Birthday Yang Ke 20 Tahun ; Dua Kali Makan Cake, Dua Kali Kena Mandi Tepung!!

by - Monday, January 09, 2012


 Assalamualaikum


Fuhhhhhhhhhh ~ Semalam bufday aku. Jujurlah aku cakap, semalam adalah hari yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah ~ Syukur kepadaMu Ya Allah :)


Pagi semalam aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama dan ayah, ucapkan Selamat Hari Jadi kepada aku :) Kemudian aku rushinggggggggggg pergi ke kelas sebab hari Ahad kan, kelas aku full dari pukul 8 sampai pukul 6 -.-


Dan adalah sangat tak best bila hari jadi kita, kita ada test. HAHA :D Aah ~ semalam aku ada test PAD252, Alhamdulillah ~ Nasib baik aku dapat jawab :) Hehe ~ Lepas tu aku ada roleplay nak kena presentkan ~ Amikkkkkkkkk ~ Dah lah dengan perut aku yang sakit, memang terbaik lah ~



Petang semalam, lepas pergi pasar malam, tetiba kawan aku yang dari kos sama tapi kelas lain panggil aku. Dorang ajak celebrate bufday sama-sama kat pantai. Kebetulan, pakwe kawan aku tue, sama bufday dengan aku dan pakwe die tu sekelas dengan aku. So aku pun macam okay je lah :)


Tup tup dah pukul 8.40 malam. Tak ada orang pun call aku. Yelah ~ Sebab aku pun segan jugak nak pergi kat pantai tu sebab dorang tu sambut bufday pakwe aka kawan aku, bukan aku. So aku pun senyapkan je lah ~ 


Sekali kawan aku, Pkah Othman call aku, suruh aku turun Teluk Gadung sekarang jugakk! Hamikkkkkkk~ Dengan aku baru nak mandi, nak pergi sana memang lama lah ! Telefon bertukar tangan pulak. Si Cemoi pulakkkkkkk suruh aku cepat-cepat siap dan turun sekarang. 


Aku pun ~ hmm ~ pergi jelah ~ Aku ajak Angie tapi Angie tak nak. Puas aku pujuk sampailah die pun cakap "FINE MAII! FINE MAII!" Aku pun pelik, asal dengan minah ni doee? Nak emo taktentu pasal asal?! HAHA :D


So kitorang pun gerak lah ke Gadung. Pkah suruh kitorang pergi dekat area taman permainan tue. Kiorang pun pergi. Rupa-rupanya ada kek, makanan dan semua lah ~ Dan yang paling menakutkan aku, aku tengok kawan aku aka kembar aku, Kimi dah habis lencun kena tepung dengan telur -.-


Dalam hati aku cakap ahh sudah ~ Telur telur ni lahh yang aku lemah sikit -.- Susah nak basuh nanti kalau dah kena. Lepas tu dorang pun nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai and ada cake. Cake tu pun dorang suruh lah aku dengan Kimi potong. Hehe :)

My kembar, Arif Hakimi :)


Lepas tu masa turn aku nak potong cake, sekali hamikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ~ TEPUNG! Hadoiiii ~ Aku tak sure sape yang baling tapi rasanya Ashrool yang baling. Bagus bagus. Terima kasih Ashrool ! -.- 


Dah tu tak kan lah aku nak duduk diam kan? Aku pun apa lagi, cari tepung and baling dekat semua orang. HAHA :D Angie yang tak ada kena mengena pun kena jugak dengan aku. Lepas tu makan lah cake. Sedap giler cake yang dorang beli ^.^


Masa aku tengah sibuk-sibuk makan cake, aku terdengar Angie lalu belakang aku sambil cakap "Mai sorry Mai tapi kau pun kena jugak malam nie!" Aku tak sempat nak berpaling sekali Angie baling tepung betul-betul kena atas muka aku! Habis semua tepung tu masuk dalam mulut dan mata aku. Oh mak oiiii! Pedihnya mata aku! HAHA :D


Dah sudah makan cake, apa lagi, amik lah sisa-sisa krim cake tu dan mainnnnnnnnnnnn! Mula-mula aku buat dekat Acapz, Cemoi, Angie, Pkah ~ Sesiapa yang aku rasa dorang tengah khayal, aku calitkan je cake tue. 


