RM40 untuk senaskhah buku yang bernilai :)

by - Tuesday, February 07, 2012


 Assalamualaikum


Sejak dah berusia 20 tahun nie, aku rasa perubahan perlahan-lahan dalam diri aku. Malas lah nak cakap dan tulis panjang sebab aku takut orang akan fikir lain dan cakap yang bukan-bukan. Biasalah ~ Manusia ni memang tak pernah terlepas dari cakap tentang orang lain kan?


So its better kita mengadu dan bercakap dengan Allah swt sahaja kerana Dia mendengar apa yang kita nak cakap. Lagi banyak kita mengadu dan bercerita dengan Allah swt, lagi dekat kita dengan Allah swt, Insyallah :)


Dan hari ini, sedang berjalan-jalan di Pesta Buku UiTM Terengganu dalam Dewan Aspirasi tadi, ternampak senaskhah buku yang buat aku tertarik. Bila baca sinopsis di belakangnya, cukup buat aku meremang bulu roma dan lepas berfikir-fikir, aku amik keputusan untuk beli. Bukan apa, untuk bekalan di kemudian hari :)





"Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah swt"




Insyallah :)

 

You May Also Like

4 comments