Ya Allah ~ Selamatkanlah Kawan-kawan aku. Aminn ~

by - Wednesday, February 01, 2012

 

Assalamualaikum 


Jam dah pukul 2.45 pagi dan aku ada kelas pukul 1o pagi kejap lagi. Baru sudah habis Final Debat Interpart sebentar tadi dan balik bilik, aku terus siapkan tutorial Statistik. Aku buzy lately ini, so maaflah ~ jika tiada entry untuk korang :)


Tujuan aku update kali ini adalah sebab nak mohon pertolongan dari korang yang sedang membaca entry aku kali ini. Semuanya sebab dua kawan rapat aku, Lisda Baharuddin dan Siti Nurul Ain aka Angie accident dalam masa yang sama Y__Y


Ceritanya bermula dengan Lisda. Hari Isnin petang kitorang semua ada dalam kelas, kemudian tetiba kawan aku, Fana Fiana text aku


"Mai tahu tak Lisda jatuh bangunan semalam?"


Terus aku rasakan hati aku ni macam terjatuh dari bangunan jugak. Terkejut sangat-sangat sampai Hani dan Angie yang duduk sebelah aku pun perasan kenapa aku terkejut. Bila kau tunjukkan text tu dekat dorang, terus dorang pun terkejut


Habis kelas petang tu, aku terus call Lisda. Banyak kali aku call tapi tak berangkat. Aku pulak call Faezah, kawan kitorang yang sedang menunggu untuk masuk ke fast trex di UiTM Shah Alam bulan March nie. Kepada Faezah, aku khabarkan berita pasal Lisda sebab manalah tahu ~ kot-kot Faezah boleh melawat Lisda


Dalam masih dalam keadaan terkejut dengan berita Lisda jatuh bangunan, tak lama lepas tu Angie pulak accident motor. Kesnya Angie nak mengelak dari kucing sebab die rushing nak pergi ke Kolej Tenggol tak silap aku. Kemudian dia hilang kawalan kemudian die bergeser atas jalan raya dengan motor. 


Kebetulan, masa tu aku dengan roomate aku, Mar nak pergi ke Karah Emba sebab malam tu jugak Fakulti aku, ada menganjurkan Debat Interpart dan aku mewakili Part 4 dan Mar sebagai juri debat. Masa on the way nak pergi tue, aku dah nampak ada orang accident tapi aku tak nampak siapa orangnya. Sekali Angie menjerit,


"MAI AKU ACCIDENT!!!!"


Terus aku macam "Angieeeeee ~ " Speechless giler-giler masa tue sebab aku tak expect benda tu akan berlaku. Sebenarnya kan, before Angie nak pergi ke Kolej Tenggol dengan motor dan berbaju kurung, aku dah rasa dah macam tak sedap hati bila Angie nak pergi tapi perasaan aku tu aku tak sempat nak bagitau dekat Angie. Cuma aku sempat cakap "Hati hati Angie" Tu je ~ Tapi tupp tup ~ Angie dan accident -.-


Hantar Angie pergi ke Hospital Dungun tapi aku tak boleh ikut sebab aku dah terlibat dengan debat tue. Kecoh malam tu dengan Lisda dan Angie accident -.- Aku rasa satu batch kitorang kot tahu yang dorang accident 

Sebelum di jahit


Angie kena 4 jahitan di kaki. Teruk jugak lah cedera die. Kesian Angie. Nak berjalan pun pakai tongkat dan aku, Hani dan kitorang yang bilik berdekatan ni tolong Angie. Actually ada banyak lagi gambar yang tunjukkan kecederaan Angie cuma aku amik mana yang teruk jelah ~ Tapak tangan, dua-dua lutut Angie cedera dan tercalar. Cuma kaki kanan die yang ni lah yang paling teruk sekali

Selepas di jahit
Kesian sangat-sangat dengan Angie. Nak pergi tandas susah sebab kaki die sakit. Kitorang papah dia ramai-ramai. Makan minum dia kitorang jaga dulu buat masa nie. Study die tertangguh dulu. Buat masa ni, aku dengan Hani buat pape yang patut dulu. MC die pun nanti aku nak fotostat, kasi dekat lecturer. Angie dapat MC dua hari je