Sekali masa aku lalu dekat belakang Angie dengan Cemoi, dorang pulak kenakan aku! Sekali gus dorang serang aku. Sampai terjatuh aku dibuatnya -.- Lepas tu hmm apa lagi! Teruk aku kena. Bertubi-tubi pulak tue. Habis pulakk tudung aku kena krim cake tue -.-

From left ; Angie, Azie, Aku dan Yuyul

Cemoi dan birthday boy kita, Kimi


Dah habis tepung dengan krim cake, Coke pulak jadi mangsanyaa -.- Budak-budak ni goncangkan dulu botol air tu lepas tu bukakkkkkkkkkk! HAHA :D Habis terkena air tu tapi aku tak main lah ~ Yang kenanya, Bella je lah :)


Jam pun dah pukul 10.30 malam. So kitorang pun balik. Lagipun budak-budak ni ada jugak yang ada meeting. Before that, sempatlah kitorang bergambar dahulu :) Hehe. Tapi gambar tak berapa clear lah ~ Gelap!


Mangsa-mangsa tepung

Candid -.-

Kalut kalutttttttttttt -.-


Masa lalu dekat guard, TR HEP UiTM Dungun, Encik Azahari pun ada jugak. Ahh sudahh ~ Aku dah takut gak nie. Yelah ~ Kang takut ada kena pape kan kan? -.-


Tapi bila lalu depan dia, die pun sengih je tengok kitorang dengan tepung semua tue. HAHA :D Nasib baiklah Encik Azahari faham. HAHA :D 



Masa on the way balik masuk ke dalam kampus, kitorang decide nak pergi makan dekat cafe. HAHA :D Dah lah dengan tepung penuh atas muka dan badan, slumber derkk je masuk dalam cafe. Semua orang duk tengok-tengok. Sebab masa ni memang lapar giler -.-


Aku pun makanlah dengan dorang semua. Angie pulak dah blah masa nie sebab die cakap nak jumpa dengan Fakhri, pakwe Hani -.- Aku pun taktahu sebab apa. Makan-makan dengan dorang. Bau telur memang semerbak betul masa nie -.- HAHA :D

Aku dan Uyul ; cafe Perhentiaan
Lepas tu balik bilik. Masa balik tue, aku sempat borak-borak dengan Pkah Othman kejap je -.- Haishsh ~ Selalu macam tue. Tak sempat nak borak-borak lama dengan dia -.- 


Aku naik atas bilik. Angie pulak yang hilang entah ke mana ajak berborak pasal something lah. Aku tegur lah die sebab tak patut die buat macam tue dan sekarang mangsanya Hani. Tengah syok-syok borak tue, Azie pun datang sebab die cakap nak mandi dengan aku sebab dia takut mandi sorang-sorang


Masa ni dah pukul 11.45 malam dah aku rasa. Masa aku baru nak pergi tandas, aku nampak Hani masuk dalam bilik Angie dan aku terus pergi bilik Angie sebab aku nak cool down kan Hani pasal masalah yang Angie cerita dekat aku sebelum nie. Sebab aku rasa Hani nak pergi serang Angie


Tapi haremmmmmmmmmmmm ~ Masing-masing tak nak kasi aku masuk. Angie lagi kurang ajar. HAHA :D Die menjerit "Mai kau pergi sekarang! Aku dah cukup dengan masalah! Kau jangan nak tambah masalah aku lagi!" Hamikkkkkkkkkkkkkk ~ So aku pun okaylah ~ Aku pun pergi mandi


