Jom Hias Planner Anda Menjadi Cantik :D

by - Friday, February 27, 2015

Assalamualaikum


Hai semua :D Ambui, rajin pulak ye aku nak update blog sekarang nie AHAHAH Al maklumlah, dah habis belajar ye dak? Otak tenang, hati tenteram, makan tidur makan tidur je kerjanya sambil layan Running Man kekkekek Siapa je lah yang tak bahagia kan?


Wait waitt ~ Pleaseeee. Memang seronok okayy tapi lepas dah dekat dua minggu lebih buat benda yang sama, mau tepu otak oiiii Nak pulak aku ni memang jenis tak boleh duduk diam. Memang tak lah weyh nak duduk tak buat pape. Atleast mestii nak kena buat something :)


So, lepas je aku habis belajar, I've spend about a week to reorganize my bedroom. Yeah ~ Aku kemas-kemas almari baju aku, sort of mana-mana baju, tudung, kasut dan pelbagai lagi lah. Malas nak tulis sebab banyak sangat barangnya. Tak adalah gambarnya dik oiii sebab malas nak snap. Dah penat kemas bilik, henfon pun tak tahu letak mana nak snap gambar hahahha

Gambar lampu tidur je lah yang ada hahah

So selepas settle kemas bilik, aku mulakan misi aku, yang dah tertangguh sejak Semester 6 sebab tak sempat padahal masa cuti semester Part 5 aku dah niat nak buat tapi iolss sibuk berpraktikal lah noksss. Mana sempat kan? Jadinya, mau dekat dua semester aku dah tertangguh misi aku nie -.-


Sementara aku tengah free sangat-sangat, aku pun mulakan misi #PlanningWithMysara HAHAHA Curlasss kau ada hashtag sendiri hahaha okay tipu je! Mana ada hashtag macam tue -.- Sebenarnya, aku teringin nak ada planner aku sendiri, yanggggggg aku hias cantik-cantik dan comel-comel. Ala ala DIY gituu ~ Okay DIY tu adalah Do-It-Yourself okay cik abang akak semua?


Actually, aku ni sangat-sangat particular dalam bab-bab organized ni. Atleast mesti nak kena kemas dan tak sakit mata memandang. Atleast tak berlipat baju tue, gantungkan baju tu pun tak pe lah asalkan bukan letaknya di atas lantai atau katil. LOL Akak, ni nak cakap pasal planner ke baju ni kak?!


DENG! Dah lari topik nie


Bila ada planner ni, atleast aku tahu apa aku nak buat, tulis apa benda penting aku kena buat dan sebagainya. Hidup kau teratur tau bila ada something yang boleh kau tengok dengan mata, kepala dan yang penting - you write in it. Dont you feel like its a connection between you and your planner? When someone asked me recently "Kau bercinta dengan sape sekarang ni Mai?" dan dengan slumbernya aku jawab "Aku tengah bercinta dengan planner aku" HAHAHA Tambah menarik lagi kalau planner tu di hias sendiri kan? Tak adalah macam buku latihan jeeee. Bosan je kan? Come on ~ siapa nak benda bosan-bosan kan? Kekeke

An A5 notebook from Typo :)

So I bought this notebook at Typo KLCC around end of January  that cost me about RM20 kot? Nanti aku bagitau sebab apa aku beli notebook nie HAHAHAH Basically, its size A5 which is suits well in my handbag dan senang aku nak carry bawak p mana-mana. Actually, tak kisah notebook apa-apa pun yang korang nak buat asalkan korang suka :) 

Its have pockets! :D
Basically, aim utama aku beli notebook ini adalah sebab dia ada poket! HAHAHA Lulz bukan poket Doremon lah! Hahahaha aku memang nak sangat-sangat notebook yang ada poket macam nie. Nak buat sendiri tapi macam tak reti hahahah so bila dah jumpa apa yang aku nak, kenapa tak nak beli kan? 


