Macam mana botol kecik cenonet ini boleh cantikkan kulit muka awak?
By Mysara Newrie - Monday, March 02, 2015
Assalamualaikum
Selain dari kerja aku menghias planner aku selama setahun yang akan datang nie, yess - aku dah siap hias planner aku untuk sepanjang tahun 2015 hahahahah aku tetiba macam terfikir nak buat something yang aku terfikir takkan serius nak buat
Amendo hang ni Mai weyh? Banyak sangat plan dan kerjanya?
Aku buat business online. Bisnes apa? Bisnes kecantikkan HAHAHAH Eh seriuslah weyh tak tipuuu. Memang aku buat business online melalui Instagram sebab yelah ~ sekarang ni semuanya memudahkan kita dan di hujung jari je kan?
Aku buat bisness Sensual Plus Serum, jual serum untuk muka. Aku decide nak tolong jual serum ni sebab aku pernah guna, sejak bulan puasa tahun lepas. Haaaaaaa ~ So dalam tempoh tu sampai sekarang, aku dapat tengok muka aku berubah macam mana. Jadi lebih bersih dan slow slow glowing gituu hahha So apa salahnya aku nak tolong kawan-kawan aku jadi cantik jugak macam aku kan? HAHAHAH okay, gurau gurau hahhaha :D
Dulu kulit muka aku berminyak. So dari situlah aku start guna serum ni dan aku tengok hasilnya. Even masa raya yang lepas pun ramai tegur kulit muka jadi bersih dan putih. So start dari situlah aku terus macam konsisten je guna. Terima kasih dekat Muji sebab perkenalkan serum ni masa aku p melawat dia dekat Shah Alam sebaik sahaja selepas aku settlekan kerja pengurusan Debat Piala Dekan FSPPP Se-Malaysia tahun 2014 hahahah :D
Tapi ada gak kadang-kadang aku tak guna sebab malas hahahah tapi sejak duduk rumah ni je, banyaklah sikit masa aku nak selidik muka ni depan cermin kan HAHAHH So dari situlah aku pun teruslah pakai dan terfikir nak berniaga dalam masa yang sama.
Gambar di ambil pada 16 March 2014 |
Ini gambar sebelum aku guna Sensual Plus Serum nie. Masa ni, memang aku tak amik berat sangat pasal kulit muka, macam tak kisah dah. Memang kulit muka aku masa ni macam kusam, berminyak je. Tapi satu je aku bersyukur kepada Allah swt sebab kulit muka aku ni jenis jarang-jarang je tumbuh jerawat. Kalau ada pun, sekali dua kali je. Yang ni memang aku bersyukur sangat-sangat hehhe
Tapi kulit muka aku memang berminyak. Pantang lambat cuci je berminyak je. Bangun dari tidur pun, berminyak je. So ini menyebabkan aku selaluuu kena cuci muka, basuh muka dan lap kasi kering supaya dapat kurangkan minyak tue
Sebab tu aku malas pakai make up. Sebab kalau pakai, akan jadi worst sebab make up takkan kekal lama dekat muka dan muka aku lagi berminyak. Masa ni paling kurang pun aku pakai bedak Johnson tu je hahahah kisah pulak aku pakai bedak baby asalkan bau dia best heehhe
Gambar pada 27 February 2015, pukul 5 petang Utamakan keselamatan, pakai tali pinggang! hahahhaha |
Okay ni gambar aku yang paling latest. Alhamdulillah, selepas aku konsisten guna serum tue, kulit muka aku dah macam okay, tak kusam dan tak berminyak teruk sangat macam dulu. Kalau lepas cuci muka dan sapu serum, muka aku tak berminyak dah. Lembab lembab je jadinya hahahah yeay! Alhamdulillah syukur.