Masa aku mandi agak lama jugak lah sebab aku nak basuh baju yang kena tepung tadi. Lepas tu bersihkan badan aku semua. Lepas tu aku dengar Azie menjerit "Cepatlah Mai. Aku dah siap dah nie" Aku suruh Azie pergi dulu sebab aku tahu bilik Azie jauh dari bilik aku


Masa aku duk sibuk kering-keringkan badan aku dan rambut aku, aku seakan dah macam boleh syak something dah. Sebab aku macam terdengar suara Azie yang macam duk tahan gelak. Lepas tu bunyi suara orang macam ketawa dalam keadaan yang tertahan-tahan. Ditambah pulak dengan aku ternampak biasan bayangan orang dekat bawah pintu bilik mandi tue



Aku pun dah mula syak. Konfem budak-budak ni perdajalkan aku ni. Aku pun lengah-lengahkan ~ Memang lama giler aku duk mandi dan duduk dalam bilik mandi tue. HAHA :D Aku pun cakaplah dengan Azie pergi je lah dulu. Tapi Azie tak nak jugak. Die still cakap nak tunggu aku


Dah sudah, aku pun bukak lah pintu sikit. Aku terus nampak roomate-roomate aku, Angie, Hani, FieFie, Mira dan sape entah lagi duk depan bilik mandi aku sambil get ready nak baling sesuatu dekat aku. HAHA :D Aku pun apa lagi! Sempat tutup je pintu tu tapi tak sempat nak kunci pintu. HAHA :D


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Dorang pun terus serang masuk dalam bilik mandi. Mau dekat 6 orang dalam bilik mandi tu dan aku sorang-sorang kat tengah. Dorang duk baling dan calitkan tepungg. Aku ingatkan tepung je tauu! 


Rupa-rupanya tu bukan tepung sahaja! Tepung campur airrrr! Argh tidakkkkkkkkkkk! Aku dah lah baru sudah mandi! Dorang kenakan aku sekali lagi macam nie. Teruk aku kena. HAHA :D Habis rambut aku jadi macam cekodok dah tau! HAHA :D


Aku pun tak kan nak diam kan je kan? Aku pun kejar dorang balik dan calitkan kat dorang. HAHA :D Hani lagi best, dia tak sedar langsung aku lalu sekali pakkkkkkkkkkkk! Terus kena kat muka dia. Terus makcik tu menjerit sekuat-kuat hati diee! "MYSARA!!!!" Dan die pulak kejar aku. HAHA :D


Angie pulak duk lari dari aku. HAHA :D Aku rasa satu Duyung kot especially budak level aku tau yang kitorang main tepung nie. HAHA :D Aku rasa kelakar lah pulak sebab aku dah lah dalam keadaan macam hantu tepung, Angie pulak dah macam KL Gangster punya orang dan Hani pulak dah macam puteri kepanasan yang duk mengejar aku. HAHA :D

From left ; Hani Aku dan Angie :)
Missing on this picture ; Faezah dan Lisda :(

FieFie dengan Mira pulak dah macam camera man sebab dorang sibuk record apa yang kitorang duk main. Tapi masalahnya, semua tu tak direcordkan punn sebab Fie lupa nak tekan RECORD! HAHA :D


Dah sudah main tepung, Aku, Hani dengan Angie masuk dalam tandas, cuci balik tepung-tepung tue. Masa duk cuci nie, kitorang main air pulakkkkkkk! HAHA :D Aku sembur Hani, Hani lari dari aku, Angie kena dengan aku, aku kenakan Angie. Masa tu memang best sebab kitorang bertiga je dalam tandas. HAHA :D


Nak tak nak, aku kena mandi sekali lagi. Teruk dah rambut aku masa nie. Aku dah mula cuak dah nie kalau rambut aku tak boleh bersihkan lagi. Aku dah mula fikir dah aku kena potong rambut aku jadi macam orang lelak sebab rambut aku rosakkkk. Huaaaaaaaaaaaaaa ~ 