Actually poket ni atleast aku boleh letakkan kertas-kertas ke, resit, cards or anything yang aku suka. Sebab aku ni memang jenis suka selitkan je kertas-kertas dekat dalam buku lepas tu bila nak cari hilang sebab kertas dah tercicir dekat mana-mana entah. So bila ada poket ni, senanglah iolss nak simpan dan cari dalam masa yang singkat :)


Well ~ that lace sticker tu aku memang letak dan tampal sendiri which will bring us to another paragraph on how to decorate your planner :)

Stickers

Sticky notes
Colorful sticker tapes
Barang-barang ini lah yang aku gunakan untuk hias planner aku. Sticky notes adalah benda-benda yang paling senang nak dapat dan senang nak hiaskan dalam planner kau, using your imagination. Come on, dekat Daiso (okay tett! bagi aku dekat Daiso mahal sebab kau hanya nak beli seletep yang kecik cenonet je tapi harga RM 5?! Think again! So I suggest you guys to buy it at stationery stores or Mr DIY okay?) ada berlambak jual. Speaking of harga, yang seletep kecik kecik tu ada banyak choices of corak dan kau boleh beli dengan harga RM 1.80. How cool is that?


Yang lace sticker tu pulak aku beli dekat Mr DIY, around RM 2.20 something. Lupa dah harga dia tapiiii berbaloi sebab dalam tu ada 10 keping sticker yang berlainan corak dan warna. See? 


Yang tapes sticker tu yang bulat-bulat tu, aku randomly beli. Kalau dekat Jonker Walk, Melaka - memang berlambak jual. Kena pandai cari. Basically, diorang jual 3 RM 10 tapi aku boleh terjumpa satu kedai ni jual 4 RM10. Hehehe so haruslah beli. Starting from that moment, aku start beli dan tengok. Kalau ada yang cantik dan murah, aku akan beli :) 


Okay. Sekarang, barang-barang nak hias planner semua dah ada. Yang tak ada adalah idea nak hias macam mana kan? Okay macam nie. Use your imagination and creativity. Yes. Its your planner kan so hiaslah ikut suka korang asalkan korang suka dan puas hati. Korang nak guna planner korang selama setahun kan? So make it look attractive and beautiful so korang automatik akan ada semangat nak tulis dalam planner even nak tulis "gaduh dengan pakwe hari nie" HAHAHAH


Need some idea? Okay nah ~ tengok lah beberapa idea yang aku dah buat dengan planner aku sendiri :)


Tampal tape di sebelah kanan 

Tampal tape di atas dan bawah

Hias planner anda macam nak p funfair hahaha
Hias planner dengan sticky notes! :D
Sebenarnya, ini adalah notebook tauu so tak adalah tarikh dan hari bagai macam planner betul. Tapi dah aku dah suka dengan poket Doremon tu (okaylah awak dah ada nama sekarang) so aku buat sendiri tarikh dan hari. Setiap satu page , aku jadikan ianya seminggu iaitu 3 hari di satu belah muka dan 4 hari di muka yang sebelah. 


So atleast aku tahu, setiap page itu melambangkan minggu-minggunya. Cuma bulan-bulannya sahajalah yang lain kan :) Again, use your creativity and imagination nak buat benda-benda macam ni. Lagipun, korang yang nak guna kan? So its up to you lah nak buat macam mana, tak ada sape nak marah nokss hahah 

Kertas bercorak 
Aku suka pergi Daiso kalau aku rasa benda tu berbaloi aku nak beli. Contoh seperti di atas. Kertas bercorak yang mempunyai 4 corak berlainan dan mempunyai 100 keping helai kertas. Dengan harga RM10 aku dapat 200 keping kertas dengan 8 corak berbeza. See? Tips aku adalah sentiasa buat calcualation kalau nak buat benda-benda macam ni so tak adalah kau rasa duit kau membazir sangat kan? Again, make something simple and cheap to looks like an expensive and exclusive hahahha


Cuma kertas bercorak ni leceh sikit sebab kau kena gunting dulu, lepas tu tampal dengan gam. Tu je lah yang lecehnya. Yang lain tak pun. Macam aku cakap tadi, its up to you okay? Aku just tolong bagitau je :)

Stamp cop cop
Iyeeeeeeeeeeeeee ! Aku tahu benda ni memang nampak macam budak-budak sangat tapi hehhh ~ kesah pulak aku. Aku nak hias planner aku, nak nampak cantik dan organize kan? So masa aku terjumpa stamp ni, aku terus beli dengan harga RM 5 hahahha sebab aku tengok ada cop Happy Birthday (so aku boleh ingat hari ni hari jadi sape hahahah) cop Sick (supaya aku tahu aku sakit hari apa lulz) dan macam-macam cop lagi yang aku tak tahu nak buat apa hahaha


Thousand of pens! okay tipu hahaha

Seriously, aku memang penggemar Sharpie. Aku tak tahu kenapa tapi yesss bagi aku Sharpie is my lifesaver hahhaha Sebab aku senang nak tulis apa-apa, nak remind apa-apa. Aku memang pantang giler kalau tak ada Sharpie mesti aku rasa macam "Alaa mana Sharpie nie?" Lepas tu bernanauuu mencari . Bernanauu? Whats that? Hehh ~ main tulis je aku ni tapi aku nak maksudkan macam sibuk mencari lah HAAHAHHAHA Asal boleyyy je aku ni kan? HAHAHA


Speaking of that, bila cakap pasal pens je mesti aku sedih sebab pencil box aku hilang. AHAHAHAHAHAHA Macam budak-budak tadika weyhh pencil box hilang padahal lagi beberapa minggu je nak habis belajar Degree! Yes, aku sedar pencil box aku hilang selepas 3 minggu ianya berlalu, masa aku tengah prepare nak final exam baru-baru ni, baru macam sedar "mana pencil box eyh?" Then baru teringat yang maybeeeeeeeeeeeee pencil box aku hilang sebab tercicir dalam kelas. So apa nak buat? Kejadian 3 minggu lepas so haruslah memang tak dapat diselamatkan -.-


Tapi sebenarnya, sumpah sedih sebab pencil box hilang Y.Y Pencil box aku tu dah lah ada pen color Pilot tue. Sedih betul masa dapat tahu memang tak dapat diselamatkan tue. Aku memang cepat sedih kalau barang aku sayang hilang :/ Setiap kali tengok gambar pencil box je, mesti rasa "hmm mana lah kau sekarang ni ye dik?"


Takpelah, barang yang lepas usah di kenang kan?

So gitulah citernya. Hari hari aku ngadap buat dan hias planner aku sampaikan aku rasa mama dan ayah macam "Sara, kan dah ada orang jual planner sendiri. Kenapa tak nak beli" HAHAHA So aku bebel lah cakap itu ini dan tetibaaaaaaaa ayah aku slumbernya tanya "Kalau salah tulis hari dan tarikh, macam mana?" Gulp! Terus terdiam kauuuuu. Ahh takpe, aku yakin sebab aku dah cek dengan calendar aku before aku tulis tarikh dan hari


Perghh ~ bayangkan kalau hari dan tarikh yang aku tulis tu salah! Omgeeeeeeeeeeee 


Okay dah. Maybe akan ada orang fikir benda ni remeh temeh dan nampak macam budak-budak tapi hell no ~ bagi aku, siapaaaaaaa dekat dalam dunia ni tak nak benda cantik dan kemas kan? Even nak cari awek pun, mesti yang nak awet muda je kan? Hehh ~ so same goes to my planner. Aku nak nampak dia kemas dan cantik sebab tu aku hias :)


Maybe akan certain orang akan fikir membazir je beli semua nie. Come on, atleast hias planner lagi best dan bergunaaa tau takkk sebab boleh organize hidup kau dengan betul dari beli kereta control tapi letak dalam almari, jadikan hiasan lepas tu berhabukkkk, lepas tu kesian dekat mak sebab kena lap-lap setiap kali malam raya sebab nak kasi nampak berkilat. Betul takkkk? HAHAHHAH no offense! Ni semua idea spontan je mak noksss hahahha Janganlah marah awakk ~ kekekkeke

Melepak dengan budak sekolah menengah
untuk menyedut awet muda mereka! Kekekekke
     


You May Also Like

0 comments