Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam? :O Macam Susah Je. Eh Susah Ker? -.-
By Mysara Newrie - Tuesday, March 27, 2012
UPDATE 19 Mac 2017 - Entry ini ditulis pada tahun 2013, kemungkinan besar segala info yang saya tulis ini hanya diguna pakai pada ketika itu sahaja sedangkan sekarang mungkin sekarang ianya sudah berubah. Boleh rujuk dan call UITM untuk bertanyakan dengan lanjut di website http://pengambilan.uitm.edu.my/anjung
Semak syarat kelayakkan SPM anda untuk masuk ke UITM DI SINI
Nak tanya? Contact me:
***************************
[IKLAN BOUGAS BEAUTY]
Korang boleh dapatkan Bougas Beauty Serum di kedai Shopee saya! Follow Shopee saya dan awak akan dapat rebate discount! Hihihi
Kedai Shopee Bougas Beauty Kuala Lumpur : SHOPEE MYSARA NEWRIE
Selamat menggunakan produk Bougas Beauty!
[BACA] Bougas Beauty Serum
[BACA] Bougas Face Scrub
[BACA] Bougas Facial Cleanser
[BACA] Bougas Moisturizer
[BACA] Bougas Sunscreen
[IKLAN BOUGAS BEAUTY TAMAT]
Assalamualaikum
Hari ini aku nak update pasal benda yang serius sikit. HAHA :D Nampak sangatlah selama bertahun-tahun aku duk update blog nie, aku banyak tulis benda mengarut je kan? Ke guane bohh? HAHA :D
Okaylah ~ Sejak kebelakangan ini, aku ada terima banyak gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr pertanyaan dari adik-adik lepasan SPM yang nak tahu sangat-sangat tentang Diploma Pentadbiran Awam (DPA) nie. Hehe :) Sebab apa? Sebab dorang minat nak tahu lah weyh -.-
Oh btw ~ Sekarang ni, aku dah pun selamat mengakhiri semester 4 DPA baru-baru ini. Aku dapat kat UiTM Dungun ~ Tu lah ~ Dulu-dulu selalu aku cakap "Dungun tak best. Dungun tak best" sebab selalu melawat adik aku yang sekolah kat Sains Dungun tu.
Tapi tup tup ~ Hamikkkkkkkkk ~ Dapat kat UiTM Dungun you ollsss ~ Tersentap Mak Jemah bila mula-mula dapat tahu aku dapat kat Dungun. Ni lah balasannya sebab duk cakap "Dungun tak best. Dungun tak best" -..-
Okay berbalik kepada cerita asal, aku buat entry ini KHAS UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM yang nak tahu sangat pasal DPA nie :)
Diploma Pentadbiran Awam yang terletak bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) ni basically study pasal politik, negara, kerajaan, macam mana Piliharan raya di dalam dan luar negara diadakan, study tentang Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Cabinet, Parlimen, macam mana sesuatu negara itu ditadbir, pengurusan, isu-isu semasa kat dalam dan luar negara, undang-undang Malaysia, Perlembagaan Malaysia, macam mana nak berurusan dengan orang ramai dalam perkhidmatan awam. Itu lah yang secara basicnya :)
Selain dari tu, DPA ini juga ada jugak belajar pasal benda lain. Contohnya study pasal akaun, costing, statistik, ekonomi luar dan dalam negara, sains komputer, Pendidikan Islam, English dan keusahawaan. So secara kesuluruhannya, DPA ini boleh dikatakan pasal semua benda :)
Untuk peluang pekerjaan pulak, pelajar lepasan DPA sangat-sangat lah beruntung sebab boleh pergi ke semua bidang. Contoh pekerjaan yang boleh diapply adalah administrators ke, peguam ke, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) - hanya mention beberapa pekerjaaan sahaja sebab yang ni sahaja yang terlintas. Tapi untuk jadi peguam, CGPA kena dapatkan pointer tinggi lah ~ 4Flat baru boleh apply peguam kot? :)
CGPA tu apa kak? Tak faham lah kakk ~
Sat sat lah ~ Nak terangkan lah nie :)
CGPA - total pointer kau untuk semua sem dan dibahagikan dengan sem. Contoh macam nie,
Haaaaaaaaaaaa ada faham? Kenapa di bahagikan dengan 3 ? Sebab akak dah campur dengan total pointer akak selama 3 sem :) Masa kita grad nanti, CGPA inilah yang penting. Yelah ~ Kalau dapat CGPA 4Flat, konfem-konfemlah banyak peluang study dan pekerjaan yang kau akan dapat :)
*Bimbang weyh tengok CGPA aku tue -.-
GPA pulak adalah pointer kau untuk semester tu. Contoh, GPA aku masa part 2 adalah 3.02. Tu lah ~ Rendah giler lah pointer aku masa part 2 tu -.-
Okay sekarang mari kita naik bas yang menuju ke jalan yang sebenar -.-
DPA untuk UiTM ni hanya ada 5 semester sahaja. Dulu ada 6 sem tapi sekarang dah dipendekkan kepada 5 sem. So cepatlah habis kan? Hehe :) DPA ini tak ada praktikal tauu tapi dalam kelas nanti, kita akan ada banyak giler presentation yang nak kena buat itu ini, projek itu ini.
