Hari-Hari Penat Tapi Hari-Hari Tersebut Berlalu Dengan Baik :)

by - Thursday, January 12, 2012

 

 Assalamualaikum


Alhamdulillah ~ Masih bernafas aku lagi sampai ke saat ini. Aku ingatkan aku dah pengsan dah -.- HAHA :D


Simply say, tooooooo lotsssssssssss of work that I've must finished in a short period. Sumpah rasa macam tak larat dan tak mampu nak hadapi semua nie. Banyak sangat kerja dan tetiba ada test mengejut. Study lebih kurang sebab dari pukul 5 petang sampai pukul 10 malam, asyik duk Chapter 5 jeeeee tapi Alhamdulillah ~ Allah permudahkan aku untuk menjawab test PAD 252 dan QMT tue. Syukur kepadaMu Ya Allah :)


Nak tulis apa? Entah ~ Aku sendiri tak tahu. Tapi senang cakap, aku memang sangat sibuk. Kadang-kadang aku rasa macam diri aku dah tak stabil dah sekarang nie. Contohnya, semalam aku berjaga dari pukul 6 petang sampai 4 pagi depan lappy buat assignment yang kena submit pada pukul 2.30 petang sedangkan pukul 10 sehingga pukul 12 aku ada kelas dan pukul 12 sehingga pukul 2 aku kena study untuk test pada pukul 4.30 petang. Nampak tak? Nampak tak? Lepas tu pukul 1 tengahari pulak, tetiba aku muntah tak tentu pasal sebab kentang goreng punya pasal -.-


Memanglah tu namanya kerja last minute tapi this is a reality. Bila dah jadi student kat U nie, kalau tak buat kerja last minute, memang tak sah. Sebab kita dah terikat dengan beberapa aktiviti U yang memang kita perlu join. 


Memang penat tapi thats the fun! :D Betul weyh ~ Sebab bila kita penat tapi bila tengok aktiviti yang berjalan tu berjaya dengan cemerlang, satu kepuasan yang tak dapat kau luahkan melalui kata-kata :)


Apa yang aku nak sampaikan kat sini? Jangan buat kerja last minute macam aku! Tak baik dan sangat-sangat tak bagus. Syukur Alhamdulillah ~ dalam duk buat kerja last minute tue, assignment aku tu tak banyak yang salah dan lecturer aku tegur sedikit sahaja. Hehe :)


Dan syukur kepadaMu Ya Allah sebab sejak dah masuk 20 tahun nie, aku bermula dengan baik. Aku dapat rasakan yang aku asyik gelak je sepanjang masa, tak kira dalam kelas, luar kelas, dalam bilik ataupun luar bilik. Dalam kelas, ada ceritanya. Dalam bilik ada ceritanya :)


Dan Alhamdulillah ~ Ada jugaklah beberapa orang yang bagi aku hadiah sempena birthday aku nie :) Kak Cah kasi aku buku Malaysian Government & Politics, Faris, Sheila dan Nabil ; kawan sekolah lama aku nak belanja aku makan dan sibuk call aku nak curi masa aku sebab nak bawak aku keluar makan , Arif ; my classmate kasi aku satu bar coklat dan my uncle pulak nak kasi aku cake chocolate bila aku balik nanti :) Alhamdulillah ~ 


Semoga hari-hari yang mendatang berlalu dengan lancar, insyallah Amin :)

Rinduuu :'(

p/s : Ya Allah jika betul lah seperti apa yang diperkatakan, Kau permudahkanlah segala-galanya. Amin :)

 

You May Also Like

2 comments