A Road To Become A Post-Graduate Student

By Mysara Newrie - Sunday, March 08, 2015

Assalamualaikum


Sejak final sem masa Degree hari tue, aku dah stress fikir nak sambung belajar atau kerja. Aku memang nak dua-dua tapi aku tahuuuuuuuuuuu aku tak boleh pilih dua-dua sebab aku memang pentingkan kualiti kerja tue. Takkan lah aku nak buat cincai cincai je kan?


So bila permohonan post-graduates under UiTM dah bukak, aku macam hmm nak apply ke tak? Sebab berbelah bagi. So yeah ~ I did applied tapi dalam masa yang sama aku macam was was dan fikir nak kerja je. Sebab dah penat belajar dan macam yeah ~ jomlah kita p cari duit boleh shopping hahaha


"Cantiknya tudung tue kakk"

Dalam duk tempoh was was tu, aku memang kejap nak sambung, kejap nak kerja. Memang berbelah bagi. Boleh dikatakan hampir semua orang yang sama batch dengan aku memang aku tanya dan diorang memang nak kerja. Aku tanya lecturer-lecturer aku ; ada yang suh kerja, ada yang suh belajar. Ada yang macam tanya macam-macam dekat aku dan sebab kenapa aku nak belajar. Sumpah cakap, aku memang blur. Tak tahu dan lost. 


Tak cukup dengan tu, aku p tanya pulak dekat semua saudara-mara aku. Masing-masing duk pung pang. Mak ayah aku senang je "apa-apa yang terbaik untuk awak, mama ayah follow je" Pergh memang dillema wanita betul aku masa tue HAHAHA Aku p tanya kawan-kawan, masing-masing duk pakat nak kerja je. Tak ramai nak sambung dengan alasan "penat dah nak belajar" Ada yang nak rehat dan ada yang nak sambung bulan Sept. Eii macam-macam lah alasan! Ya Allah, sumpah cakap masa tu aku nak menangis, sakit kepala fikir masa depan aku sendiri, rasa nak mengamuk pun ada, rasa tergugat pun ada dengan semua jawapan kawan-kawan aku HAHAHHA Jahat betul pengaruh kawan-kawan dekat aku nie lulz hahhaha


Then suddengly (HAHAH slang terengganu pulak dak aihh), pada pagi Jumaat lepas Subuh, I got an offer letter to go for postgraduates interview at Shah Alam. Dah lah masa tu study week exam! Lagilah aku tak nak pergi sebab kes malas nak balik hahhaah apo pun tak boleh tapii ayah mak aku suruh balik sebab kata mereka "Pergi je. Nak terima atau tak, tu soal nombor dua" So yeah ~ i did go :) Ingat tau, masa ni memang aku berat hati sangat nak p interview.


Bayangkan, lepas Subuh pada hari aku nak p interview tu, aku dah siap cantikcantik dah semuanya tapi aku duduk termenung tengok TV yang tak pasang pun! Aku macam terfikir "Ya Allah, betul ke apa yang aku buat nie? Tolonglah aku" sambil rasa nak nangis sebab macam tak tahu nak buat apa. Again, mak ayah aku cakap "pergi je" So yeah ~ i did go. Aku pergi sebab aku tengok ada sinar harapan pada muka mak ayah aku ececeh ayat! HAHAHAHAH eh tapi betul lah hoi. Mak ayah mesti ada harapan yang bagus untuk anak-anak dia kan? Ish gelak pulak dia

Gemuknya aku masa nie, nasib baik comel hahahha

Tapi kann ~ dalam satu hari masa aku p interview tu, Allah swt macam dah slowly bukak hati aku. Aku kenal kawan-kawan baru yang mostly kawan-kawan satu batch Degree dengan aku tapi tak rapat sangat sebab diorang semua kelas depan, aku kelas belakang. Aku jadi senang dengan lecturersnya yang baik dan senang untuk aku berborak tapi yang best of courselah , sebab its Shah Alam yaww! Shah Alam have everything that you want ! wehuuuuuuuuuu! 


At this moment, aku memang rasa nak sambung belajar, sangat-sangat


Sampailah masa habis final exam, kawan-kawan aku sibuk duk cari kerja. Ada kawan aku siap tanya lagi "Hang tak penat ke nak belajar?" weyh terus tergugat betul aku dengan soalan macamnie tapiii aku wat lek wat piss dulu hahahhaa Aku tengok semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawan-kawan aku duk cari kerja weyh sedangkan aku sedap pulakk menambah berat badan dekat rumah. 


Hari tu masa job fair, aku p je. Lantaklah aku nak sambung kerja ke belajar ke tapi aku p je. Nak kutip pengalaman. Sehari suntuk weyh aku sorang-sorang selama hampir 6 jam duduk dekat KLCC tu p job fair. Plus, aku nak bandingkan dengan Degree apa yang aku dapat dan bolehlah aku imagine dengan master nanti. Walau diorang cakap majikan taknak budak Master (yang tak ada pengalaman kerja) tapi aku macam "Takpe Sara, sabar. Ada rezeki dari Allah, percaya dekat Dia" Lagipun aku confident sebab aku memang ada Diploma so yeah ~ aku teruskan. 