Opss! Dua dua gambar before and after ni - aku tak guna filter langsung tau! Haaaa ~
Gambar ni diambik masa aku p keluar pada waktu petang. Aku hanya sapu serum di muka dan pakai foundation Mustika Ratu. Yes ~ Aku memang pakai foundation Mustika Ratu sekarang ni sebab kecik dan comel dan murah je. Around RM 6.90 satu botol, nice lah tue kan :) Yang penting, ianya sangat sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak nie :)
Jangan risau. Serum Sensual Plus ni boleh di pakai dengan apa-apa sahaja foundation pun. Cuci muka, sapu serum, kasi rest sekejap dalam 2 minit then sapu lah foundation atau bedak korang
Kelebihan Sensual Plus Serum :) |
Inilah sebab kenapa aku guna serum ni dalam jangka masa yang lama. Jarang tau aku nak setia pada jenama kecantikkan muka pada masa yang lama. Sebab aku fikir muka aku ni hanya berminyak je. Jerawat alhamdulillah tak ada. Parut parut tu adalah sikit kan? Heheheh Takpe, tu tandanya dah matang! HAHAHAH :D
Serum ini ada 14 jenis serum yang berbeza, mengikut keadaan kulit kita. So korang kena tengok dulu dan tahu kulit muka korang macam mana dan beli serum yang sesuai. Jangan pilih serum yang tak sesuai, kang tak menjadi pulak kang :)
Macam aku - aku dah pernah guna purifying, tightening dan sekarang aku guna beuty shine yang khas untuk cantikkan dan putihkan kulit muka :) hehhehe sape tak nak jadi cantik kan? Kekekkeke
Kalau korang nak tahu info lebih lanjut pasal serum ni, berapa RM satu kotak, berapa postage, apa kebaikkan serum ni, macam mana nak pakai serum ni dan pelbagai 1001 satu soalan tentang serum ni - korang boleh pergi ke Instagram aku iaitu
SERUMFORYOU
Dekat IG aku nie, korang boleh jugak klik #spsmysaranewrie dan dekat situ, macam-macam gambar dan tips yang aku dah share. In case kalau nak tahu apa-apa boleh je whats app aku dekat nombor yang aku letak di IG aku tu dan boleh tanya
Jangan risau. Kalau korang blur dan tak tahu apa jenis serum yang mungkin sesuai dengan korang, boleh jugak whats app aku. Aku akan guide korang macam mana nak guna serum ni dan macam mana nak bukak serum nie. Senang je. Semuanya aku dah prepare khas untuk korang, cuma sekarang ni nak tunggu korang je untuk datang kepada aku :)
Aku bukan apa - aku nampak kebaikkan serum ni. Before aku nak buat bisness ni, aku dah teliti dah kebaikkan dia, feedback dari orang lain. Kalau tak, kenapa aku nak join kan? Lagipun aku nampak macam mana kawan aku, Muji ni buat bisness ni dan muka dia macam mana.
So why not aku start bisness dengan benda yang aku guna dan pakai? Kenapa aku tak share dengan kawan-kawan aku kan, dengan korang? Betul tak? Lepas tu, peluang pulak ada di depan mata, kebetulan lah aku ada kenal kenal beberapa orang yang berkait rapat dengan serum ni so kenapa aku nak lepaskan peluang nie? Hehehe
Lagipun, aku memang cari alasan untuk sibukkan diri aku before something big is coming to me tak lama nanti, hihihi :)
Maka dengan itu, marilah kita menjadi cantik bersama-sama! :D
Semoga Allah swt mempermudahkan dan memurahkan rezeki aku dalam bisness ini, Amin! Follow IG bisness aku ni tau! :D |
Tapi bukan hanya cantik di luar sahaja, cantik di dalam pun sama tau! Insha Allah, jika konsisten guna serum ni, guna serum dengan betul, minum air masak yang cukup - akan dapat hasilnya. Nak cantik bukan sekelip mata je. Kena banyak-banyakkan bersabar dan mintak tolong dengan Allah okay :)
Ada orang cakap kenapa nak ubah muka jadi macam itu ini kan? So ini jawapan aku :)
Allah dah bagi muka kita dan tubuh badan yang sempurna. Maka dengan itu, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menjaga kurnianNya dengan baik. Macam mana Allah bagi dekat kita, macam itu jugak kita pulangkan kepadaNya betul tak? Kalau muka berminyak, ada jerawat - apa salahnya kita baiki dan jadikannya cantik di pandangan? Kalau gemok, apa salahnya kita p jogging untuk jadikan badan kita sihat. Betul tak? Baik ngaku cepat kalau tak, tak nak kawan! HAHAHA :D
Maka dengan itu, aku berharap sangat sokongan dari korang untuk datang ke IG SerumForYou dan tengok dengan mata sendiri feedback dan baca semua tips yang aku bagi. Aku harap korang faham dengan apa yang aku tulis dan kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya okay :) Dont worry, i dont bite
Kawan aku cakap "Wah Mai, tak boleh duduk diam! Dah jadi businesswoman pulak dah kau sekarang ni!" Hahahahah :D Insha Allah - slow slow okay :)
Thankyou :)
0 comments