Release Tension Tepi Pantai Lepas Dah Penat Meeting Itu Dan Ini

by - Tuesday, January 03, 2012

 

 Assalamualaikum


Hari Ahad malam, aku meeting Debat. Faiz nak jumpa dengan budak-budak Management, nak bincang pasal Debat Piala Rektor tak lama nanti. Dan disebabkan kitorang semua ni under Debat Management, memang kitorang terlibat lah :)


So aku pun terilbat sebab aku Exco Pembangunan Insan apa entah nama penuh die. HAHA :D Aku dah pening dah nie, nak bangunkan apa lagi kawan-kawan aku nie? Semua dah maju ke hadapan je aku tengok. HAHA :D


Sampai dekat markas Emba, mulakan meeting. Mula-mula macam serius lah ~ Tapi bila dah lama-lama, aku dah bosan dah. Aku pun hmmm apa lagi?! HAHA :D Bergelak ketawa lah dengan Fifi dan Mira. Buat itu ini ~ Campur dengan Faiz lagi yang ada satu cerita lawak nak mampus, memang bikin aku gelak lahh malam tue :)

Meeting Debat

Sebahagian dari Debat Managment Team

Malam tu jugak, Faiz ada bagi guidelines dan justifikasi kerja untuk setiap exco untuk Debat Piala Rektor nie dan bagi beberapa tugasan lah untuk semua exco. Aku? HAHA :D Aku tak ada pegang pape kerja untuk pertandingan kali nie. So sebab tu lah aku just rilex dan chill jer. 


Aku just duduk dan dengar mereka bercakap. Kadang-kadang aku kasi gak cadangan dan beberapa idea baru untuk mereka. Tolonglah pape yang patut! :D

Justifikasi Tugasan Eksekutif

Hari Isnin malam pulak, pukul 7 aku dapat call dan text dari Exco ASCAPS, cakap ada meeting pukul 8. Haishhhhhhh ~ Aku dah lah penat tetiba dapat tahu ada meeting last minute. So hmm pergi je lah sebab aku tanya kawan-kawan aku, dorang semua pergi


Actually meeting ASCAPS ni adalah untuk memilih Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang terbaru untuk sessi tahun 2012 nie. Memandangkan aku tercalon untuk jawatan Setiausaha, aku kenalah pergi. Dah lah Dewan Anggerik tu jauh, tak ada orang punn nak pergi dengan aku. So terpaksalah aku pergi sorang-sorang jalan kaki. Forever Alone lahh ~ -.- 


Sampai je sana, aku borak-borak dengan senior kejap. Lepas tu, barulah kawan-kawan aku sampai. Dorang sampai je, terus aku duduk dengan dorang semua :) Rinduuuuuu nak borak-borak! :D

Farhana Ramlay & aku :)

Aida Suraya, Farah Shaheera & Farhana Ramlay

Masa perlantikkan berlangsung, mostly budak batch aku lah yang conquer semua exco. Sebab hanya budak part 2, 3 dan 4 sahaja yang available untuk pegang semua jawatan tue. Dan hampir keseluruhannya adalah orang-orang yang aku rasa mereka semua boleh buat kerja-kerja nie :)

Junior ku yang sebaya :)

Inilah dia barisan Exco baru untuk sessi 2012! :D Hoyeahh!

Kepada semua MT dan exco-exco ASCAPS yang baru dilantik, aku harap sem ni dan sem depan kita buat sesuatu yang baru untuk fakulti kita nie. Biar lambat, asalkan apa yang kita buat itu ada kelebihan dan kebaikkanya yang tersendiri :)


Dan aku? Aku terpilih untuk menjadi Setiausaha ASCAPS :) Habis je meeting, terus aku dapat gedebakkk 3 fail yang penuh dengan surat-surat -.- Huaaaaaaaaaaaaaaa ~ Tetiba rasa macam berat jugak tanggungjawab aku nie -.-


Nasib baik lah senior aku, Qari yang tolong asingkan mana-mana surat yang berguna dan tidak berguna lagi. HAHA :D Senang kerja aku nanti :) So yang tinggal untuk aku hanyalah satu fail sahaja. Yang lagi dua fail tue, Exco lain yang buat. HAHA :D


Hari ini pulak, lepas dah penat bermeeting bagai kan, aku Hani dan Angie pun melepak lah dekat tepi pantai. Kebetulan cuaca petang tadi sangat sangatlah bahagia! Cuaca petang yang begitu mengizinkan kitorang untuk bermalas-malasan dan bermanja-manjaan di tepian pantai :) Dah lah perut kenyang sebab baru lepas makan. HAHA :D

Angie & Aku. Eh eh ~ Aku ni perempuan tulen ehh? HAHA :D

Aku dan Hani :)

So kitorang lepak lah tepi pantai tadi. Dah lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr kitorang tak berlepak-lepak tepi pantai macam nie sebab dah lah kelas kitorang selalu habis lewat petang dan ditambah pula dengan cuaca yang tak mengizinkan kan? -.-


Lama jugak lah lepak kat tepi pantai tadi. Dalam sejam lebih. Mostly, kitorang bercerita tentang masa depan kitorang, what we gonna do, itu ini ~ macam macamlah! Mendengar masalah mereka dan memberi nasihat kepada sesama sendiri. Aku tak tahu kenapa tapi aku suka dengan cara yang begini :) 

Picture of the day :)

Dan sekarang, aku rasa macam nak tidur sebab aku dah mengantuk sangat-sangat @_@


 

You May Also Like

2 comments