Berjam-jam aku duduk dalam tandas, duk bersihkan rambut. Ya Allah ~ Sakitnya weyh! HAHA :D Nak menangis aku dibuatnya. HAHA :D Mau dekat 10 kali aku duk syampu bilas syampu bilas rambut aku nie -.- Last-last nasib baiklah okay tapi ni pun still ada lagi -.- HAHA :D


Masa nak masuk bilik je, aku tengok bilik aku gelap je. Rupa-rupanya, roomate-roomate aku, Angie, Hani, Fie dengan Mira buat suprise. Dorang belikan aku cake dan nyanyi lagu Happy Birthday dekat aku dalam cahaya dua batang lilin. Sumpah aku cakap, rasa terharu sangat-sangat masa nie :')

My 20th Birthday Cake ! :D
Sweet sangat masa nie. Aku rasa macam nak menangis pun ada sebab aku rasa terharu sangatsangat. HAHA :D Dorang sibuk suruh aku cepat sebab lilin dah cair dah. HAHA :D Aku pun pakai baju cepat-cepat dan tiup lilin :) Hehe :)


Cuba korang tengok tulisan apa kat atas cake tue. "Happy Birthday BudakComel.blogspot" Hambuiiiiiiiiiii ~ Asal nama link blog aku pulak yang ada atas cake nie?! HAHA :D Angie cakap "Biarlah Mai! Kasi unik sikit!"


Makan-makan cake. Tapi masih lapar lagi. Aku pun apa lagi, buat maggi dua bungkus dalam satu bekas dan aku Hani dan Angie makan bertiga dekat tangga Duyung nie sambil ditemani dengan angin pantai. Best sangat masa tue sebab dah lah tengah sejuk lepas tu makan maggi yang panas-panas. HAHA :D


Masa tengah makan nie, aku masih teringat lagi dekat Faezah dengan Lisda. Kalau lah dorang ada, konfem mesti lagi havoc dan meriah. HAHA :D


Kepada kawan-kawan aku, terima kasih banyak-banyak sebab memprankkan aku. Ada ubi ada batas, ada hari akan ku balassssssssssssss! HAHA :D Ingat aku akan duduk diam ke? Tolonglah ~ Siap korang aku kenakan balik. HAHA :D

Dalam bilik :)

Jujurlah aku cakap ehh? Sepanjang aku hidup selama 20 tahun nie, ini adalah first time aku kena mandi tepung semasa hari jadi aku. Tu yang aku rasa terharu sangat tue. Bak kata kawan aku, "Ambui Mai ~ Senyum je dia hari ini" HAHA :D


Terima kasih sebab masih buat semua benda ni dekat aku. HAHA :D Tak ada perkataan yang mampu gambarkan perasaan aku betapa gembiranya aku sebab ada kawan-kawan macam korang dan betapa terharunya aku dengan apa yang korang buat nie :)


Terima kasih jugak kepada mereka-mereka yang mengwishkan bufday aku. Menyanyi di telinga aku, belanja aku makan, hug dan kisses from korang semua ; sumpah rasa terharu. Bersyukur sangat-sangat sebab aku dapat kawan-kawan yang macam korang semua nie :') Sayang korang semuaaa!


Terima kasih jugak kepada Facebookers dan Bloggers yang wish bufday aku. Terima kasih terima kasihhhhhhhhhhhhh! :D Rasa tak sempat nak balas satu-satu wish korang. Mau dekat 200 orang post kat dekat wall aku. HAHA :D Terima kasih sayang-sayang semuaaaaaaaaaa! <3


Fuhhhhhhh ~ rasa penat sangat semalam dan sekarang ni pun aku rasa penat lagi. HAHA :D Punyalah best kan sampai termimpi-mimpi aku pasal benda nie. Dalam mimpi tu, aku kena prank sekali lagi. Oh mak oiiiiiiiiii ~ banyaknya nak kena prankk -.-


p/s : Nasib baik kelas pukul 10 tadi cancel, boleh tidur lagiiiiiiiiiiiii! Malam tadi tidur pukul 4 tahu tak? -.-


 

You May Also Like

9 comments