Sangkar Zaman Dahulu

by - Friday, May 27, 2011



Kita sebenarnya tak sedar yang masa dah mengubah semuanya. Kita ingat kita masih seperti dulu, bayi yang baru merangkak, kanak-kanak yang baru sahaja kenal dengan tadika, pelajar sekolah yang terlalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Semuanya macam masih baru lagi dalam ingatan


Tapi sampailah satu ketika, kita tersedar dari mimpi yang panjang dan ketika itu baru kita sedar, yang kita sebenarnya dah tinggalkan semuanya lama dulu. Kita lihat sekeliling kita dan baru kita sedar, kita sebenarnya dah besar

Bila umur makin bertambah, kita mula sedar akan tanggungjawab kita, tanggungjawab yang terbeban di bahu kita sendiri dan tak mungkin kita bahagikan tanggungjawab itu kepada orang lain. Kenapa? sebab itu memang tugas kita


Namun, kadang-kadang kita masih terperangkap dalam sangkar zaman dahulu. Nama sahaja sudah dewasa tapi fikiran kita masih di takluk lama. Mula buat sesuatu tanpa fikir baik buruknya, pro dan kontranya. Yang terlintas dalam fikiran, hanyalah kepuasan dan kegembiraan


Tapi sampai satu saat, kita akan mula terjatuh jauhh ke dalam lubang yang dalam. Kita baru sedar yang kita sebenarnya dah salah mengambil langkah dan tak mungkin langkah itu dapat dipatah balik. Sakitnya rasa tapi apa yang mampu kita buat selain dari menerimanya dengan hati yang paksa rela?


Tak usahlah menangis. Tak payah menyesal. Sebab semuanya dah terjadi. Nak tak nak, kita kena hadapi jugak. Hidup mesti diteruskan walaupun pada dasarnya kita sebenarnya dah mati. Mati dalam kekesalan sendiri


Ketika ini, baru lah kita sedar yang kita sebenarnya dah besar. Tak ada lagi erti kata main-main dalam kamus hidup kita. Kita baru sedar yang kita sebenarnya dah dewasa dan boleh fikir semuanya. Tapi semuanya dah terlambat. Semuanya dah terjadi


Menyesal? Padan muka dengan diri sendiri. Masih terperangkap dalam sangkar lama sehingga apa yang kita miliki kini, hilang ditiup angin, sekelip mata


Namun percayalah. Apa yang terjadi pada hari ini, akan menentukan siapa kita pada hari esok. Kita akan mula buka mata dan akan cari cebisan-cebisan yang hilang dalam hati kita. Mungkin akan mengambil masa yang lama


Percayalah, masa tidak akan mengubah kita jika kita masih dalam sangkar zaman dahulu. Kita akan berubah mengikut masa sekiranya kita sedar akan diri kita yang sebenarnya.

You May Also Like

10 comments