Sebelum & Selepas VIVA
By Mysara Newrie - Thursday, June 02, 2016
Assalamualaikum
What can I say more at this time except ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH and ALHAMDULILLAH?
Aku dah lepas VIVA weyh. Benda yang paling semua orang takut kan, akhirnya aku dah lepas dan sangat-sangat lega :)
Panel aku Prof Zaliha dan Dr Suseela. Masha Allah ~ diorang sangat best dan sangat baik. Tak kondem teruk pun! Cuma aku kena betulkan tajuk research aku dan justify kan a few things and thats it! Im done with my research dan boleh buat hard cover pulak lepas ni yeeehuuu!
Tak tahu nak cakap macam mana terima kasih dekat Dr Azizan Zainuddin, supervisor aku yang sangat-sangat menolong aku siapkan research aku nie. Keluar je dari bilik VIVA tu, kebetulan aku nampak dia dari jauh sambil muka dia macam "Macam mana tadi Mai?" Aku pun apa lagi terus pergi dekat Madam dan cakap "Nak peluk madam boleh tak?" lepas tu terus jee aku peluk dia hahahhaha Tersenyum je madam bila tengok aku dah lepas viva tadi :)
Terima kasih jugak dekat my parents, Hakim dan keluarga aku yang Ya Allah Ya Tuhannn, sangat-sangat lah supportive! Tak tahu nak balas macamana dengan semua apa yang diorang dah buat :)
Dan yang paling tak bestnya adalah, yess. Sehari before aku VIVA, hp aku kena curiii dekat Giant Shah Alam tu hah -.- Sedih tauu. Petang tu aku duk sibuk prepare for VIVA dan soalan-soalan yang kemungkinan panel nak tanya. Sekali masa dah nak balik and pergi print slides and tabular summary, sekali amik kauu. Baru sedar HP dah hilang. Patah balik pergi tengok, memang sah dah tak ada. Call sekali je ringing then terus tak dapat, sampai sekarang Y.Y
Masa tu emosi aku memang keliru betul. Dah lah nervous nak VIVA, HP aku pulak kena curi. Memang sedih betul sebab yelah ~ hp tu baru lagi aku guna selepas kes hp aku yang sebelum ni hilang masuk dalam lubang jamban. Eii entah apa apa je lah aku nie! So masa tu aku cuba untuk rileks rileks rileks je. Kang kalau aku serabut, habis semua benda tak jadi padahal sebenarnya dalam hati ni, ya Allah takutnyaaa. Tapi memang betul pun HP aku kena curi sebab CCTV membuktikan segalanya. Kepada pencuri, semoga hidup awak tak tenang.
Terima kasih dekat orang-orang yang tolong aku masa aku tak ada HP tue. Terharu sangat-sangat sebab masa tu aku sangat blur dan taktahu nak buat apa. I thought I will be okay or handle this situation well tapi sebenarnya tak punn -.- Tak tahu nak reply macam mana dengan bantuan yang diberikan wuwuwuwuwuwu sumpah terharu :')
Lepas VIVA terus balik rumah. Malam tu terus beli HP baru guna duit RM 5 yang aku kumpul. Ya Allah berbaloi jugak sebenarnya aku duk kumpul duit hijau nie. Setiap kali aku dapat duit RM 5, aku cepat-cepat masuk dalam tabung. Eh eh tak sangka pulak, dengan adanya duit tue, cukup pulak aku nak beli HP satu lagi hahhahahahaha So ada lah hikmahnya cuma yang tak best, aku kena start dari awal balik nak kumpul RM 5 tu -.-
Petang semalam, aku baru sampai KL dari Melaka, ikut ayah outstation. Ayah kerja maka aku dan mama berjalan-jalan di Melaka. Alaa jalan apa sangat hahahah kitorang pun tak tahu nak pergi mana so banyak pusing-pusing dalam mall dan amik gambar dan oh ya, pergi muzium je. Ramai jugak orang. Dah lah panas. Aku nak jalan jauh sikit pun kesian dekat mama so jalan dekat dekat je lah :)
Aku ingatkan bila dah cuti Gawai seminggu ni aku boleh rileks. Eh eh rupanya tak sebab aku baru sedar, banyak lagi benda dan kerja yang aku kena buat -.- Habislah. Dah lah semua benda nak next week dan next two weeks. Marilah nangis bersama-sama Y.Y
Semoga Mysara Newrie kuat dan tabah selepas ini! |
0 comments