st week ni biasalah ~ macam kelam kabut sikit lah nak arrange kelas, nak masuk kelas mana, nak pilih 3rd language apa, nak pilih elektif apa. Lepas tu macam pening sikit nak cari kelas tak tahu dekat mana, naik turun tangga (LAGI?!) sampai ke Tingkat 4. Huhu ~ tapi takpelah :) Demi kelas! Demi ilmu! Takpe! :D Setiap langkah kaki nak pergi melangkah ilmu tu, dapat pahala tau?

Jadual kelas aku, yang paling latest dah ni huhu

Apa yang aku boleh concludekan dekat sini, 1st week ni memang agak tough jugak bagi aku. Aku macam perlukan masa untuk sesuaikan diri dekat sini. Suasana dekat sini memang lain dengan Dungun, semua benda! Semua benda okay, maksud aku? Semuaaaaaaaaaaaaa ~ Tapi makanan dekat sini jauhhhhhhh lagi murah dari Dungun! Itu yang pasti! :D yeay yeay yeay ~


Bukan aku mengeluh, aku tak okay ke apa, aku homesick ke, aku stress ke apa ke - bukan! Cuma aku just rasa macam penat dan bila kita penat, kita akan jadi moody dan macam aku nie, kalau aku penat, aku lebih suka simpan dan senyap je. Aku tahu, benda ni mungkin sekejap je sebab ni adalah 1st week aku dekat sini. What do you expect kan? Maybe aku perlu dapatkan vitamin kot ~ Any suggestion what kind of vitamin?


Aku tahu semua ni pasti akan amik masa untuk aku sesuaikan diri. Aku tahu aku boleh dan hadapi semua nie. Cuma macam aku cakap tadi, its all about time :) In Shaa Allah, kalau dah lama-lama nanti, semuanya akan okay :) Doakan aku yer?


Kepada kawan-kawan baru aku, terima kasih sebab kenal dan sudi nak hulurkan salam perkenalan :) Maaflah yer kalau kadang-kadang aku tak ingat nama korang. Maaf sangat-sangat! Kepada kawan-kawan dari Dungun, yeahh ~ here we come! Mari kita jaga nama baik Dungun! :D Dah asal macam assabiah sangat nie?! :O Tarik rambut kang ~


Hmm apa lagi yer? Oh ya ~ jemput-jemputlah yer baca puisi aku HAHA :D Kalau Fynn Jamal ada buku Puisi Tepi Jalan, aku ada Puisi Tepi Kelas sebab aku buat puisi ni masa tengah tunggu lecturer masuk kelas HAHA :D


Klik sini kalau nak baca. Macam hapeeeeeee je duk main jiwang-jiwang dalam kelas -.-


 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments