[Song Review] Yolanda Be Cool vs DCUP - We No Speak Americano
By Mysara Newrie - Sunday, May 29, 2011
Oh yeahhhhhhhhhhh ! Sumpah best giler lagu ni ! HAHA :D Tiap tiap hari mesti nak dengar dan tiap kali dengar mesti rasa nak goyang kepala dan badan sekali. Eh korang ! Dengar lah jugak lagu nie. Haha :D
Salam. Hari ini hari pendaftaran kolej di UiTM Dungun dan itu bermakna, esok dah start kuliah untuk semester tiga.
SEMESTER TIGA?!
Cepatnya masa yang dah berlalu yer. Hmm ~ Entah la aku tak tahu apa yang aku harapkan untuk semester ini cuma aku cuma nak sibukkan diri aku je. Dalam otak aku ini, dah ada macam-macam plan yang aku nak buat untuk sem nie.
Aku nak join Debat, aku dah jadi Mantan untuk Persidangan Mahasiswa dan ada beberapa perkara yang team aku nak bawakkan ke pihak atasan FSPPP dan batch aku yang ditugaskan untuk uruskan Dinner Fakulti dan aku jadi MT untuk Dinner sem kali ini. Oh lupa nak cakap, aku nak rombak balik cara aku study balik sebab aku nak dekan untuk semester tiga ini. Korang, tolong doakan untuk aku? :)
Banyak jugaklah perancangannya. Biarlah tak cukup tidur, biar tak cukup rehat. Yang penting aku cuma nak sibukkan diri aku je. Sampai masuk hospital tak cukup rehat pun lagi senang -.-
Results final exam? Pointer aku turun. Dari 3.31 ke 3.02. Sumpah frust sebab harapan aku sangat-sangat tinggi untuk sem lepas. Tapi lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadinya -.-
Tapi ucapan Syukur Alhamdulillah aku tak putus-putus bila aku tak ada repeat paper langsung expecially untuk paper Akaun yang aku hanya dapat untuk cukup-cukup makan je :)
Apa lagi? Hmm ~ Kawan-kawan semuanya masih sama je cuma aku je yang rasa lain. Tak ada totally happy dalam diri aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku harap happy-go-lucky aku tu masih ada dalam diri aku
Hati aku? Aku dah hantar dah die kat hospital sekarang nie. Semalam baru keluar dari ICU. Doktor cakap, perlukan perhatian sepenuhnya dan perlu makan ubat dan vitamin dengan lebih banyak lagi
Ubat dan vitamin? Ya ~ Mendekatkan diri kepada Allah swt :)
3 Mac 2011
Menggigil seluruh badan ku
Berair mata ku
Tak perlu aku ucapkan apa-apa lagi
Semuanya mungkin sudah terbukti
Kalau kau perlukan masa bersendirian, tak mengapa
Aku akan pergi
Kalau kau perlukan aku,
kau sendiri tahu dimana kau perlu cari aku
Tapi kalau kau dah fikir yang kau tak perlukan aku
lepaskan aku pergi
tak ingin aku terseksa dalam genggaman kau lagi
Jikalau selama ini perbuatanmu adalah untuk menyenangkan aku
kau memang pelakon terhandal
terima kasih :')
0215
4 Mac 2011
4 Mac 2011
*memang untuk kamu punn !
Kita sebenarnya tak sedar yang masa dah mengubah semuanya. Kita ingat kita masih seperti dulu, bayi yang baru merangkak, kanak-kanak yang baru sahaja kenal dengan tadika, pelajar sekolah yang terlalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Semuanya macam masih baru lagi dalam ingatan
Tapi sampailah satu ketika, kita tersedar dari mimpi yang panjang dan ketika itu baru kita sedar, yang kita sebenarnya dah tinggalkan semuanya lama dulu. Kita lihat sekeliling kita dan baru kita sedar, kita sebenarnya dah besar
Bila umur makin bertambah, kita mula sedar akan tanggungjawab kita, tanggungjawab yang terbeban di bahu kita sendiri dan tak mungkin kita bahagikan tanggungjawab itu kepada orang lain. Kenapa? sebab itu memang tugas kita
Namun, kadang-kadang kita masih terperangkap dalam sangkar zaman dahulu. Nama sahaja sudah dewasa tapi fikiran kita masih di takluk lama. Mula buat sesuatu tanpa fikir baik buruknya, pro dan kontranya. Yang terlintas dalam fikiran, hanyalah kepuasan dan kegembiraan
Tapi sampai satu saat, kita akan mula terjatuh jauhh ke dalam lubang yang dalam. Kita baru sedar yang kita sebenarnya dah salah mengambil langkah dan tak mungkin langkah itu dapat dipatah balik. Sakitnya rasa tapi apa yang mampu kita buat selain dari menerimanya dengan hati yang paksa rela?