Untuk semester 1 2 dan 3, memang ada presentation. Tapi bila dah masuk semester 4 dan 5, akan ada banyak project yang nak kena buat. Contohnya, buat educational trip ker, buat event ker. Sebab itu semua sebagai satu medium untuk melatih kita berkomunikasi, menguruskan sesuatu dan macam-macam lagi
Dan aku sangat-sangat menggalakkan wahai adik-adik lepasan SPM ku sekarang untuk join semua event yang akan dilakukan bila dah masuk DPA. Beranikan diri untuk tampil ke hadapan dan bercakap sebab itu semua membantu kita. Sebab mengikut market sekarang nie, seseorang itu akan dinilai bukan sahaja pointer yang tinggi tapi jugak skill dan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sesuatu dan macam-macam. Yelah ~ Apa gunanya pointer kau 4flat tapi nak suruh cakap kat depan pun tak boleh? Ye dok? :) This is my opinion lah :)
Oh ya, kalau jadi students kan, mana sempat nak jaga muka kan! Muka berminyak, jerawat lagi, aduhaii ~ stresnnyaaaa Nak tahu cara mudah menjaga kulit muka?
Okay ~ Buat masa sekarang ni, kampus UiTM yang tawarkan kos DPA ini adalah UiTM Samarahan, Sarawak, UiTM Kota Kinabalu (Sabah), UiTM Dungun (Terengganu), UiTM Merbok (Kedah), UiTM Melaka. UiTM Shah Alam tak sure pulak aku ada ke tak untuk DPA. Dan yang terbaru, UiTM Machang baru bukak DPA tapi baru lagi lah dekat sana :) UPDATE 14/3/2015 - Diploma Pentadbiran Awam akan semuanya berpindah ke UiTM Seremban 3, Insha Allah :)
Oh ya, kalau jadi students kan, mana sempat nak jaga muka kan! Muka berminyak, jerawat lagi, aduhaii ~ stresnnyaaaa Nak tahu cara mudah menjaga kulit muka?
ASK ME HOW! |
Okay ~ Buat masa sekarang ni, kampus UiTM yang tawarkan kos DPA ini adalah UiTM Samarahan, Sarawak, UiTM Kota Kinabalu (Sabah), UiTM Dungun (Terengganu), UiTM Merbok (Kedah), UiTM Melaka. UiTM Shah Alam tak sure pulak aku ada ke tak untuk DPA. Dan yang terbaru, UiTM Machang baru bukak DPA tapi baru lagi lah dekat sana :) UPDATE 14/3/2015 - Diploma Pentadbiran Awam akan semuanya berpindah ke UiTM Seremban 3, Insha Allah :)
Apa yang best pasal DPA ini, bila dah jadi student DPA, korang akan automatik akan jadi ahli kelab DPA. Untuk UiTM Dungun, DPA ada kelab sendiri yang dipanggil ASCAPS dan aku adalah salah satu Majlis Tertinggi ASCAPS iaitu Setiausaha sajooo. Sebab itu buzy bebenor sampai tak ada masa nak update blog. HAHA :D
Untuk UiTM Melaka, UiTM Merbok dan UiTM Sabah dipanggil DiPAC dan UiTM Sarawak dipanggil MASPENA. Betul ke ehh? Rasa macam betul dah :) Dan yang paling best, setiap kali cuti sem, akan ada Persidangan Mahasiswa FSPPP di mana kita semua akan bersidang dan membincangkan isu-isu berbangkit. Tapi tak semua lah yang terlibat. Hanya yang terpilih sahaja yang dapat pergi. So bila dah berkumpul semua orang, korang akan dapat kawan-kawan baru lah yang amik DPA tapi dari kampus cawangan yang lain-lain :)
Macam tahun lepas, aku dapat pergi ke Persidangan Mahasiswa FSPPP di UiTM Merbok. Dan tak lama nanti, akan ada Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 4 di Sarawakk ~ Mueheheh ~ Untuk persidangan kali ke 4 ini tak tahu lah aku dapat pergi ke tak. Huhu :(
After habis DPA, akan ada dua subjek degree yang boleh diapply which is Bachelor in Administrative Sciene (BAS) dan Bachelor in Corporate Administration (BCA). Hmm ~ aku rasa tak payah lah aku cerita pasal degree ni sebab korang kan baru nak masuk diploma kan? Kasi faham dulu yang diploma ini okayy? :) Tapi after grad DPA, tak nak sambung BAS dan BCA pun boleh asalkan degree yang korang pilih tu sesuai dengan kelayaakan yang korang ada :)
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal BAS dan BCA, boleh lah klik dekat SINI sebab aku ada tulis pasal benda tue masa aku dalam dilemma nak buat fast trex atau stay for diploma :)
Macam aku, aku terfikir nak sambuang Degree Human Resource Managmenet (HR). Selepas aku dengan kawan-kawan aku buat reseach, kitorang memang boleh sambung HR sebab subjek-subjek untuk HR lebih kurang sama dengan subjek semester 4 dan 5 yang kitorang nak amik nanti :) So memang boleh sangat lah :) Hehe
Okayyy ~ Ni aku ada senaraikan subjek-subjek yang budak-budak DPA study dari semester 1 sampai semester 5 :) BTW makin tinggi credit hour, makin pentinglah subjek itu untuk kita score. Hehe :)
Subjek Semester 1 |
Untuk Part 1, akan ada subjek CSC - study pasal komputer, MGT - study pasal pengurusan manusia, MAT - matematik perniagaan dan dan dan ~ subjek CORE DPA yang pertama yang korang akan tempuhi iaitu PAD 120. HAHA :D
PAD 120 ini adalah basic sahajaaaaaaa ~ PAD 120 study pasal negara, Parlimen semua tu tapi hanya secara general sahaja sebab masa Part 2 nanti baru akan belajar dengan lebih mendalam lagi. Okay faham?
Yang National Kesatria tu adalah macam kokurikulum lah ~ APA? Ingat U tak ada KOKO ker? HAHA :D Salah lah weyh~ Dulu pun aku ingat macam tu jugak tapi hampeh ~ HAHA :D Untuk Part 1, semua wajib masuk Kesatria Negara dan diadakan pada hari Isnin petang :)
Subjek Semester 2 |
Masuk part 2 pulak, korang akan belajar akaun. Haaaaaaaa ~ Jujur aku cakap lah eyh, sesiapa yang ada basic akaun tue, bersyukurlah ~ Sebab akaun memang susah. Dulu aku dapat C je kot untuk akaun. Nampak tak? Yelah ~ Berpadanlah dengan usaha aku sebab masa part 2 aku memang banyak buang masa -.-
Korang akan study pasal economy. ECO untuk sem 2 bagi aku susah lah ~ maybe sebab aku selalu tidur dalam kelas kot masa tu? HAHA :D ECO sem 2 basically study pasal economy individual. Kemudian akan ada PAD 170 yang macam PAD 120 tapi lebih mendalam lagi :) Kalau masa part 1 korang tak lulus PAD 120, korang tak boleh amik PAD 170. Faham tak?
