Bulan Ramadhan

By Mysara Newrie - Saturday, June 11, 2016

Assalamualaikum


Tak terlambat lagi kot rasanya kalau aku nak wish Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ni :) Insha Allah semoga bulan puasa tahun ni kita sama-sama diberkati oleh Allah swt dan mendapat hidayah daripadaNya. Yelah, usia kita pun bukannya makin lama makin muda kan? Peluang kali ni lah kita boleh gunakan untuk perbaiki diri kita dekat mana-mana yang terkurang



Aku sebenarnya tak bersetuju bila ada orang mempertikaikan orang lain yang cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni pada bulan Ramadhan ini. Contoh yang simple adalah bertudung. Tak dinafikan ada yang mula bertudung bila tibanya bulan Ramadhan sedangkan sebelum ni tak ada pun tudungnya. Bagi aku, apa salahnya. At least dia ada usaha nak perbaiki diri kita, perlahan-lahan. Atleast ada effort. Effort okay. E.F.F.O.R.T. Okay siap eja lagi hahahha


Nak berubah tu kan bukannya senang. Serius, bukan senang. Aku pun pernah lalui benda tu dan ianya mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tak tipu. Aku berperang dengan diri aku masa tue. Tapi bila dah besar, kita boleh fikir baik buruk dan lama-lama aku dah terbiasa. Same goes dengan orang yang baru nak bertudung nie. Mula-mula dia practice dulu. Lama-lama bila dah terbiasa, dia akan cuba kekalkan. Who knows right? Even kalau dia tak dapat kekalkan pun, kita doakan lah supaya dia akan mendapat hidayah. Yes, I know maybe orang lain akan cakap "mana boleh! sebab ini adalah benda WAJIB yang kita kena buat!" tapi kena ingat, changes needs time. 


Sebab tu kalau ada orang yang baru nak bertudung ke ketika bulan puasa nie, biarkan. Kita doakan je lah yang baik untuk dia ye? Doa moga-moga dia istiqamah dalam bertudung. Nak berubah memang senang, tapi paling susah nak istiqamah tue. Ya Allah, ada sahaja benda yang nak melarang kita dari buat benda baik kan? Yelah ~ setan kan mana suka kita buat benda baik. Eh takpe kan aku eja syaitan tu setan? HAHAHHAHA


Istiqamah tu memang mengambil masa. Tak boleh nak sekelip mata. So bila kita tengok benda baik yang berlaku, kita doakanlah semoga ianya kekal. Its not good to kondem (BETUL KE TAK EJA NIEEE?!) others when they tend to do something good. Duk kutuk-kutuk orang itu ini, habis tu kita ni bagus sangat ke? 


I dont mean to say that Im a perfect one, Im the best or what so ever tapi yelah ~ aku cuma nak cakap aku tak suka orang duk kutuk orang lain yang cuba lakukan kebaikan. Alaaa biarlah! Tu hidup dia dan kita jadikan benda tu sebagai pengajaran pada kita yang serba kekurangan nie. Kan bagus kalau kita semua boleh doa yang baik-baik untuk semua orang dan tak payah nak sibuk cari salah orang. 


Sebenarnyakannn, 


macam kekoknya nak tulis dalam blog benda-benda macam ni, tak tahu nak susun idea macam mana sebab dah lama tinggal. Banyak benda yang aku pendam je, malas nak cakap sebab macam end up its useless jugak kan? Sebab tu dah lama tak tulis dan bagi pendapat dalam blog. Dah lama tak buat semua tue. Rasanya macam nak buat banyak-banyak lepas ni cause I found that I felt a little bit relieved every time I write up something :) Maybe I should start practicing it more after this


Sebab aku belajar yang tak semestinya semua benda kita kena bagitau orang. Ada benda kita kena simpan. Ada benda kita kena share dengan orang-orang yang terdekat sahaja. Ada benda kita kena tutup mulut, hati dan telinga. Ada benda kita kena terima je tanpa persoalkan apa-apa sahaja. Ada benda kita kena redha dan ad ada benda kita kena paksa diri untuk terima walaupun sebenarnya tak nak


Eh entah apa lah aku ni. Tak tahu kenapa hari ni rasa serba tak kena. Sebab tu tulis ni. 


Sebenarnya blur tak tahu nak buat Policy Analysis, Project Management, test dan assigment Local Govt dan juga dateline hardcover research yang semakin menghampiri. Hmm stressnya fikir huhu


Patutlah banyak kerja nak kena buat. Baru sedar, minggu depan adalah minggu last sebagai pelajar UiTM :')


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments