Kenapa Kita Tak Boleh Buat Movie Based On True Story?
By Mysara Newrie - Sunday, October 16, 2016
Assalamualaikum wbt
Hai. Petang Ahad ni macam penat sangat sebab baru balik dari kerja-kerja merapatkan sillaturahim dengan kaum keluarga so marilah kita rehatkan badan, gerakkan minda lol entah pape je aku nie
Al kisahnya last week aku tengok Deepwater Horizon and it was good! Recommended okay! Aku suka betul cerita-cerita yang based on true story (Suffragate), kisah-kisah perang (Black Hawk Down, Behind Enemy Lines), kisah-kisah biografi pasal orang terkenal ke (contoh macam E-pring, cerita Thailand), kisah-kisah pasal teka-teki (macam Inferno, Da Vincci Code), Just name a few jee sebab tak koserrr aku nak ingat semua hahahhaha
Inferno ; baru tengok semalam. Best tapi heavy jugaklah jalan ceritanya |
So berbalik pada cerita Deepwater Horizon nie, kisahnya adalah pasal true story pasal kes tumpah minyak dekat Mexico pada tahun 2010. Disebabkan kes tumpah minyak ni, banyak kerugian yang dorang tanggung esp dari syarikat BP rasanya. 11 orang mati dalam kes ni and most of the survivors dari kes ni semuanya dah berhenti kerja dari oil and gas sebab trauma. Excuse meeeee, aku yang tengok movie ni pun rasa macam "Ya Allah takutnyaaaaaaa!", apatah lagi orang yang mengalami sendiri benda nie. No wonder lah orang yang kerja oil & gas ni banyak risknya. Baru aku tahuuuu.
Kemudian, aku macam tetibaaa laa terfikir. Otak aku memang pejabat paling sibuk di dunia -.- Ada je benda nak fikir itu ini padahal benda-benda simple jee
Kenapa Malaysia tak boleh buat cerita-cerita yang macam nie? Maksud aku, cerita yang based on true story. Why?
Contohnya, Ola Bola. Its based on true story kan? Kita boleh tengok betapa ramainyaaaaaaaa yang serbu wayang semata-mata nak tengok cerita ni. Ada yang sampai tengok lebih dari dua kali, ada yang siap download, ada yang tepuk tangan dan menangis laaa lepas tengok. See? Sambutan terhadap cerita tue dah menunjukkan yang kitaaaa kita nii memang suka cerita-cerita pasal true story nie, dangg!
Cerita lain macam Hati Malaya 1957. Aku teringat lagi, kawan aku pernah cerita yang at first, diorang tak nak tengok cerita ni dekat wayang tapi end up terpaksa tengok sebab tu je cerita yang available. And you know what? At the end of the movie, my friends and his gang macam terus terdiam and menangis sebab tersentuh tengok cerita tu. See, dang! Psst ~ kawan aku ni lelaki tauu?
Haa cerita apa lagi eyh dekat Malaysia yang based on true story? Name it. Aku tak dapat nak ingat
Apa yang aku nak sampaikan adalah kita ni memang suka tengok kes-kes real story nie. Percayalah. Akulah salah seorang dari mereka. Aku memang suka tengok cerita based on true story ni sebab ianya buat aku terfikir "Ada jugak eh cerita macam ni dekat luar sana" and it makes me so bersyukur dengan apa yang ada.