Untuk National Kesatria pulak, masa Sem 2, korang dah boleh nak tukar masuk KOKO yang lain contohnya macam Kelab Badminton ke, Olahraga ke ~ tapi macam aku, aku stay dengan National Kesatria sebab senang dapat A HAHA :D Oh yaaaaaaa ~ Korang ingat KOKO tak ada test ker? KOKO pun ada test tauu? Kalau tak datang KOKO, tak pasal-pasal pointer korang jatuh dan kena repeat KOKO. Huhu
PAD 190 aku dah tak ingat dah pasal apa tapi lebih kurang macam birokras, white collar, blur collar. Apa itu? Haaaaaaaaaaa ~ MASUK LAH DPA KALAU NAK TAHU! HAHA :D
Subjek Semester 3 |
Bagi aku, subjek sem 3 adalah yang paling best. HAHA :D Sebab aku faham dengan semua subjek yang aku belajar. Maybe sebab aku dah sedar kot yang aku ni banyak main -.-
Part 3 korang akan study pasal Costing. Kalau masa Part 2 korang tak lulus Akaun, korang tak boleh amik Costing. Faham? :) Costing jauh lagi senang dari Akaun sebab Costing just dari satu bab ke satu bab je. Berbeza dengan Akaun, di mana, kalau korang tak faham Chapter 3, korang tak akan boleh buat soalan Chapter 4 sebab semua chapter dalam akaun, ada related each other
ECO Part 3 pulak study pasal ekonomi negara luar dan dalam. Best weyhhhhhhhhh! :D ECO Part 3 jauh lagi senang dari ECO Part 2 yang pening sangat tue -.- Kalau tak lulus ECO Part 2, tak boleh amik ECO Part 3 :) Faham tak?
PAD 214 pulak adalah subjek yang paling crucial sebab kita kena study 14 Chapter. Hamikkkkkkkk ~ memang pening weyh! Dah lah dalam final exam, semua 14 chapter tu masuk dan secara terang benderang lah kita tak boleh nak spot spot. So kenalah baca semua chapter -.-
Dan sem 3 jugak lah 1st time kita akan study pasal LAW 245. Hoyeahhhhhh ~ LAW 245 kita akan study pasal undang-undang kat Malaysia lah ~ Dan kes saman-saman nie, fitnah, ceroboh masuk. Dan masa ni kau akan tahu lah siapa Plaintiff dan siapa Defendent. Contoh case yang aku ingat,
Kruse V Johnson
Haaaaaaaaaaa ~ mana satu Plaintiff dan Defendent? Nak tahu, masuk lah DPA :D HAHA :D
Subjek Semester 4 |
Yang ini subjek aku untuk semester 4, sem yang baru je habis jawab final exam dia 22hb hari tu. HAHA :D Untuk Sem 4, paper BEL sahaja yang tak ada final tapi sepanjang sem kau akan banyak giler presentation dan proposal yang nak kena buat -.-
Then study pasal ENT iaitu keusahawaan. Subjek ini korang kena buat business plan pasal perniagaan yang korang nak buat, macam betul-betul punya woo :O Macam mana Ah Seng bukak kedai tayar, macam mana Muthusamy bukak kedai runcit dan macam mana Ahmad bukak kedai kopi, macam tu lah korang kena buat. Jujur aku cakap, baik korang buat ENT ni awal-awal sebab banyak giler korang kena buat dan di hujung sem, korang akan ada final presentation yang diadili oleh panel-panel
LAW 309 pulak adalah sangat-sangat jauh berbeza dengan LAW 245 masa part 3. Law ini bagi aku susah lah sebab banyak benda dan case yang kau nak kena hafal. Law ini mengajar kau untuk bagaimana nak mengadili sesuatu case dan berfikir outside the box sebab yelah ~ kau kan bakal pemimpin dan semestinya kau kena uruskan masalah anak buah kau kan? Sebab itu susah. Tapi kalau korang study betul-betul, tak adalah susah sangat :)
PAD 252 korang akan study pasal perkhidmatan awam dan servis yang diberikan. Subjek nie memang best! Aku suka :D Maybe sebab Madam Syamaliah yang ajar kelas aku kot? HAHA :D Tapi memang best :)
PAD 310 pulak korang macam study balik pasal Sejarah Form 5 tapiiiiiiiiiiii akan ada tambahan di mana korang akan study pasal current issue dalam negara kita nie. Contoh, korang akan study pasal Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini ker, BERSIH 2.0 ker, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ker ~ Haaaaaaaaaaaa itu semua yang masa aku. Nanti masa korang, akan ada lah current issue yang korang akan study :)
Dan QMT pulak statistikk. Alaaaaaaaaaa ~ yang ni best study sebab yelah ~ atleast ada gak subjek kira-kira. Sejak aku dah amik DPA ini, suke pulak aku bab-bab mengira nie. HAHA :D Maybe dah puas membaca kot? -.-
Subjek Semester 5 |
Subjek Part 5 aku tak boleh nak komen apa-apa sebab aku tak masuk lagi. HAHA :D Tapi untuk intersession aka short course, aku amik subjek Industrial Relations dan Development Administration :) Sebab subjek Part 5 semuanya membaca sajooooooooooooo, tak ada dah nak mengira-ngira T__T
BEAR IN YOUR MIND yang DPA ini memang banyak membaca. Kalau malas nak membaca, memang byebye lah jawapannya. Kau akan kena banyak membaca untuk pengetahun am dan menghafal untuk jawab masa final exam nanti. Memang letih dan kadang-kadang aku pun rasa otak aku macam dah bengkak je. HAHA :D
Kenapa aku masuk DPA?
Sebab dulu-dulu aku nak jadi lawyer. Tapi results SPM aku tak kasi aku amik LAW. So aku amiklah DPA sebab atas nasihat seorang abang masa aku pergi Ekspo Selangkah ke UiTM. Dialah yang suggest aku amik DPA sebab dia cakap, kalau dapat pointer tinggi masa dekat DPA, boleh lah sambung ke lawyer :)
Dan bila aku dah study DPA nie, aku rasa aku tak nak lah amik lawyer. Aku nak pilih bidang lain :) Sesuai lah dengan minat dan uji kerjaya minat aku :D
Senang tak DPA nie?
Bagi aku, DPA akan jadi senang kalau korang ada minat dan willing untuk study dan amik tahu. Best study pasal DPA ini sebab korang akan tahu sesuatu benda yang baru yang memang sah-sah korang tak kan dapat masa kat sekolah. Dan DPA pun adalah subjek yang general dan korang boleh pergi ke mana-mana bidang
DPA jugak akan melatih korang untuk berkeyakinan tinggi, melatih korang bercakap depan khalayak orang ramai, berfikiran kreatif dan kritis, open minded, berdebat dengan kawan-kawan korang dan macam-macam lagi. So itu adalah salah satu kelebihan untuk korang :) Bukan aku nak cakap kos lain tak bagus, semua kos bagus cuma maybe DPA ini akan mengajar korang untuk berfikiran lain dari orang lain yang biasa fikir. Maybelah kott ~
Kak, saya minat nak masuk DPA tapi saya tak suka membaca. Macamana?
Yang ini korang punya pasal lah! HAHA :D Nak masuk DPA tapi malas tak ada guna jugakk. Korang kena ada minat dan rajin jugak membaca sebab melalui pembacaan, korang akan tahu dengan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam. Dan kalau korang ada minat, korang akan ada semangat untuk lebih tahu tentang sesuatu perkara itu
Dan kalau nasib korang baik, korang mesti akan dapat lecturer yang aku boleh ibaratkan Google sebab apa sahaja yang korang tanya, Insyallah dorang akan tahu dan tolong kita. Memang puas hati dan best study DPA nie :) Kadang-kadang bila dah syok study, tak sedar dah 2 jam dah berlalu :)
Baiklah adik-adik ku sekalian. Ini sahaja yang mampu aku tolong korang. Aku tahu korang mesti rasa blur blur kan nak letak apa kat UPU tue. Nasihat aku, isi UPU itu sesuai dengan results korang. Jangan main suke hati je isi UPU tu, nanti masa results UPU keluar, korang tak dapat pergi mana-mana. Haish ~ sisih 44 malaikat
Kalau ada pape nak tanya, do drop your question kat fanpage aku sebab senang korang nak tengok aku balas apa sebab kalau balas kat komen kat entry ini, takut korang tak tahu pulak bila aku balas. Lainlah kalau korang rajin nak cek :p HAHA :D
Pssst ~ Sesapa yang dapat DPA kat UiTM Dungun, meh meh calling-calling dengan aku sebab nanti konfem-konfem korang akan berjumpa dengan aku nie masa Induksi dan High Tea Part 1 HAHA :D
: Sekarang saya dah berjaya tamatkan Diploma Pentadbiran Awam saya di UiTM Dungun dan kini berada di UiTM Shah Alam (sekarang sudah berpindah ke kampus UiTM Seremban 3), menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam Bachelor in Administrative Science. Doakan kejayaan saya! ^.^
UPDATE 14/3/2015 : Kini, saya sudah menamatkan Bachelor Degree in Administrative Science dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke Executive Masters of Administrative Science, di UiTM Shah Alam, bawah FSPPP :)
UPDATE 19/3/2017 : Alhamdulillah, saya dah berjaya tamatkan Master saya dalam Executive Master of Administrative Science. Segala info tentang master di UITM boleh rujuk di SINI
Saya juga boleh tolong awak semua yang ada masalah kulit muka macam jerawat, berparut, kulit kering dan berminyak dengan ini
Dan ini adalah results-results exam saya dari Part 1 sampai ke Part 5. Bukan untuk menunjuk/berlagak tapi nak berkongsi kegembiraan saya dengan semua orang dan saya pun nak orang ramai turut merasai kegembiraan saya dan kita sama-sama berjaya :)
Jika ada pertanyaan, boleh rujuk dan tanya dengan saya di FB, Tweet atau Insta (boleh rujuk di sidebar saya) saya sebab kadang kadang saya terlepas pandang pertanyaan awak semua di komen blog nie ye :) Maafkan saya jika ada salah dan silap dari segi infonya tapi ini sahaja yang mampu saya kongsi dengan anda sekalian :)
Pssst ~ Sesapa yang dapat DPA kat UiTM Dungun, meh meh calling-calling dengan aku sebab nanti konfem-konfem korang akan berjumpa dengan aku nie masa Induksi dan High Tea Part 1 HAHA :D
: Sekarang saya dah berjaya tamatkan Diploma Pentadbiran Awam saya di UiTM Dungun dan kini berada di UiTM Shah Alam (sekarang sudah berpindah ke kampus UiTM Seremban 3), menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam Bachelor in Administrative Science. Doakan kejayaan saya! ^.^
UPDATE 14/3/2015 : Kini, saya sudah menamatkan Bachelor Degree in Administrative Science dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke Executive Masters of Administrative Science, di UiTM Shah Alam, bawah FSPPP :)
UPDATE 19/3/2017 : Alhamdulillah, saya dah berjaya tamatkan Master saya dalam Executive Master of Administrative Science. Segala info tentang master di UITM boleh rujuk di SINI
Saya juga boleh tolong awak semua yang ada masalah kulit muka macam jerawat, berparut, kulit kering dan berminyak dengan ini
ASK ME HOW! KLIK SINI |
Dan ini adalah results-results exam saya dari Part 1 sampai ke Part 5. Bukan untuk menunjuk/berlagak tapi nak berkongsi kegembiraan saya dengan semua orang dan saya pun nak orang ramai turut merasai kegembiraan saya dan kita sama-sama berjaya :)
Jika ada pertanyaan, boleh rujuk dan tanya dengan saya di FB, Tweet atau Insta (boleh rujuk di sidebar saya) saya sebab kadang kadang saya terlepas pandang pertanyaan awak semua di komen blog nie ye :) Maafkan saya jika ada salah dan silap dari segi infonya tapi ini sahaja yang mampu saya kongsi dengan anda sekalian :)
135 comments