Lepas Rindu Jumpa Dengan Mereka :')

By Mysara Newrie - Thursday, May 24, 2012


 Assalamualaikum


Sekarang ni kan aku dekat Key Ell. Hampir seminggu dah aku dekat sini. Sebab hantar adik aku yang masuk UPNM dan kebetulan ayah aku ada kerja dekat KL. Dah alang-alang tu, baik aku dengan mak aku lepak dekat KL ni hah ~ Boleh gak jalan-jalan :)


So bila dah melepak dekat sini, aku pun plan lah nak keluar dengan Faezah, Angie dan Hani. Actually masa aku tengah intersession lagi aku dengan Hani duk plan lagi. Hajatnya nak pergi Kelantan sebab nak melawat kawan kitorang, Lisda yang tengah sakit tue. Tapi rasanya tak jadi kot. Dan kalau jadi, maybe Hani je kot yang pergi. Aku tak pergi.


So aku pun call lah budak bertiga tu. Aku tengok kepada jadual Pekjah lah, bila dia free sebab sekarang ni kan dia tengah degree dekat Shah Alama. Aku Hani dengan Angie tak kisah pun sebab kitorang kan tengah cuti sem. Cuma Hani je lah ~ ponteng kerja hari tue. HAHA :D


So hari Selasa baru-baru nie, pukul 11 pagi aku pergi ke Mid Valley dengan mak dan sepupu mak aku, CikMimi. Act ayah aku tak bagi aku lepas naik teksi sorang-sorang. Yelah, aku kan anak perempuan tunggal dia. Muehehe :p


Sampai je dekat Mid, dalam 20 minit lepas tu, Hani dengan Angie pun sampai. Dorang cakap nak tengok wayang. Aku pun onn je lah ~


Mula-mula nak tengok Mirror Mirror tapi sekali pukul 5.30 petang daaaaaa~ Memang tak lah sebab lewat sangat. So kitorang pun tengok What You Expect When You're Expecting. Basically, cerita ni pasal parentshood lah ~ Proses dorang nak jadi ke ibubapa, macamana dorang deal dengan morning sickness, mengandung. So macam tu lah :)


Sementara nak tunggu wayang pukul 1.30 kitorang pergi dekat kedai gitar ni sebab Angie nak beli hapeee entah. Ingat nak pergi situ kejap je tapi alih alih dah sampai berjam-jam. HAHA :D Sebab Angie main gitar dan abang yang dekat kedai gitar tu pulak ramah dan boleh masuk air dengan kitorang :)

Hani and Angie and Mubarak ; Angie tengok tag nama die

Angie :)

Hani bunny :)
Lepas dah lepak dengan abang tu yang sumpah sempoi giler, kitorang pun tengok wayang. Masa ni Pekjah memang membebel lah sebab beli tiket awal sangat sedangkan dia habis kelas pkul 12. HAHA :D So kitorang masuk dulu tengok cerita tu dan tinggalkan tiket Pekjah dekat kaunter


Perghhhhhh ~ Mau dekat pukul 3 petang baru Pekjah sampai! HAHA :D Kesian dekat dia. Rushing. Tapi nasib baiklah sempat dia nak tengok cerita tue :) Walaupun tak dapat tengok dari awal. HAHA :D Tapi cerita tu memang bikin aku sedih lah jugak sebab ada satu part tu, perempuan tu keguguran. Huhu ~ Sedihnya :(


Lepas tengok wayang, haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa belum sempat keluar lagi, kitorang dah mula bising dah. Masyaallah ~ aku rasa semua orang tengok kitorang -.- HAHA :D Pergi sembahyang Zohor dulu :)

Dah cukup! :D

Amik gambar dulu :)
After tu kitorang turun pergi makan rasanya, aku dah tak ingat dah -.- Hani bawak kitorang pergi dekat food court yang dekat bawah tu dan makan nasi lemak lauk rendang ayam. Ya Allah sedap betul nasi lemak die :) Sumpah sedap! :D Dari kitorang makan dengan sudu garfu, semuanya terus bertukar makan dengan tangan je sebab tak nikmat makan dengan suda garfu. HAHA :D


Lepas makan, kitorang pun borakborak lah ~ Masa ini lah Pekjah cerita life dekat Shah Alam dan macamana dengan Degree. Dia cakap degree ni tak adalah susah sangat kalau nak dibandingkan dengan diploma. Ececehh ~ kata-kata orang bijak pandai :) HAHA :D


Tapi yang paling obvious sekali semasa degree adalah mesti nak ponteng kelas. HAHA :D Dalam kelas Pekjah sendiri, dorang siap buat ranking lagi sape yang paling banyak ponteng kelas. HAHA :D Kalau Tasha (kawan kitorang dekat UiTM Dungun yang buat fast trex sekali dengan Pekjah) tak pergi kelas, Pekjah pun sama. HAHA :D


