Akhirnya Dapat Jugak Hadiah Itu :)

by - Wednesday, November 09, 2011


Assalamualaikum


Hari ini aku memang bangun awal sebab tidur awal! Alhamdulillah ~ Dapat jugak tidur awal. HAHA :D Pukul 3 pagi. HAHA :D Weyhhhhhhhhhh ~ bagi orang-orang yang selalu tidur selepas Subuh macam aku nie, pukul 3 tu dah kira awal tahu tak?


So pagi tadi aku bangun awal giler. Bangun-bangun je aku terus online. Tengok apa yang patut tapi aku update Tumblr aku dulu. Hehe :)


Lepas tu mak aku masuk bilik aku dan ajak aku pergi bandar. So pergilah ~ Pergi jumpa mak saudara aku kejap sebab ada hal sikit. Lepas tu pergi lah ronggeng-ronggeng. Hehe :) Kebetulan, aku pun nak pergi survey dulu hadiah yang aku nak tue. Hehe :)


Hadiah ni sebenarnya dah lama dah aku nak tapi aku hold on dulu sebab tak ada reason munasabah aku nak mintak. HAHA :D Lagipun jenis aku, kalau aku nak, mestilah sesuai sikit dengan keadaan. Macam mana ehh nak cakap? Kalau aku dapat sambung Degree, aku boleh request nak mintak kereta sebijik sebab aku dah berjaya lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Haaaaaa gituuuuuu ~ :D Baru lah rasa macam sentimental value sikit barang yang kita dapat tue :)


Lagipun lagi susah kita nak dapatkan apa yang kita nak, lagi mendalam perasaan kita menghargai barang yang kita nak tu kan? Hehe :)


So baru-baru ini results exam Semester 3 dah keluar dan alhamdulillah ~ pointer aku naik secara mendadak jugak sebenarnya. Takut pulak aku tengok sebab sem depan kenalah kekalkan kan? :)


Aku dah berniat dah masa aku tengah study ECO 211 sorang-sorang, aku niat ;


"Kalau aku dapat Dekan sem ini atau pointer aku naik, aku nak mintak ayah tolong belikan tutttttttttt. Hehe"


Alhamdulillah ~ Allah swt perkenankan doa aku tue. So aku pun call ayah aku dan pagi tu jugak, ayah aku terus bank in kan duet. Hehe :)


Tadi masa pergi survey, tak banyak kedai pun yang jual barang yang aku nak yang Original. So aku pun belilah barang yang aku nak tue.


Dah beli, aku masuklah dalam kereta sebab mak aku tak boleh nak keluar sebab tak ada parking kereta. Mak aku tanya aku


"Awak beli yang berapa Gig? Berapa ratus?"
"Sara beli yang 4 gig je mama. Dapat dalam RM 280. Harga asal RM300"
"4 Gig? Cukup ke tue? Dah lah ~ Jom pergi tukar. Amik 8 gig"
"Alaa mama. Tapi kena tambah RM100 lagi. Malas ar ~"
"Biarlah ~ Mama tambahkan"



Kebetulan pulak, ada parking kosong so mak aku pun parking dan terus masuk kedai tue, mintak tukar. Nasib baiklah tokey Cina tu baik giler-giler sebab kasi tukar dan dapat kurangkan harga barang yang aku nak tue :)


MP4 je :)


Aku dah lama usha dah Mp4 ni sebab MP3 aku rosak dan hilang entah ke mana entah masa aku nak pergi baiki hari tu. Alhamdulillah ~ dapat jugak aku beli MP4 sebab aku ni, kalau study, kadang-kadang nak ditemani lagu, nak nak kalau mengantuk. Kadang-kadang sebelum tidur pun, aku dengar jugak lagu-lagu


Kepada Nabilah Hani Azali, aku mintak maaf sangat-sangat sebab terpaksa amik warna merah. Huhu ~ Aku nak warna Gold sebab warna Gold cantek giler tapi untuk 8 gig, die cakap warna Gold dah habis dah T___T So aku pun terpaksalah amik warna merah, sama dengan kauu. Sorry tau!


Yang ada untuk 8 gig tadi, warna hitam, merah and pink. Fuhhhhhhh ~ Warna pink memang aku dah reject awal-awal dah sebab aku tak berapa suka pink. HAHA :D Tapi entah lah tetiba macam nak ada warna pink pulak kat blog aku nie. Pftt ~ cakap tak serupa bikin. HAHA :D

See? Cantik kan warna Gold die? Aku memang dah tangkap leleh dah dengan warna Gold tapi dia cakap tak ada dah. So terpaksalah amik warna merah walaupun sebenarnya warna favourite aku warna merah. HAHA :D


Aku pun beli silicon getah ini untuk cover die. Yelah ~ Bukan senang tau aku nak dapatkan mp4 ni so haruslah aku jaga baik-baik :) Aku pun belilah ~ RM25 je. BTW untuk dapatkan 8 gig, mak aku yang tambahkan RM100 dan silicon ni aku beli guna duet aku sendiri


Sekarang ni, semua gadget yang aku ada, semuanya warna merah. Laptop aku warna hitam tapi aku dah tampalkan dengan sticker kain yang warna merah, kamera aku warna merah, HP pulak aku pakaikan die dengan cover warna merah dan mp4 aku punn warna merah! :D



Thank you ayah! Thank you mama! :D



p/s : FYI aku pakai inai dekat kuku okay? Bukan pakai cutex :)


You May Also Like

15 comments