Tak usahlah menangis. Tak payah menyesal. Sebab semuanya dah terjadi. Nak tak nak, kita kena hadapi jugak. Hidup mesti diteruskan walaupun pada dasarnya kita sebenarnya dah mati. Mati dalam kekesalan sendiri
Ketika ini, baru lah kita sedar yang kita sebenarnya dah besar. Tak ada lagi erti kata main-main dalam kamus hidup kita. Kita baru sedar yang kita sebenarnya dah dewasa dan boleh fikir semuanya. Tapi semuanya dah terlambat. Semuanya dah terjadi
Menyesal? Padan muka dengan diri sendiri. Masih terperangkap dalam sangkar lama sehingga apa yang kita miliki kini, hilang ditiup angin, sekelip mata
Namun percayalah. Apa yang terjadi pada hari ini, akan menentukan siapa kita pada hari esok. Kita akan mula buka mata dan akan cari cebisan-cebisan yang hilang dalam hati kita. Mungkin akan mengambil masa yang lama
Percayalah, masa tidak akan mengubah kita jika kita masih dalam sangkar zaman dahulu. Kita akan berubah mengikut masa sekiranya kita sedar akan diri kita yang sebenarnya.
Persidangan Mahasiswa FSPPP Kali ke 3 di UiTM Merbok, Kedah :D
By Mysara Newrie - Sunday, May 22, 2011
Salam. Yeahhhhh ! Selepas penat menjalani perjalanan selama hampir 12 jam lebih dalam bas, aku rasa aku kena lah update pasal Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 3 nie. Hehe ;) Kali ini persidangan diadakan di UiTM Merbok, Kedah. Sebelum ini persidangan diadakan di UiTM Shah Alam dan UiTM Melaka
Pagi 15 hb aku bertolak ke Dungun dengan mak aku dan kitorang bertolak ke Kedah tepat-tepat pukul 8 pagi. Semasa dalam perjalanan pergi tu, masing-masing macam kekok je sebab yelah ~ ada yang tak kenal lagi kan? So as usual eh bukan usual, aku akan stick dengan Nabilah Hani Azali lah -.- Dah die sorang je yang aku kenal dengan rapat. HAHA :D
Ok. Let me explain to you all in details about this persidangan nie. Persidangan Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) baru 3 kali diadakan dan kali ini UiTM Merbok Kedah jadi tuan rumah.
Semasa persidangan ini, semua UiTM kampus yang ada FSPPP akan turun padang ke tuan rumah bagi membentangkan cadangan atau lebih dikenali dengan resolusi. Resolusi ini akan dibentangkan oleh setiap kampus cawangan dan mereka yang jadi ahli panel pleno akan saling bertukar-tukar pendapat, berbincang dan akan buat timbang balik samada cadangan itu akan diterima atau tidak. Jika resolusi itu diterima, resolusi tersebut akan dibawa ke Dekan FSPPP
Setiap persidangan ada 4 sessi atau lebih dikenali dengan pleno. Pleno 1 akan membincangkan tentang perkembangan resolusi yang diadakan pada persidangan yang sebelumnya. So kali ini kan persidangan kali ke 3 kan? So Pleno 1 hari tu duk bincang pasal resolusi semasa persidangan ke 2 tahun lepas lah yang diadakan di UiTM Melaka
Pleno 2 membincangkan tentang resolusi atau cadangan yang dikemukakan oleh setiap kampus cawangan. Macam-macam resolusi telah dibincangkan dan ada yang diterima oleh kampus lain dan ada yang ditolak. Masing-masing boleh memberi cadangan
Pleno 3 pula adalah sessi antara setiap ahli pleno dengan Dekan FSPPP. Semua resolusi yang dipersetujui dalam Pleno 2 akan dibawa ke Pleno 3. Semasa ni, Dekan FSPPP akan mendengar semua resolusi tersebut dan akan membuat persetujuan samada resolusi tersebut diterima atau tidak
Pleno 4 adalah pleno yang paling santai sekali dimana semua UiTM kampus cawangan akan membentangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh fakulti masing-masing. Masa ini, UiTM kampus lain boleh amik contoh-contoh aktiviti untuk dijalankan di UiTM sendiri
Haaaaaaaaa ~ Faham tak? -.- Kalau tak faham, kau ulanglah banyak-banyak kali. By the way, entry ini memang panjang giler dan akan penuh dengan gambar-gambar. Aku tahu, korang mesti suka tengok kan? HAHA :D Ngaku je lahhhhhh !
Sampai UiTM Merbok dalam pukul 8 malam dan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. FYI, delegasi Terengganu merupakan delegasi yang pertama sekali sampai dan pengiring kitorang adalah Kak Aida. Baik giler Kak Aida nie :) Die layan kitorang memang perfect 100%
Semua delegasi akan tidur di Taman Universiti. Taman ini khusus untuk budak-budak UiTM Merbok sahaja dan selalunya senior lelaki yang stay kat taman ini sebab kat dalam kampus, hanya ada satu blok je untuk kolej lelaki.
Taman Universiti ini memang best ! Satu rumah maybe boleh muat dalam 20 orang kot? Sebab ada katil double decker. Lepas tu kat ruang tamu and bahagian belakang boleh bentangkan tilam lagi sebab luas. Tandas besar, kipas lajuuu, ada Wifi laju giler, bil elektrik dan air tak payah bayar, keselamatan terjaga. Pendek kat perfect lah taman tu! :D
Kitorang punya program start 16hb pukul 3 petang dengan pendaftaran dari delegasi dari UiTM kampus lain. So disebabkan kitorang sampai awal so pagi tu kitorang jalan-jalan lah around Sungai Petani tue. Hehe :) Kitorang pergi Village Mall dan Tesco dan kawasan sekitarnya. Nothing much to say about that actually :)
Gambar masa shopping dekat Village Mall and Tesco ada dengan Hani, tak sempat nak amik sebab pendrive dah penuh -.-
Malam 16hb, semua delegasi dah sampai dan kitorang ada taklimat ringkas. Masa ini lah baru kenal dengan semua delegasi dari Shah Alam, Melaka, Kedah, Sarawak dan Sabah. Honestly, kitorang yang delegasi dari Terengganu agak kamceng dengan delegasi from Sabah and Sarawak. Hehe :) Seronoklah jugak :D
Malam itu, setiap ketua delegasi akan saling memperkenalkan diri masing-masing dan saling berkenalan. Masa ini agak janggal lah kan sebab baru 1st time jumpa. Hehe :) Setiap orang akan dapat goodie bag dan dalam dia ada buku catatan, pen, name tag, tshirt and tentatif program sepanjang persidangan berjalan.
Kemudian, makan malam ! Oh sedap giler makanan-makanan yang disediakan sepanjang persidangan tue :) Credit untuk AJK Makanan die, Kak Intan :)
Lepas makan malam, balik. Tapi kitorang tak tidur terus sebab kitorang sibuk duk berbincang tentang resolusi kitorang dan apa yang nak dicakapkan esok. Dan disebabkan aku jadi ahli pleno untuk Pleno 4 so aku dengan Hani main-mainlahhh. Haha :D
Yang tak boleh blahnya, aku tengah syok-syok duduk atas meja ping pong. Sekali gedegangg ! Terjatuh weyhh ! Meja ping pong tu jadi lipat dua dan aku terjatuh. Semua terperanjat dan aku seperti biasa ~ buat rilex dulu kemudian baru menjerit. Haha :D
Dan Fendi dengan slumbernya berkata "Mai berenang atas meja ping pong" =.="
Keesokkan harinya, pukul 8.30 pagi breakfast (mee hoon dan teh tarik sedap giler!) kemudian bersidang untuk Pleno 1 pun bermula. Aku blurr giler masa ini sebab tak tahu kan apa yang dah jadi dengan persidangan sebelumnya so untuk hilangkan mengantuk dan blurr, amik gambar lah ! :D
Tengahari rehat sekejap untuk makan dan sembahyang Zohor. Kemudian setiap delegasi dapat satu bilik taw untuk rehat dan berbincang. So kitorang pun lepaklah dalam bilik tu. Act bukan bilik tapi kelas lahh -.-
Kemudian persidangan diteruskan dengan Pleno 2. Act dalam pukul 11 pagi macam tu, Pleno 1 dah habis dah. Then moderator suruh sambungkan terus dengan Pleno 2 sebab takut tak sempat untuk Pleno 2. So carry on je lah :)
Pleno 2 habis dalam pukul 5 kemudian balik ke Taman Universiti. Rehat dan mandi-mandi sebelum tunggu pukul 8 malam untuk bas amik kitorang untuk ke Majlis Perasmian Persidangan Mahasiswa FSPPP oleh Dekan FSPPP
