Bersemadilah Dengan Tenang Di Dalam Saluran Paip Itu
By Mysara Newrie - Thursday, January 21, 2016
Assalamualaikum
Hai korang semua!
Lamanyaaaaaa tak update blog kan! Hihihi
Hello, do you miss me? |
So meh sini nak cerita something yang sangat sedih berlaku pada aku semasa final exam hari tue iaitu handphone aku hilang.
Macam mana boleh
hilang?
Handphone aku masuk
dalam lubang jamban yang mencangkung tu HAHAHAHAHAH yeah funny. Everyone will
laugh at me when I told the exact story and if you want to laugh, feel free to
do that
but I think, this is not
funny at all and I felt so sad bila ceritakan balik apa yang berlaku pasal handphone aku tue
Al kisahnya, aku baru
balik jumpa dari lecturer aku. Biasalah, bila dah jumpa lecturer, malas nak
bawak beg sebab kebetulan aku dengan kawan-kawan aku tengah study dekat Student
Lounge so kitorang pun macam bawak benda-benda penting je macam beg duit,
handphone and kunci-kunci semasa nak jumpa lecturer
So aku ni pun letaklah
handphone dekat poket belakang. Yeah ~ youre right. Aku rasa korang dah boleh
agak dah apa yang akan berlaku lepas tu kan? Balik dari jumpa lecturer, aku p
tandas and yeahhh ~ that incident happened
Selalunya aku akan cek
poket belakang before masuk tandas. Tapi hari tue tak cek pun cause aku tak
teringat langsung aku ada simpan handphone dekat poket belakang *nangis* Dan
yang paling ralat sekali, before nak masuk tandas mencangkung tu, hati aku
tergerak sangat nak guna tandas mangkuk tu tapi aku malas nak masuk situ sebab
kena cuci dulu tempat duduk dia. Ya, orang yang ada Obsessive Compulsory
Disorder (OCD) memang macam ni -.-
Masih ternampak-nampak
lagi bila handphone aku jatuh, elok je jatuh dan menggelongsor jatuh dalam
lubang jamban. Sumpah aku tak sempat nak buat pape cause you didn’t expect it
kan? Aku hanya mampu tengok dan terdiam campur terkejut. Aku macam back to
reality bila kawan aku dari luar teka “Mai, handphone kau jatuh dalam lubang
ke? Aku dengar bunyi dia kuat” Yeah you right Aten
Memang panik weyh masa
mula-mula tu. Terus tak jadi nak teruskan hajat sebab hanya fikir nak
selamatkan handphone je. Then aku macam try cool down kan dulu dan p Kaunter
Hal Ehwal Akademik FSPPP dan mintak tolong tapi unfortunately diorang pun cakap
tak boleh buat pape cause my case ni bukan the first case to be happened.
Before this ada je orang jatuhkan handphone dan kunci tapi semuanya tak dapat
diselamatkan
Then aku mintak tolong
pakcik Indon yang tengah buat renovation dekat faculty aku. Dia try vacuum.
Yeah ~ you can imagine what is going out
through the vacuum and how the smell. Tapi semuanya tak berjaya. Handphone aku
tak dapat diselamatkan
Masa ni aku memang
redha sehabis redha. Dan yang paling aku sedih, masa pakcik tu tengah cuci
vacuum dia, dia cakap “Sabarlah nak. Allah swt dah aturkan semuanya. Pasti ada
hikmah” Terus rasa nak nangis T.T Terus tak da mood nak belajar sebab masa tu
lagi 2 hari lagi nak final exam Ethics
Aku cuba untuk act cool
depan kawan-kawan aku. Ada yang gelak tapi aku nak buat macam mana hahhahahaha
sebab bila fikir-fikir balik memang kelakar lah kan hahhahaha Well ~ I thought
I will be okay kan? Until the time kau dah nak tidur and then you realize you
got nothing to do. Yelah, selalunya before tidur kan mesti akan main dengan
handphone dulu kan?
Dah lah masa tu aku
dengan kawan-kawan aku tengah addict dengan game Piano Tiles 2. Bila tak dapat
main handphone, rasa macam sedihnya. Aku macam terus lost contact dengan orang
luar. Habis semua gambar-gambar aku sambut new year, gambar celebrate birthday
aku dan semua jenis info, screen shots aku semua hilang macam tue je Y.Y
Masa ni aku baru rasa
nak nangis and yeah, aku memang nangis betul-betul before tidur tue. Sedih bila
teringat dekat handphone. Dah lah handphone tu ayah belikan before sambung
Master. Samsung Galaxy Prime tapi aku sayang sangat-sangat. Nangis punya
nangis, terus tertidur
Then bangun dari tidur,
raba-raba tepi katil sebab nak tengok handphone jam pukul berapa. Then baru
teringat “Handphone aku dalam jamban!” Eh eh sambung nangis pulak hahahhaha
sedihnya masa tu. Siap termimpi-mimpi kot pasal handphone tu
I tell you eh. Life
without handphone nowdays sangat-sangat lah tak best! Susah nak contact kawan-kawan
kau. Hampir tiga hari aku hidup tanpa handphone (sebab nak fokus pada paper Ethics dulu) dan masa tu, penghubung aku
dengan kawan-kawan aku hanyalah melalui Facebook dan Twitter. Masa tu baru rasa
bergunanya FB and Tweet ni hahahhahha
Sekarang ni, aku guna
num Maxis aku dulu. Num Celcom tu nanti aku nak p Celcom Centre dan buat
simcard baru. Sayang number tu sebab guna sejak Form 5 hihihihi Lagipun tu
number business aku so haruslah kena buat baru kan!
Tu tu, handphone Prime aku lah tue Y.Y |
Prime, bersemadilah
dengan tenang dalam lubang jamban. Terima kasih sebab selalu ada untuk
kurangkan awkward aku depan orang ramai hihihih
0 comments