So aku harapkan sangatt ada orang dekat luar sana yang boleh come out dengan cerita yang real story macam nie. Sebab ianya boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. Boleh dedahkan kepada anak muda (macam kitorang nie) tentang kehidupan sebenar yang tak ramai tahu. Banyak benda boleh kitorang belajar
Aku rasa dekat Malaysia nie banyakkkkkkkkkkkk kisah benar yang boleh dijadikan cerita. Macam kes runtuhnya Highland Tower ke, pasal Mona Fendi ke, kisah pasal banglo Seksyen 2 Shah Alam ke, pasal banjir besar di Kelantan etc. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan cerita sebenarnya
TETAPI
aku tak rasa mentaliti masyarakat kita boleh terima dengan apa yang aku fikirkan nie. Sebab tak semua orang setuju dengan cerita sebenar mereka di angkat dan dijadikan cerita esp yang melibatkan keluarga dan kawan-kawan rapat orang yang terbabit tue. Yelah ~ ibarat macam orang jadikan mereka sebagai panduan dan keuntungan kan? Am I right? Tambah-tambah pulak, kita semua macam ada perangai atau macam stigma yang macam "takpayah ceritalah" See?
Dan tak semua orang akan sanggup nak bukak kisah sebenar mereka dan didedahkan kepada orang ramai. Tak ramai dan tak semua. Masing-masing masih dengan pegangan malu dan "simpan sahaja" . Dan ada juga yang akan fikir "buat apa nak buka pekung di dada?" Tak semua sanggup bekerjsama dan ceritakan kisah benar yang terjadi. See. Told ya! Tak payah pergi jauhlah, even pasal cerita Deepwater Horizon ni, aku ada baca jugak ada kaum keluarga dan kawan-kawan mangsa yang terlibat tak berapa setuju untuk dibuat cerita pasal kes nie.
Actually, bagi aku lah ~ tak salah nak bercerita dan tak salah jugak untuk menyimpan cerita itu. Terpulang pada penerimaan orang tersebut. Yang penting adalah orang yang membuat cerita tue iaitu pengarah dan krew-krew produksi tue. Alangkah bagusnya kalau mereka dapat buat research dulu tentang kes-kes tersebut, bertanyakan dengan orang yang terbabit, mencari info yang tepat dan cuba untuk terjemahkan kepada dalam satu bentuk cerita selama 120 minit TANPA mengubah keaslian cerita tersebut. Kita kena ingat, kita sedang bercakap dan bercerita tentang kehidupan orang lain, so kan bagus kalau dapat 'jaga' sebaik-baiknya amanat yang diberikan, ye dak?
Dan kang bagus, hasil dari filem tu ; diberikan sedekah kepada mereka-mereka yang terbabit macam keluarga rapat mangsa ke. Kan bagus, boleh kurangkan beban mereka sikit kan? Tak salah nak buat amal kebaikkan ni, antara nak dengan tak nak jeeee
Yelah yelah ~ cakap memang senang kan? Hahahhaa tapi kalau dah nak, apa salahnya nak bersusah payah kan? Pokok pangkalnya, bergantung kepada diri sendiri. Usaha yang ikhlas, kerja yang mantap pasti hasilkan sebuah masterpiece yang cemerlang, gitoh!
Kenapa aku cakap macam nie?
Aku sebenarnya macam dah penat cerita-cerita cinta nie hahahhaha Sekali sekala boleh lah ~ tapi kalau dah kerap sangat, aku rasa macam aduyaii ~ tak berkembang pulak otak nie. Sekali sekala nak jugak otak rasa macam ada input yang boleh aku berfikir. Satu lagi, aku memang ada habit yang setiap kali habis tengok wayang, aku akan Google cerita tu dan baca balik semuanyaaaa esp kalau movie yang aku tengok tue adalah based on true story! Wowowoowowo! Adrenalin rush! Cuba bayangkan kalau aku tengok cerita cinta, lepas tu nak Google apa? Hahahhaha
Okay bye. Aku tak tahu kenapa petang ni otak aku boleh berfikir pasal benda-benda macam nie. Actually dari last week lagi terfikir nak tulis cuma baru hari ni ada peluang nak tulis dekat blog. Hihihihihihi
So ada yang nak bagi komen pasal idea aku nie? Ni cuma idea otak aku je. Aku malas nak taip panjang-panjang tapi korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan kan? Korang tak suka, bagitau. Kot kot korang ada idea yang lebih bagus ke kann ~ Bye, aku nak makan aiskrim.
0 comments