Malam tu, semuanya kena pakai baju yang kitorang dapat tue dan semasa entry ini ditaip, aku tengah pakai tshirt ini lah ~ Semangat weyhh ! HAHA :D
Memanglah dalam gambar atas ada katil double decker tapi aku dengan Hani tarik tilam, tidur kat ruang tamu, betul-betul bawah kipas yang berpusing pada tahap 5. Haha :D Sejuk bohh ! :D
Ada ucapan perasmian dari Dekan FSPPP, Abang Umar aka Abang Anuar Zain berucap, Rektor UiTM Merbok berucap. Kemudian ada tayangan montaj semasa persediaan persidangan oleh AJK AJK persidangan. Perghh ~ Montaj dorang bapak hebat giler ! :D Terbaik ar :D
Kemudian makan malam (nasi tomato - sedap nya weyh !) dan ada sessi bergambar dengan MT FSPPP. Hehe :)
Dekan FSPPP dengan lecturer pengiring bagi setiap delegasi. Oh ya ~ Miss Marhapizah yang iring kitorang semasa persidangan ini
Delegasi Terengganu (Kak Dilla, Kak Wanie, Dayah, Hani, Kak Ya, Burn, Faez, Ridzuan, Fendi dan Qari)
Oh ya ~ Did I mention yang delegasi from Terengganu sahaja yang hantar wakil from DPA? Sebab delegasi-delagasi yang lain ada hantar wakil dari budak-budak degree. Huhu. Kiranya kitorang yang paling muda lahhh. HAHA :D
Delegasi Terengganu dan Sarawak. Aku tak tahu kenapa kitorang memang rapat dengan diorang. Siap boleh plan vacation sekali tawww ! Haha :D
Delegasi Terengganu dengan Melaka. Haha :D Sumpah lawak betul masa nie. Oh ya ~ Housemate aku ada 3 orang dari Shah Alam. Nikk ! Kalau Nik baca blog ini, sila add kiter kat FB eyhh ! Tak dan nak jumpa hari tue :(
Keesokkan harinya Pleno 3 dan 4 disambung. Dan seperti biasa, mengantukkk -.- Kalau sesape yang add FB aku, haaaaaa ~ tengoklah status aku sepanjang semasa persidangan itu. Mengantuk je kerjanya. Haha :D
Dekan FSPPP semasa persidangan Pleno 3 berlangsung :) Dekan FSPPP memang terbaik sebab die jelaskan semua isu-isu yang berbangkit dengan jelas dan tenang. Dan secara amnya, semuanya faham dan semuanya berjalan dengan lancar :) Semua orang faham dan semuanya berpuas hati dengan penjelasan dari Dekan FSPPP :)
Kemudian persidangan disambung ke Pleno 4. Masa ini aku jadi ahli panel. Aku just tanya-tanya soalan je dekat UiTM kampus lain macam mana dorang laksanakan aktiviti dorang tue. Memang best tapi bila dah habis present, bosan. So tengah dalam persidangan tue, aku dengan Hani main BINGO depan moderator. Haha :D
From left ; aku, Yazrin, Kak Emy, Kak Wanie, Dayah, Kak Dilla, Hani, Saleha dan Kak Ya
Lepas habis je persidangan Pleno 4 semuanya macam ARGHHH ! sebab dah habis dah! Haha :D Lepas tu pihak UiTM Kedah bawak kitorang pergi jalan-jalan dekat area Merbok. So kenal lah sikit kan kawasan around-around tue. Hehe
Masa dalam bas, kitorang satu delegasi dengan Kedah iaitu pihak AJK dorang sendiri, delegasi from Sabah dan Sarawak. Memang happening giler masa ini sebab AJK dari UiTM Merbok tu ada buat lawak taww ~ Pasal kawan dia nama Zizan. Adoi sakit perut aku duk gelak masa tue
Kemudian, ada sorang abang tue, abang Umar ehh? Die menyanyi lagu Sedetik Lebih by Anuar Zain ~ Hoii ~ Suara die sebijik macam Anuar Zain! Haha :D
Kitorang dengan delegasi from Kedah, akak akak dan abang-abang yang menjadi AJK bagi persidangan kali ini. Yang baju putih tu lah, Abang Umar. Kak Gee, you rock girl ! Sebab apa? Baru 1st time aku tegur die, terus dah jadi mesra gituuuuuu ~ Haha :D