Aku p job fair tu sebab niat aku nak cabar diri sendiri. Paling penting, aku nak tengok (kejap ada orang call pulak dak aih, duk mengata aku sebab aku nak jadi student lagi sedangkan dia dah nak kerja) See? Nampak takkk? Ade je tak puas hati dengan aku yang nak sambung belajar hahahhaha


Okay sambung cerita. paling penting aku nak tengok jauh mana aku boleh pergi. Aku nak tengok macam mana communication skills aku dan tahap penguasaan aku dalam speaking in English dengan orang ramai. Hahaha meletop sangat!

Kalau dari segi gelak ketawa skilss, memang aku dah juara dah :)
With Kak Nad and Aiza :)

Masa ni aku duk tanya ayah aku "Ayah macamana kalau Sara nak sambung belajar tapi tetiba dapat job offer?" Ayah aku cakap "Kita tengok dulu job offer yang macamana Sara dapat. Kalau dapat yang bagus, kita p tukar mod pengajian. Yang penting, rebut peluang yang ada" dan mama hanya angkat tangan gaya put your hands up tanda sokong dengan ayah. Hahahaha gitulah ceritanya. 


So dalam duk dalam dilemma wanita lagi ; sebab tengok kawan-kawan p joh hunting, pakai smart-smart sebab nak pergi interview dengan ada yang sibuk nak bertunang dan kahwin lah (korang ni berpakat nak bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama ke? hahahah) aku hadapi hari-hari aku dengan duduk dekat rumah je, usik-usik mak aku hahahha


Sudah menjadi Mysara Newrie yang tak boleh duduk diam, aku pun start lah buat business kecil-kecilan. Aku buat sebab aku percaya dan aku guna sendiri produknya dan nampak kesannya. So yeah ~ kalau korang sibuk cari kerja yang nak bagi duit, aku pulak sibuk cari duit dengan cari kerja HAHAHAHHA eh mana adalah, aku buat business sebab nak dapat pengalaman, nak ada kerja so tak adalah duk bosan je hehehe

Follow lah IG business aku - serumforyou. 

Sampailah pada 3 March 2015 baru baru ini, akhirnya official letter dah keluar. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt sebab berjaya bukak hati aku nak sambung belajar. Yelah ~ dalam duk stress dengan masa depan, aku akhirnya dapat tetapkan hati nak sambung master di UiTM Shah Alam. "Kenapa UiTM?!" So ini jawapan aku "Sebab #UiTMDiHatiku" 


Pstt ~ sebenarnya aku dapat jemputan untuk sambung master di Universiti Malaya (UM) . Well memang bagus dan best tapi setelah aku fikir pros cons dia, UiTM tetap di hati aku. UiTM ada something dalam diri aku yang susah aku nak buang ecececeeh patriotik sangat bunyinya ni hihihi :)


Aku dapat sambung master dalam kos Executive Masters of Administrative Science di UiTM Shah Alam bawah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), seperti yang aku nak :) Wahhh! Sejak 2010 sampai sekarang, aku manage duduk dibawah fakulti yang sama! :D Alhamdulillah. Mama ayah dan Hakim adalah orang yang paling happy. Family aku, kawan-kawan aku. Sangat best terima ucapan tahniah dari mereka dan paling best, dapat banggakan mama ayah dan Hakim :)


Sebenarnya aku takut dan gusar jugak dengan Master ni tapi yeah ~ takpe, aku harap Allah swt mudahkan perjalanan hidup aku nie. Ada sebab kenapa Allah swt buka hati aku nak sambung dulu dari bekerja dulu. Adalah sebab tue. Perancangan Allah tu sangat-sangat bagus sebab hanya Dia sahaja yang Mengetahui kejadian yang berlaku ni :) Have faith


Kesimpulannya, nak sambung belajar esp ke post graduates ni memang banyak cabaran. Kau keliru, tak nak sambung, terpengaruh dengan kawan-kawan, kehendak family dan kehendak diri sendiri dan macam-macam lagi. Memang akan buat kau stress esp kalau kau ada OCD macam aku HAHAHAH Yeah ~ aku ada OCD sikit bab-bab macam nie -.-


Nasihat aku, apa yang terlintas dalam otak dan hati kau at first, pilih yang tue. Sebab takkan ianya menjadi firasat pertama kau kalau kau tak terfikir kan? Kawan-kawan memang akan bagi pendapat diorang dan maybe akan efek kau sedikit sebanyak. Pesanan aku ; dengarkan sahaja pendapat mereka kemudian bandingkan dengan diri sendiri. Tak semestinya pendapat mereka sesuai dengan kau, kan? So fikir baik-baik. 


Ini termasuk jugak dengan pendapat dari lectures dan families. They knew better cause they have experience. Again, dengarkan nasihat mereka dan applykan dengan diri sendiri. Cuba tanya dengan diri kau "Boleh ke aku nak survive, boleh ke aku nak hadapi?" dan sebagainya. This is what I've been practicing since 2010 in every matters :) Sebab yang nak hadapinya, engkorang sendiri bukan orang lain. Remember that!

Pakai sunglass kejap, flash camera terang sangat ahahahhaha

So basically, I would like to announce that I'm officially a post graduates student! :D


p/s : Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Banyak sangat Allah dah tolong aku sejak aku SPM 2009 sampai sekarang. Allah mudahkan semuanya dan aku harap ianya kekal sampai ke akhir hayat aku nanti :) DOAKAN AKU WEYH!


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments