Istiadat Konvokesyen UiTM ke 82 di UiTM Shah Alam
By Mysara Newrie - Saturday, September 05, 2015
Assalamualaikum
Semenjak dah tukar blog ni, aku jadi semangatt nak tulis blog! Haha
So aku nak rasa entry ni wajib untuk aku tulis sebab ianya adalah entry pasal HARI KONVOKESYEN aku! Yeayy! Lantaklah dah lambat pun asalkan nanti 3 tahun yang akan datang, bila aku nak baca-baca balik, eh eh ada diari aku pasal hari konvo :)
Pre konvo depan rumah, becakk! Terbaik lah -.- |
Okay where am I about to start? Cause hari konvo aku adalah pada 16 Mei 2015 hari tue -.- Oh ya, aku dapat jubah konvo dari kawan aku, mintak tolong dia amik kan sebab masa tu, aku dekat Terengannu, nenek aku baru meninggal. Nasib baik Atin tolong amikkan. Thank you Atin! :D
So macam biasalah kan, bila dah ada jubah konvo, haruslahhhhhhhhhhh buat photoshoot! HAHAHA So aku dengan budak-budak yang sama Master dengan aku, p naik roofop Faculty Engineering. Hehehe semangat weyh! HAHAHA
Aku suka gambar nie :) |
#UiTMDiHatiku :) |
Nasib baik ada Khalis. Khalis akan grad dekat UITM Dungun so dia memang lambat lagi lah nak grad kan? So dia lah yang tukang amik gambar kami semua hahaha sian Khalis tapi nasib kau lah, hahahah
Petang 15hb tu, parents dan adik aku datang! Yeayy yeayyy! Happynya adik aku dapat datang sebab masa konvo Diploma aku dulu, adik aku tak dapat datang sebab dia tak dapat cuti. So bila konvo Degree dia datang, aku happy lah ! Sebab apa? Sebab yeayy ada orang boleh tolong amikkan gambar aku lulz -.- hahaha
Kitorang tidur dekat Intekma. Bila dapat tahu je tarikh aku konvo, aku terus cakap dengan ayah aku suh book hotel siapsiap sebab aku tak nak nanti parents aku dari KL turun ke Shah Alam. Sian diorang penat, takut rushing ke apa ke, dengan parking keretanya lagi. Tak nak lah macam tue. Dengan kena naik tangga lagi. So benda yang boleh settle awal-awal, aku bagitau awal-awal hehehe
Pagi tue, 16hb Mei 2015, sebelum Subuh aku dah bangun dah rasanya. Hehehe Semangat kateee kauu!
Bersiap siap padahal tengah cuak dengan heels -.- Tinggi siak |
DATC Shah Alam ; tempat Istiadat Konvokesyen :) |
Officially graduated in Bach in Administrative Science (Hons.) with GPA 3.46 Alhamdulillah :) |
Pagi tu memang kalut je memasing sebab happy jumpa kawan-kawan tapi tak boleh borak lama sebab nak kena beratur. Dengan blur duk cari num angka giliran, dengan nak hai hai kawan-kawan lagi, dengan heels aku yang macam "eh eh apa masalah kau nie?" terus buat aku gabra hahahhaha
Aku ingatkan memang lama majlisnya tapi around 10.55 dah habis majlis! yeayy! Aku bersyukur sangat dapat konvo sessi pagi sebab atleast tak rushing. Kalau sessi petang, macam takut habis lewat kang, eh eh nak Maghrib lagi hihihi
Bila time nama budak Diploma yang last sekali dah di sebut, aku rasa satu DATC tu bertepuk tangan bagai nak rakk!! Weh weyh dah habis dah pun Istiadat Konvo kitorang! Lepas tu masa nyanyi lagu UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Pelajar, sebakk je rasa hati nie. Nak menangis rasa T.T
Sat lagi hang konvo, hang tau lah maksud #UiTMDiHatiku ini. Siap hang hahaha
Seronok tau dah konvo Degree nie :') |
Keluar je dari DATC, aku happy sebab memang cuaca baikkkkkkkkkkkkk sangat! Cerah yang panas yang aku tahu "Panas lain macam ni. Konfem petang ni memang hujan. Nasib baik tak konvo petang hihihi" Tu diaaa, monolog dalaman aku sebaik sahaja keluar dari dewan. Mysara memang suka cakap sorangsorang dalam hati dia hahaha
Keluar dari DATC, cari parents dan adik aku dulu hahhaah yeayy! Dapat bunga-bunga lagiii! Hahahah alahaii happynya dah grad Degree! Walaupun cerita dah berbulan-bulan lamanya, its still there, ternampak-nampak bayangan masa dah grad dan salam cium tangan mama ayah :)
Without them, I'm nothing :) Mama Ayah, terima kasih! Muah muah ! |
Bersama adikku. Happy kot mu dapat jugak datang konvo Degree aku :) |
Okay now. Misi untuk cari kawan-kawan yang lain. Memang susah nak cari kawan-kawan sebenarnya esp bila dah di lautan manusia yang ramai dengan panasnya lagi -.- Aku memang sengaja tak nak bukak jubah konvo sebab hello ~ kau bukannya dapat pakai selalu jubah ni! So haruslah manfaatkan sepenuhnyaaaaa!