We allsssssss :D Haha :D Aku tak dan nak beli pape pun kat pasar nie sebab aku pun tak taw nak beli apa. Haha :D Eh silap silap ! Aku beli battery AAA je sebab kamera battery aku kong! -.-
Then kitorang pergi kat tepi pantai apa entah. Perghh ~ Lawa giler pemandangan die ! Sumpah lawa doeeeeeeeeeeeee ~ :D tapi tu lah ~ battery kamera aku memang nak menggatal dengan aku kan time-time macam nie? Memang aku bengang lahh. Haha :D
Oh yaaaaaa ~ Aku tak ingat nak bagitahu satu benda yang penting kat korang. Sepanjang persidangan ini berlangsung, kitorang ada jumpa ramai giler artis. Haha ;D Siapa? Jap jap :p
Korang tengok gambar atas nie. Gambar lelaki yang bertiga tue. Yang kat tengah-tengah tu sebijik macam sape? Haaaaaaaaaa ~ Macam Farid Kamil kan? Haha :D He is from Sarawak dan nama dia AJ tapi dah melekat dah duk panggil die Farid Kamil. Haha :D
Kelima-lima delegasi bergambar. Eh tapi aku rasa ada empat je delegasi masa ni sebab delegasi Shah Alam tak ada. Dorang pergi makan. Haha ;D Mana aku tahu? Sebab housemate aku budak Shah Alam. Hehe :)
Haaaaaaaaaaa ~ Ni gambar aku dengan Wonder Girlsss! HAHA :D See? Tengok muka macam budak-budak Wonder Girls kan? Ni kawan aku from Sarawak, Qaiesya, part 6 DPA :) Hehe :D
So lepas tu terus shoot ke Taman Universiti balik sebab malam tu ada Majlis Penutupan PMFSPPP kali ke 3. Tema die adalah tradisional. Dah tu mana nak cekau baju? -.-
Dalam bas. Malam tu makan memang best giler weyhh ! Haha ;D Sebab malam last kan? Ada rojak buah dan puding milo lagi. Sumpah sedap giler. Haha ;D Tapi aku tak ada banyak sangat gambar masa malam last ni sebab malas dah nak amik gambar -.-
Kitorang dengan cenderahati dari UiTM Kedah kepada semua delegasi-delegasi. Burn, ketua delegasi dapat satu buku pasal Batik Merbok. Die cakap die nak letak buku tu dekat galeri fakulti kitorang. Ok jugak lah :)
Haaaaaaaaaaaa ~ Masa ini adalah time yang paling kecoh dan paling happening sekali. Sebab apa? Sebab masa ini lah yang menentukan siapa yang akan jadi tuan rumah untuk persidangan seterusnya. Hehe :)
Satu dewan tu bergegar sebab masing-masing nak Sabah jadi tuan rumah. Haha ;D Tapi malangnya Sabah dah tersingkir awal-awal lagi. Huhu. Oh ya ~ Masa ini pun paling meriah sebab pengacara die sebijik macam Aznil Nawawi. Maksud aku, cara penyampaian die sebijik macam Aznil masa Aznil nak umumkan siapa yang terkeluar dari AF. Haha :D
Tapi last-last Sarawak jadi tuan rumah untuk PMFSPPP kali ke 4. So tahniah Sarawak ! Dan yang paling best sekali, aku dengar, kitorang akan bersidang selama 5 hari, 3 hari untuk bersidang dan 2 hari adalah hari untuk jalan-jalan di Sarawak ! Haha :D Uish ~ Harap-harap aku dapat pergi lah nanti. Aminnnn ~ :)
Then balikk. Eh eh sape cakap kitorang dah ready nak tidur? Kitorang semua dengan delegasi from Sabah dan Sarawak lepak-lepak kat guard tu sampai pukul 2 pagi sebab majlis tu habis dalam pukul 11 lebih rasanya. So masih awal lagi kan? Lepak lah dulu
Macam-macam jugaklah kitorang duk borak-borakkan. Last-last tinggal aku, Hani, Abang Awang, Shah dan Qari je yang stay. Yang lain dah masuk tidur. Haha :D Act guard tu macam nak halau kitorang suruh tidur kott tapi maybe die fikir ni malam last so die just biarkan je. Haha :D Lawak lawak :)
Kitorang dengan Kak Aida, pengiring kitorang. Pergghhh ~ Sumpah panas giler masa nie -.- Oh ~ Cuaca kat Kedah macam tak tentu kan? Kejap hujan lebat giler-giler. Kemudian panas giler-giler. Semuanya mesti nak giler-giler -.- Haha :D
Keesokkan harinya, delegasi dari Terengganu adalah delegasi paling lambat balik. Haha ;D Dalam pukul 9 lebih macam tue. Sebab apa? Sebab kitorang dah plan dengan delegasi Sarawak untuk jalan-jalan dekat Penang ! Haha :D
Delegasi Sabah tak dan pun nak join kitorang sebab dorang punya flight pukul 12 hari tue. Huhu.
Delegasi Sarawak pulak balik 21 hb so Abang Awang dan Burn pun dah plan dah nak jalan sama-sama kat Penang nanti. Hehe :) Kitorang onnnnnnnnnnnn jeeee! :D
Ni haaaaaaaaaaaaaaaa ~ Bukti yang menunjukkan aku pergi Penang hari tue. Jambatan Pulau Pinang ! Haha :D
Sampai je Penang, terus shoot ke Queensbay Mall sebab dah janji dengan delegasi Sarawak nak lepak kat sana. Hehe :) Masa tu dalam pukul 10.30 pagi. Mall tak bukak lagi tapi kitorang dah redah masuk dah -.- Haha :D
Masa mula-mula sampai tu, aku rasa semua orang macam jakun je. Haha ;D Tak taw kenapa tapi maybe sebab kitorang ni nak kata sikit pun tak, ramai pun takk. Lepas tu dengan budak laki buat lawak nya lagi so macam happening giler masa tue. Hehe
Act banyak jugak lah aku shopping hari tue. Hehe :) Sebab aku memang dah aim dah nak beli itu ini dan kebetulan duet PT pun ada lagi sikit. Haha ;D So beli je lahhh :) Hehe
Sepanjang shopping tu aku dengan Hani je stick together. Yang lain-lain dah terbang ke mana entah. Haha :D Aku tanya Hani, Hani tanya aku bila kitorang nak shopping. Lepas tu bagi mengisi perut yang ala-ala nak lapar tue, beli aiskrim McD :)
Macam-macam kitorang buat sebab kitorang tahu petang hari tu kitorang dah nak berpisah dan tak boleh jumpa dah. Yang paling best masa kitorang pergi Brands Outlet. Haha :D Boleh dikatakan semuanya pakat beli baju yang 3 helai RM50 tu. Haha :D Aku dengan Hani main cutting. Aku beli 2 die beli 1
Kitorang ingat nak karoke tapi kena 4 jam weyhh ! Tak larat lah ~ Nak tengok wayang, rasa macam membazir je. Tapi yang paling hebatnya, pakcik bas kitorang tengok wayang, cerita Nur Kasih. Haha :D Kebetulan masa tu hari pertama Nur Kasih The Movie di tayangkan
Lepas tu kitorang jalan-jalan sekitar Komtar tu dengan delegasi Sarawak. Hehe :) Best lah masa nie. Aku tak taw nak beli apa masa ni sebab masa tu mood aku macam dah kurenggg sikit sebab ada something happened masa dekat Queensbay tue -.-
Lepas tu naik bas. Tapi masa ini ada problem sikit sebab nak plan dulu nak makan kat mana. Masing-masing semuanya nak makan char kuew tiau lah, pasembuqq lahhh ~ So macam-macam lah idea yang keluar sampai pakcik tu pun pening. Haha :D Sian pakcik yeee ~
Abang Awang tu dah macam abang kepada kitorang semua sebab dia lah yang paling tua antara kita semua. Dan yang paling bestnya masa ini, dorang semua bagi support dekat aku time nie. Sumpah terharu giler :') Like Abang Awang said to me "Mai, be cool"
Yeahhhhhhh ~ Burn, ketua delegasi Terengganu. Masa ini tengah kalut sikit sebab Fendi tak ada dengan kitoang dan kitorang tak tahu nak amik die kat mana. Ehem ~ Fendi keluar dengan kawan dia masa nie. Eh eh ~ Kawan ke? HAHA :D
Kemudian kitorang pergi Padang Kota Lama. Ingatkan nak pergi makan tapi hmm ~ kedai-kedai dah tak ada. So kitorang duk kat situ kejap lah sebab dah lewat petang dah masa tue dan kebetulan pulak tunggu Fendi datang kat situ. Sempat lah amik gambar dulu. Hehe ;)
Then Fendi pun sampai. So tibalah saat yang kitorang tak nak. Wuaaaaaaaaaaaa ~ Terpaksa berpisah dengan delegasi Sarawakkkk ! Tak sanggup rasanya.
Sumpah sedih sebab walaupun baru je jumpa dan kenal, kitorang dah macam ada satu ikatan persahabatan yang erat taww. Huhu. Lepas ni konfem susah dah nak jumpa dengan dorang semua -.-
Then kitorang pun bertolak balik ke Terengganu dengan keadaan perut yang lapar. Haha :D
Heyyy ~ Nak pergi mana tue? Siapa cakap cerita aku dah habis? Hey hey ~ Ada lagi taww ~ Cerita atas basss. Haha :D
Dalam pukul 8 malam lebih macam tua, bas berhenti kat kedai makan apa entah -.- Tapi yang pasti bila pakcik tu cakap "Haaaaaa ~ Siapa nak makan, nak kencing, nak berak, turun sekarang sebab lepas ini dah tak ada kedai dahh" Apa lagi ~ Semua pakat turun sebab lapar -.-
Makan ramai-ramai. Bestlah jugak sebab masing-masing duk bercakap tentang satu topik menarik. Haha :D Dah makan, pakat pergi tandas berjemaah belaka -.- Sebab apa? Sebab Kak Dilla cakap tandas die macam hotel. Haha :D Hotel lah sangat ! -.-
Biasalah kannnnnnnn ~ Bila dah bertenaga, perut dah kenyang, pundi kecing dah dikosongkan, mula lah masing-masing hyperactive tak tentu pasal dalam bas. Haha :D Sumpah kelakar giler ar masa ni sebab masing-masing buat lawak dan apa lagi, semua pakat gelak macam orang giler.
Pendek kata, macam-macam ragam lah yang ada masa tue. Haha :D Sakit perut duk gelak. Aku, Hani, Burn, Fendi, Ridzuan dan Faez paling lewat tidur sebab kitorang duk borak-borak. Paling best masa kitorang duk borakkan pasal lelaki dan perempuan. Haha ;D
Dan dan dan yang paling aku tak boleh nak tahan gelak ialah masa kitorang berhenti kat surau di Kelantan pukul 1 pagi. Masa tu surau tu gelap giler -.- Aku dengan Hani nak guna tandas masa tu tapi suis lampu pulak tak jumpa cari. So Faez pun duk cari lah suis dalam gelap tu. Kecohlah masa tu sebab tak nampak apa-apa pun masa tue -.-
Sekali bila lampu dah dibuka, masing-masing terkejut dan terjerit-jerit sebab ada banyak giler katak. Fendi pun geli jugak dengan katak. Haha :D Si Hani pulak dah siap peluk-peluk aku sebab geli dengan katak. Haha :D
Lepas dah menjerit-jerit, kitorang gelak-gelak pulakk. Bapak kecoh ar masa tue. Lepas tu, masa kitorang nak guna tandas, ada problem pulak sebab tu bilik mandi, bukan tandas! So aku dengan Hani pakat nak masuk sama-samalah sebab nak teman.
