Mysara & Music

By Mysara Newrie - Thursday, November 08, 2018

I always believed that music can connect people and emotions. Yang bestnya music ni adalah something yang boleh kau berikan kepada sesiapa kalau kau sendiri tak dapat nak khabarkan melalui kata-kata

Sayang, you dengar lagu Harus Terpisah ni. Khas untuk you!

Tak memasal lepas tu terus break up! Hahahaha


My love for music memang sejak dari dulu lagi. Aku ingat lagi aku ada satu CD MP3 player, warna silver. Dulu guna CD okay? Aku beli CD yang beratus-ratus lagu yang ada macam-macam lagu. Before tidur, memang dengar lah, duk layan kan

Lepas tu, masa tu kan tengah hot dengan Peterpan dan My Chemical Romance. Dua-dua CD group ni aku tak beli pun, aku pinjam dengan cousins aku duk dengar hahahhaha Hello? Berpeluh aku sebab nervous nak tunggu lagu fav aku sebab masa tu mana ada display lagu apa yang di play kan? So kena sabar lah menunggu. Kalau dah off, terpaksa dengar lagu yang sama, dari awal balik

Nangis lah kau dik

Tapi tak lama lepas tu, CD player aku tu rosak sebab mana tahan kalau aku dah asyik tekan-tekan next dekat butang dia, nak dengar lagu favourite punya pasal

Related image
This is my CD MP3 dulu hihihi


Oh ya, masa ni jugak aku aktif betul dengan pancaragam dekat sekolah aku. Aku main tenor saxesphone! Tahulah sikit baca chord music tapi tak hafal sangat pun. Best weh -- setiap kali habis kelas, terus pergi practise main lagu. Lepas tu join pulak choir dekat sekolah. Wakil negeri Terengganu dapat tempat kedua. Yeay yeayy!

Then masa zaman SPM, aku beli satu Sony MP3 player, warna putih. Ni yang paling aku sayang tapi aku dah tak tahu lah mana hilangnyaa Y.Y Sebab display dia cantik, warna putih tapi macam berkilat-kilat silver dekat luaran dia. Dah lah kecik comel, aku letak teddybear keychain dekat dia

Related image
Yes mp3 ni lah, ya Allah sayangnyaaaa ~

Before nak study masa prep untuk SPM, aku akan pasang dan dengar MP3 aku tue. Bukan aku sahaja, satu sekolah lah pasang earphone masing-masing sebab kitorang hanya dibenarkan bawak MP3 sahaja dekat asrama

Haa elok lah tu! Orang nak study dengar Zikirulllah, baca ayat Al-Quran, doa-doa tenang hati ke. Ni tidak, setan je duk bergayut dekat telinga!

*efek bunyi guruh*

Gulp! Kau rasa? Tak terkesima dengar cikgu kau sound direct macam tu? Hahahhaa pedihnyaaa rasa

Then masa dah masuk UITM, aku banyak dengar lagu thru Nokia C3 aku tu je. Itulah HP yang paling best pernah aku guna sebab dah lah besar, battery tahan lama, senang nak guna dan tahan lama. Bayangkan weh, kawan aku pernah jatuhkan Nokia C3 dari Tingkat 3 then bila cek, tak ada pecah apa-apa pun. Walaoweh ~

Image result for nokia c3
Nokia C3 - HP paling best!

Sampailah satu ketika, masa tengah study Sem 3 Diploma, subjek macro economy, dekat koridor Kolej Perhentian UITM Dungun, menghadapi pokok-pokok dan angin bayu dari laut, aku berniat

Kalau aku dapat Dekan sem ni, aku nak mintak hadiah MP4 dari mama ayah


Sejak dari tu, sampai sekarangggggggggggg aku guna. Betapa lamanyaaa aku guna, jaga elok-elok. Since 2011 kot sampai sekarang! Sayang MP4 aku ni, boleh menangis kalau jadi apa-apa dekat dia

Bagi aku, MP4 ni adalah barang palinggggggggg yang aku sayang, sentimental value yang pernah aku ada. Sebab aku nak dapatkan ni, hasil dengan aku belajar sungguh-sungguh hihihi

Lagipun maybe sebab MP4 ni adalah teman aku yang paling setia kot? Sebab kalau aku dekat mana-mana, naik bas ke, sebelum tidur ke - mesti aku akan pasang mp4 aku ni. Dulu yelah dengar lagu sambil tidur tapi sekarang dah tak ada, tak bagus kan?

Ada sekali tu, pernah MP4 aku tak boleh nak detect bila charge. Terus aku meroyan bawak p Sony KLCC. 

Ni model dah lama dah ni dik. Boleh beli yang lain

Tapi saya tak nak. MP4 ni ada sentimental value

Mungkin abang tu rasa bersalah kot sebab aku cakap macam tu, terus abang tu pun trylah macam-macam untuk cek kenapa tak boleh nak detect charging. 

Ya Allah tolonglah baiki MP4 aku seperti biasa, tak nak beli yang lain. Nak yang ni jugak. Tolonglah Ya Allah 

A moment later...

Okay dah dik, dah boleh charge

Yeay yeay! Ayuh pulang!

Tapi battery tak penuh pulak yang ni hahahhaha

7 tahun kemudian

Aku masih dengar lagu di mp4 yang sama. Lagu pun masih sama sebab suka dengar lagu lama-lama, buat aku teringat cerita-cerita lama. 

Kau suka dengar lagu apa Mai?

Hmm hmm hmm ~ Susah jugak nak jawab soalan tu. Sebab aku akan dengar semua lagu yang aku rasa sedap dan best di telinga aku. Range music aku boleh dari tahun 1989 kepada tahun 2018, dari music MNasir kepada Khai Bahar, dari music slow dan jiwang kepada music yang rock kapak dan tangkap leleh. Serius! No specific lagu dan band yang aku suka

Kecuali band Hujan dan Kugiran Masdo *bright eyes*

Sampailah pada satu hari aku saja-saja pergi ke Sony dekat KLCC. Sajeeee cari pasal kan nak cuci mata sampailah aku ternampak benda ni

Cantiknyaaa Y.Y

Ya Allah -- aku nak niat apa pulak ni untuk dapatkan mp4 yang baru ni?



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie


  • Share:

You Might Also Like

0 comments