Assalamualaikum
Lepas Sembahyang Zohor tadi, mak aku ajak pergi bandar sebab nak cari baju untuk kahwin Along aku. Jap jap ~ Let make it clear. Along tu sebenarnya sepupu aku lah ~ tapi aku panggil Along sebab aku tak ada kakak atau abang. Hehe :)
So pergi lah ~ Mula-mula pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebab nak perbaharui lesen aku. Oh yes bebehhhhhh ~ KEMARAU LESEN P AKU SUDAH TAMAT! :D HOYEAHH! :D
Ceritanya macam ni, semalam, dari Dungun ke Kuala Terengganu aku yang drive lepas tu boleh pulak ronda-ronda kat Bandar KT tue. Balik rumah, kemas-kemas beg duit kejap ~ sekali hamikkkkkkkkkk~ dah tamat tempohh ~ Nasib baik lah tak ada roadblock. Haha :D
Bye Lesen P ; gambar masa aku Form 4 :) Kurus je aku kan? -.- |
Hai Lesen Besar! Gambar kena blur sebab dah jauh beza sangat dah -.- |
Walaupun lesen aku dah besar, nak kata aku expert bawak kereta macam mak ayah aku, memang tak lah ~ Tapi setakat nak bawak korang jalan-jalan tu, memang boleh sangat lah. HAHA :D Cuma hulurkan duit minyak kereta je. HAHA :D
Cuma satu je yang aku teringin sangat nak buat ; nak belajar drift. HAHA :D Yeee yeee ~ aku tahu korang fikir aku melampau tapi apa salahnya kan mencuba sesuatu yang baru kan? Aku dah lama dah teringin nak belajar drift. Tapi tak kesampaian.
Dua tahun lepas, kawan kepada sepupu aku, Fatah nak ajar aku. Aku ni punyalah semangat lah nak belajar kan tapi tupp tup tak jadi sebab tak sempat. HAHA :D Sebab dia study kat UiTM Penang dan aku pulak masa tu baru nak masuk UiTM Dungun. Rushing sangat ~ tak sempat -.-
Dan sekarang ni aku tak tahu kemana menghilangnya si Fatah tue. HAHA :D
Lepas tu pergi lah ke Giant dan butik-butik baju yang lain sebab nak cari baju. Masa dalam kereta, aku dengan mak aku dah bising-bising dah sebab tak ingat tema baju majlis kahwin Along nanti. Haish ~ Naya naya. Last-last sekali, aku call pak sedara aku, aku panggil dia Papa je lah ~
"Rumah Kak Eira warna merah atau pink. Rumah kita pakai warna cream atau hijau pucuk muda"
Nahhhhhh ~ Settle masalah! HAHA :D Tu lah ~ Malu bertanya, sesat jalan, ye dokk? HAHA :D
So bila dah tahu pakai warna apa untuk majlis kahwin Along ni, terus tak jadi nak beli baju sebab aku dah ada baju warna merah dan hijau dah. Tapi tu lah ~bila dah keluar dah, memang tak lah nak balik dengan tangan kosong
"Mama, Sara nak beli heels baru lah. Heels ke, wedeges ke"
POTPETPOTPETPOTPETPOTPET kejapppp
dan akhirnya,
"Mama drop awak kat Vincci je lah ~ Awak beli lah sendiri"
Aku masuk je dalam Vincci, ada lah dua pasang wedges yang aku berkenan dan aku rasa sesuai dengan aku. So aku pun try ~ Kebetulan pulak ada sales weyhh! Dapat 20% pulakk! HAHA :D Memang tak lah aku nak lepaskan peluang begitu sahajooooooooo ~
Try test try test ~ Last-last sekali aku amik lah sepasang. Melayang duit aku tapi sebab aku dah rasa cantik, so aku beli je lah ~ Mak aku pun cakap cantik dengan aku sebab wedges tu lain dari yang lain. Hehe :)
Lagipun aku beli ni pun bukannya untuk apa je, untuk kahwin Along aku jugak. So sekarang ni, dengan rasminya aku dah ada 3 pasang wedges. HAHA :D
Hai awak! Selamat datang ke dalam kotak kasut saya :) |
Okay ~ Gtg :)
0 comments