Kak Wani dengan Kak Ya dah masuk dah dalam bilik mandi tu. Gelap giler nak mampus tapi sebab tak tahan sangat, terpaksalah kan? Bila dah masuk dorang pulak bising-bising sebab gayung dengan selak kunci tak ada -.- Macam-macam hal lahh -.-
Masa duk kecoh-kecoh tu, sekali Hani tarik tangan aku. Dia cakap "Mai aku nampak benda tue" Aku dah berdebar dah masa tue sebab aku ingat kan 'benda' tu kan? Rupa-rupanya 'benda' yang Hani maksudkan tu adalah keranda mayat dan tempat mandi mayat yang letaknya dekat je dengan kitorang
Masa tu bukan aku rasa berdebar dah. Bulu remang aku dah naik dah secara tiba-tiba tapi aku rilexx. Then aku tarik Hani pergi tandas and Kak Wani and Kak Ya pun follow kitorang. Dah jumpa tandas, satu pulak masalah -.-
LIPAS BAPAK BANYAK GILERRR ! Haha ;D Terlompat lompat kitorang lah duk tengok lipas duk jalan laju-laju masa tue sebab terkejut dengan kitorang. Haha :D Si Faez dah bising dah sebab kitorang buat bising. Haha :D
Tapi nak shi shi punya pasal, sabar je lah ~ Masuk dalam tandas, dah lah kecik, kotor -.- Aku masuk sekali dengan Hani sebab teman. Hehe :)
Naik atas bas, masing-masing ok lagi taw. Sekali si Ridzuan naik atas bas, buat lawak die. Kak Ya, Kak Wani, Kak Dilla dengan Kak Emy dah tergelak-gelak dah kat depan masa tue. Aku, Hani, Burn, Fendi and Faez duk belakang sekali.
Kemudian bila Fendi dengan Burn dah naik, pakat duk gelak belaka macam orang giler dalam bas. Aku pelik lah ~ Rupa-rupanya dorang kenakan si Faez. Haha :D Aku dah tergelak dah masa taip entry ini :D
Dorang tutup semua lampu dalam surau tu dan tutup pintu dan tinggalkan Faez sembahyang sorang-sorang dalam surau. Haha ;D Memang sengaja je dorang ni nak usik si Faez sebab sebelum berhenti kat masjid tu, kitroang ada cakap pasal hantu-hantu nie. Hehe
Naik je Faez atas bas, terus die cakap "Kurang ajar ar korangg!" HAHA :D Apalagi bergegar dalam bas tu dengan gelak ketawa kitorang pada pukul 1.30 pagi -.-
Faez cakaplah dengan kitorang, masa die dengar je pintu ditutup, die dah tahu dah yang die sorang-sorang je masa tue. Konfem punya. Haha ;D Terus die rasa iman die tergugat. Haha :D yelah ~ takut jugak time tengah sembahyang tu, ada orang bagi salam or tepuk bahu die ke. Haha :D Macam-macma hal lah ~ -.-
Apa lagi, masa Faez bercerita tu, masing-masing duk gelak lah ~ Hadoii ~ Sakit perut aku masa tue. Belum tambah lagi dengan Si Hani yang pakai telekung dalam bas sebab sejuk sangat. Haha :D Sekali tengok, dah nampak lain macam dah -.- Haha ;D
Dalam pukul 2 pagi, masing-masing dah terlelap dah :) Senyap je bas tue. Tapi aku tak boleh nak tidur dengan lena sebab aku duk belakang sekali. So bas asyik macam kuda je -.- Haha :D
Dalam pukul 4.30 pagi, aku turun depan jalan besar depan rumah nenek aku dan aku berjalan sorang-sorang balik rumah. Hehe :) Alhamdulillah ~ Tak ada pape yang berlaku :)
Balik je, aku online sebab dah 5 hari aku tak online. Kemudian, pukul 7 lebih aku hantar mak aku pergi airport sebab die nak balik Sabah masa tue. Masa nak drive balik, aku rasa aku dah macam khayal dahh ~ Penat dan mengantukk
Sampai je rumah, tak makan, tak mandi, terus landing atas katil -.-
Dan sekarang badan aku panas semacam dan suara aku dah jadi serak-serak basah semula -.-
BTW tahniah dan terima kasih kepada pihak UiTM Kedah sebab dah berjaya menguruskan Persidangan FSPPP kali ini dengan begitu grand dan bagus sekali! Salute lah dengan korang semua :)
Kepada kawan-kawan semasa FSPPP semoga persahabatan kita tak kan putus di sini sahaja tetapi makin rapat dan erat dalam saling bertukar-tukar pendapat dalam study :)
Semoga kiter semua berjumpa lagi pada persidangan yang seterusnya di Sarawakkk! :D