Okay ~ Berbalik kepada cerita Lisda pulak. Tengahari semalam, Lisda call aku. Terus aku call dan tanya macam mana die boleh accident. Ceritanya, dia tengah turun tangga dari Tingkat 4 kemudian entah macam mana entah ~ kaki die tersadung dan die jatuh kemudian die tempuh cermin dan terjatuh dari Tingkat 4. Macam tu lah yang Lisda cerita dekat kitorang


Aku buat loudspeaker dan kebetulan Angie, Hani dan aku ada bersama-sama. Masa tu memang rasa nak menangis sangat-sangat sebab dah lama tak jumpa dengan Lisda, kemudian dapat tahu Lisda jatuh banguan. Kata Lisda, die masih terkejut lagi dengan semua nie


Lisda punya kecedearaan lagi teruk. Tangan kanan die terkoyak, tangan kiri dia kena 18 jahitan dengan mulut die pun kena jahit jugak. Kemudian, tulang pinggul dia retak masa jatuh tu dan tulang belakang dia pun mungkin ada masalah jugak. Teruk kan? Y__Y


Kata Lisda lagi, doktor cakap macam satu keajaiban lah sebab Lisda masih hidup lagi walaupun Lisda dah jatuh dari Tingkat 4. Syukur Alhamdulillah ~ walaupun Lisda cedera teruk tapi Allah swt masih panjangkan umur Lisda. 


Bila dah jadi macam nie, Faezah pun call aku tanya pasal Angie dan bercerita pasal Lisda jugak. Ya Allah rindu betul aku dengan Lisda dan Faezah. Bila lah nak pergi jumpa dorang? Faezah ajak pergi melawat Lisda tapi masalahnya Angie pun tengah sakit dan kitorang kat sini jadual tengah pack -.-


Berita lanjut pasal Lisda, korang boleh baca dekat KOSMO! Online di sini. Lisda bagitahu ada masuk KOSMO! dan terus Hani guna wifi UiTM, cari guna HP die. Dapat jumpa terus

Lisda dan kakak dia


Berita dari KOSMO! Online


Aku harap sangat-sangat korang yang membaca cerita pasal Lisda dan Angie ni, doakan dorang berdua agar cepat sembuh dan tak ada apa-apa yang teruk berlaku lepas nie dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa lepas nie. Aku sayang dekat kawan-kawan aku


Bila dah jadi macam nie, bak kata Faezah, kitorang jadi seram sebab yelah ~ kawan rapat, kawan sekatil, kawan sehu ha hu ha jadi macam nie. Sedih sangat. Tapi Allah tu Maha Adil. Aku dan Hani jaga Angie dekat sini, Faezah boleh melawat dan tengok-tengokkan Lisda kat sana. Macam kitorang dah berpasang-pasang macam tu dahh


Korang, tolong doakan untuk kawan-kawan aku yer? Aku sayang mereka dan aku harap sangat lepas-lepas ini tak adalah lagi kes-kes yang macam ni berlaku dekat kawan-kawan aku ataupun keluarga aku. Ye, memang malang tidak berbau tapi Insyallah ~ kita boleh elakkan sesuatu yang buruk dari berlaku

Faezah & Lisda :')

Part 2 :)

Part 1 ; Test CTU :)

Angie, Aku dan Hani ; College Attack

Angie dan Aku :)

Hani dan Lisda ; food serving
Ya Allah ~ Bila aku tengok-tengok balik gambar kitorang dulu-dulu, rasa nak menangis sebab terlalu rindu sangat-sangat nak ulang semua yang kitorang pernah buat dulu. Tapi tak sangka, Lisda dah sakit dan Angie pulak acccident macam tue -.- Semuanya berlaku dalam masa satu hari



Sekali lagi, aku harap sangat-sangat korang dapat doakan untuk Lisda dan Angie ni agar mereka cepat sembuh. Aku sayang kawan-kawan aku, sangat-sangat. Semoga mereka cepat sembuh. 




Ya Allah ~ Kau lindungilah keluarga dan kawan-kawan aku dari perkara yang tidak diingini. Aminn ~ 

 

You May Also Like

6 comments