Hati Yang Rapuh

by - Saturday, May 14, 2011



Sedih lagi. Sedih sedih dan sedih


Ya Allah ~ Bagilah aku kekuatan



Menggigil tangan aku ketika aku menaip entry ini. Sakit di dada ni, rasa macam ditoreh-toreh pisau yang tajam. Pedih dan ngilu


Korang rasa tak apa aku rasa? Meh sini datang dekat kepada aku. Aku akan toreh dada korang, aku akan tikam hati dan jantung korang. Nah ~ sakit bukan?


Aku tahu aku salah. Aku lah yang bodoh lagi bengong kerana terfikirkan benda bodoh tu. Aah ~ benda bodoh kan? Selalunya orang-orang yang tak berfikir panjang macam aku je akan buat benda bodoh macam tue


Dan jika tak kerana benda bodoh tue, aku yakin, kita masih bersama lagi. Haih ~ Takdir Allah. Takdir Allah yang nak kita bertemu, bercinta, bergurau senda, bergelak ketawa, berkongsi tangisan dan akhirnya...kita berpisah juaa. Takdir Allah tak ada sape mampu lawan


Bila aku sakit, aku tutup mata dan cuba untuk hilangkan semua bayangan kau dari ingatan aku. Tapi kau kejam. Kau masih tetap subur bersemadi dalam jiwa dan hati aku. Apa yang dah kau lakukan pada aku?


Tiap-tiap malam aku menangis. Menangis kerana kau. Pernah tak cuba kau bayangkan betapa sakitnya mata aku mengeluarkan air mata, sakitnya dada aku menahan sebak, sakitnya hati bila kau pergi, sakitnya hidung menahan hingus dan sakitnya jiwa bila kepingan yang terakhir hancur berkecai dan kepingan terakhir itu adalah kau



*mengelap air mata



Selepas ini, aku akan bersendirian. Aku akan biasakan diri aku untuk bersendirian kerana aku yakin, kau tak kan datang kembali kepada aku. Kau hanya datang ibarat mimpi indah kemudian menjadi mimpi ngeri kepada aku bila kau pergi. Sedarkah kau, peninggalan kau itu meninggalkan satu kesan yang bertahun-tahun lamanya untuk sembuh?


Aku ingin kau tahu, aku manusia biasa, yang selalu buat kesalahan. Apatah lagi aku, seorang gadis yang sangat-sangat nakal, suka buat perkara yang tak semua perempuan buat dan sangat giler-giler otaknya. Aku selalu buat salah dan setiap kesalahan aku tersebut, pasti aku akan belajar sesuatu darinya, insyallah


Cuma aku percaya, manusia di atas muka bumi ini pasti diberi peluang kedua. Peluang kedua yang akan digunakan sebaik-baiknya oleh orang tersebut. Kau? Ketika kau tinggalkan aku, aku beri kau peluang untuk kau betulkan semula. Tapi aku? Aku tak diberi peluang untuk betulkan kesalahan aku


Mungkin aku perlu ingatkan dalam fikiran aku bahawa aku memang tak pernah diberi peluang untuk betulkan kesalahan aku



Kalau begitu, aku akan pastikan aku tak kan buat kesalahan dalam hidup aku kerana aku tahu, aku tak pernah diberi peluang untuk memperbetulkan kesalahan aku


Atau mungkin tidak. Kerana aku manusia biasa yang sentiasa buat kesalahan



*mengeluh




Ya Allah~ Kau lah Maha Agung. Kau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu ini. Kau salurkan lah kekuatan yang Kau beri kepada Nabi Muhammad saw dan para sahabat kepada aku sedikit agar aku masih mampu lagi bernafas pada esok hari




Kau berikan lah aku kesempatan untuk merasakan cahaya kegembiraan dan kebahagian kepada aku walaupun mungkin aku akan mendapat cahaya tersebut ketika saat-saat terakhir aku di muka bumi ini.





Biarkan aku disini. Biarkan aku sendirian sekejap. Biarkan aku berfikir sebentar. Biarkan aku menangis sepuas-puas hati aku




Maaf. Mungkin kamu semua perlu tahu, Mysara Newrie yang kamu kenal ini mempunyai hati yang sangat-sangat rapuh





*menangis lagi


You May Also Like

4 comments