So guys, tahan je lah panasnya ye? Baju tu boleh tunjuk masa Hari Raya nanti hahahhaa
"Ehehehe mana kawan-kawan aku nie ye?" |
Keluar je dari DATC, aku terus jumpa Edy Nuar. HAHAHAH Dia ni aku tak tahulah, teman rapat aku. Yang paling sengal, sama-sama tahu apa yang bermain dalam otak. When we lepak, we really have fun together. Duk mengusik bagai sesama sendiri, duk gelak tak tentu pasal hahaha Tapi bila belajar dan buat past year, kami memang really into it :)
Edy, ingat lagu Bunga-Bunga Matahari hahahah :D |
Sedih betul. Ini je gambar aku dengan budak-budak Benchmark aku :( |
Aku tak sempat jumpa diorang sebab memang masing-masing rushing. Bila dah balik, baru teringat. Nasibb baik before keluar dewan, aku berjaya jugak amik sekeping ini je gambar dengan diorang! Sedih mak oiiii sebab dioranglah memang bersama dengan aku dari awal sampai akhir Degree. Hmm sedih :/ Rinduunya!
"Mok, aku depan DATC ni. Kau datang sini cepat!" |
Wuuu selempang pink uols! Hahahah |
With my classmates, my Jebons! |
"Eh cepatlah senyum! Orang amik gambar kita nie!" - Wan |
Hahaha ni pulak classmates aku. Memang kelakar diorang semua nie. Kerja aku dengan diorang asyik nak gelak sebab diorang ni memang laughing gas aku. Masing-masing memang buat lawak tak ada emosi, muka slumber je tapi aku ni dah terguling-guling duk suka hahahah Nasib baik dapat gambar dengan diorang, sebab Athinaa call aku ajak jumpa depan DATC :)
Tapi yang ni je yang sempat jumpa. Yang lain tak sempat sebab memang berterabur je masing-masing hahah So takpelah :) Amik je lah gambar dengan mana yang sempat kan :)
With my Bortaks, Faizah and Angie! Missing Lisda and Hani :/ |
A week before my graduation, budak diorang ni cakap tak dapat datang Konvo aku. Sedih giler weyh sebab bila teringat kawan-kawan, diorang lah orang pertama yang aku bayangkan untuk datang konvo aku :/ Lisda dekat Melaka, kerja and Hani pulak masa ni dekat UK, duk struggle dengan dissertation dia.
Tapi tup tup masa konvo, diorang dah menjerit "MAIIIIIIIII!" depan DATC dengan bunga dan coklat. Alaa so sweet betul both of you nie. Sumpah sayang sampai bila-bila sebab yelah ~ kawan sejak Diploma, susah senang melagah semua dengan diorang je :/
"Makcik, cepat peluk aku sebab aku datang dari Seremban demi mu nie" - Fatin |
Kawan dari sejak Form 2 sekolah menengah :) |
Percaya atau tak, aku kenal dengan Fatin Liyana ni dekat Friendster! HAHAHA Masa tu Form 2 tak silap aku, aku tak tahu makcik ni ingat ke tak tapi aku ingat! Bila masuk Diploma, aku tengok balik gambar dia dekat FB and aku terus teringat. Haaaaaaaaaaa rupanya kitorang dah kawan sejak sekolah menengah lagi tapi jadi lagi rapat sejak belajar sama-sama dekat Dungun dulu :)
Sampai sekarang aku contact dengan Fatin nie. Dialah yang ada time aku susah dan senang dulu, dengar cerita aku menangis suka dan duka sampai aku rasa dia pun dah berbulu je dengar cerita aku tapi kisah pulak aku hahhahaah Alahaii rindunya dekat makcik nie Y.Y Terima kasih sebab datang dari Seremban ke Shah Alam semata-mata nak celebrate konvo dengan aku :)
Meet her, Yaya :) |
Yaya ni gf Edy :) Bila dah rapat dengan Edy, aku pun rapat dengan Yaya and we become so close together. Dia lah yang ada dengan aku time susah dan senang dulu. Time melepak dekat kolej, dialah yang aku duk cari hahaha dan kami mempunyai minat yang sama iaitu puisi!
Yes. So masa konvo aku, dia hadiahkan aku buku Puisi Itu Indah dari penulis Indonesia, Tia Setiawati. Ya Allah, aku rasa sangat-sangat happy sebab aku memang nak sangat buku tue Y.Y Sekali Yaya tolong belikan dari sana untuk aku. Perghhh ~ memang terharu. Siap dengan tulisan ucapan Yaya lagi dalam buku tue, memang tersentuh lah :') Yaya, terima kasih sebab ada dengan orang time orang down dulu :)
UiTM Dungun in the house! HAHAHA |
Memang dasar tak boleh move on dengan UiTM Dungun. Walaupun dah Degree and now Master, tapi kalau jumpa kawan-kawan dari UiTM Dungun ; esp dari budak DPA ; memang macam lain macam je rasa dia. Bonding tu kami masih kuat lagi. Even sampai sekarang pun kami semua masih duk contact-contact sesama sendiri. Gambar atas ni pulak, memang dari ex DPA dari UiTM Dungun. Kebetulan je jumpa and amik gambar sama-sama hihihi
Bersama budak SMF yang datang dari Seremban ke Shah Alam :) |
Masa Degree aku memang rapat dengan budak-budak persatuan pelajar sebab aku join BACAS. Memang best kerjasama dengan diorang, we learn from the mistake and when we come to Seremban, kitorang make sure bonding kitorang memang kuat. Susah senang bersama walaupun lain umur, lain kos. Seronok satu team dengan diorang.
So bila budak SMF datang nie, rasa macam eii bestnya! Hahah diorang akan grad on next graduation so sebab tu diorang datang dari Seremban ke Shah Alam semata-mata nak jumpa kami ni :) Rasa happy tengok diorang datang. Hmm rindunya nak buat event sama-sama dengan diorang
HAHAH Muka tak ready! |
Around 2.00 pm, aku pun balik ke hotel. Masa ni aku rasa macam nak amik gambar dekat sini tapi masa ni panas sangat-sangat! Memang muka tak ready lah. Macam nak mengamuk pun ada masa nie hahah sebab lapor hahhahah
Balik je dekat hotel, badan rasa nak demam. Kang aku dah cakap, memang panas lain macam nie memamg akan mengundang -.- So petang tu check out hotel dan parents aku hantar aku dekat rumah sewa aku. Sebab apa? Ya, sebab Isnin aku ada kelas! Y.Y Parents aku pulak balik KL dengan adik aku :)
Diorang culik aku lepas aku habis konvo ! HAHAHA |
Baru nak rileks dekat rumah sewa, sekali dapat call dari diorang, ajak keluar HAHAH Aku baru teringat ; aku dengan genggeng Bortaks aku tu jadi rapat sebab kes kitorang join debat dekat UiTM Dungun tu lah. Sebab tu perangai memang melagha je, sebab dah memang sekepala hahaha
Around 10 pm tu macam tu, aku dah penat dah. Memang terus bamm tidur sebab demam -.- Haaa ni baru betul orang cakap DEMAM KONVO! Hahahaha :D
Alhamdulillah, Bunga dari parents, adik dan kawan-kawan. Ada yang bagi shawl hihi terima kasih sayangku semua! |
Nanti konvo Master aku nak yang macam nieee! HAHAHAH Masyuk seyh kalau dapat macam hi, hihih Bunga coklat hihi |
HAHAHA Lawak tak? |
Ceritanya, ayah aku cakap tak ada pun amik gambar dekat board besar nie so aku macam "Aaahlahhhh! Lupaa!" So macam sedih lah sebab tak dapat nak amik. Esok harinya pulak, masa aku nak p hantar jubah konvo, aku cakap dengan Miza "Tolong amik gambar aku dekat board ni" HAHAH
So aku pakai lah jubah. Kebetulannnnnnnnnnnnnn pulak ada orang bawak bunga so aku dengan taktahu malunya cakap "Abang, mintak pinjam bunga boleh tak? Nak amik gambar" HAHAHAH Yes, itu bunga orang lain tapi kesah pulak aku, asalkan dapat amik gambar depan board nie HAHAHAH
See, gambar aku cantikk tanpa ada orang lain pun dekat depan board tue. Korang apa tau? Hahaha
Semoga Mysara Newrie dapat grad on time dengan Master dia. Moga Allah mudahkan perjalanan dia dalam menuntut ilmu untuk Master nie dan mudah mendapat tawaran kerja selepas habis dia kerja, amin!
Terima kasih tolong doakan! Hahahhaa
Yes! Aku memang comel dalam gambar nie |
0 comments