Tak lama pun kitorang lepak dekat food court tu sebab sebelah kitorang ada sekumpulan abang yang duk hisap rokok tak hentihenti dan asap rokok tu pulak kena dekat kitorang. Haish ~ Memang sesak nafas lah dibuatnya -.-

So kitorang pun decide nak pergi Carefour sebab Hani nak beli barang dapur sikit. Alang-alang dah pergi tu, sempatlah jalan-jalan. Dan yang paling wajib bagi kitorang adalah beli sushi. Mueheheee ~ sejak dah kawan dengan dorang ni, aku pun dah ketagih nak makan sushi. HAHA :D


Lepas tu mak aku call sebab dah nak balik dah. Huhu ~ Sedihlah pulak! So kitorang pergi dekat level bawah dan Hani bawak kitorang pergi Chocolate Fair. Wah wah ~ banyak betul coklat weyh! :O


Paling tak boleh blahnya ialah dekat Chocolate Fair tu ada banyak giler sampel coklat yang dia bagi. Kitorang pulak, asyik makan je coklat punya sampel tu tapi tak beli beli pun! HAHA :D Muka promoter tu macam bengang je. HAHA :D Sabor ye kak? HAHA :D


Lepas tu sessi bergambar. HAHA :D Pandai pandai ye kau nak buat sessi bergambar? HAHA :D Yelah ~ Bukannya senang nak jumpa. Hani Angie dan Pekjah senanglah nak jumpa sebab dorang duk Key Ell lepas tu Angie pulak team debat yang selalu ada aktiviti dengan Shah Alam so konfemkonfem lah dapat jumpa Pekjah. Aku nie? Lagi lah susah sebab aku kan jarang turun Key Ell -.-

1st pic
Ni gambar yang 1st tau. Tapi gambar gelap dan tak nampak muka. Aku je yang memandai edit kasi nampak cerah sikit. Mueheh ~ Lepas dah tangkap, bising pulak masing-masing sebab gelap. So kitorang pun masuklah dalam tandas Mid tu. HAHA :D Photoshoot dalam tandas. Biasa lerrr tue -.-

Angie? -.-
Dah amik gambar, tengok cantik ke tak. HAHA :D


Yeayy suka gambar nie! :D

Gambar ini pun suka tapi muka aku? -.-

Dalam duk sibuk duk bergambar, sekali mak aku datang dan masuk dalam tandas tu. HAHA :D Kantoi sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan mak aku. HAHA :D Mak aku pun cakap nak balik dah lah sebab masa tu dah pukul 6 petang dah. Huhu


So kitorang pun keluar dari tandas. Masa nak keluar tu, adalah satu bauuuuuuuuuuuuuuuuuuu busuk. HAHA :D Masing-masing buat muka macam "eh bau apa nie?" Dahi dah berkerut-kerut dah


Lepas tu Hani pulak dengan kuatnya cakap dalam tandas tu "Weyh busukk giler!" Aku pun gelak je lah sambil cakap "Weyh photoshoot dalam tandas. What do you expect? Of courselah bau busuk!" HAHA :D

Kami bersama Lisda :)


Okay gambar atas ni memang nak bikin orang lempang aku kan? HAHA :D Act macam ni ~ Masa kitorang duk syok bergambar, kitorang duk cakaplah konfem Lisda akan jeles sebab kitorang berempat berjumpa tapi tak ada dia. 


So untuk mengelakkan die terasa ke hape, so dorang amik gambar konon-kononnya Lisda ada jugak dengan kitorang. HAHA :D Dan semalam pulak, aku duk edit gambar Lisda dan letakkan dalam gambar atas nie. HAHA :D So Lisda, even though you are not here, we always remember you :) Buktinya? Gambar di atas ni lah! HAHA :D


Tapi Angie dengan Hani tak puas hati sebab asal gambar kitorang tak cerah tapi gambar Lisda nampak muka! HAHA :D Macam-macam -.-


So di atas ini adalah gambar last yang kitorang amik sebelum balik. Masa nak balik pun, kitorang sempat duk buat sengal dekat level bawah tu dekat bahagian tengah-tengah tue. HAHA :D Mak aku dengan Cik Mimi senyum je tengok kitorang sebab kau bayangkan, Mid Valley yang bising tu pun kitorang berempat boleh tandingi kebisingan dia. HAHA :D

Semua nampak gigi :)



So lepas dah hugs and kisses semua, kitorang pun balik. Masa on the way balik, Pekjah mesej aku yang Hani dengan Angie rushing nak naik bas sebab masa tu dah pukul 7 petang. Masa duk rushing-rushing tu, dorang main naik je bas yang lalu depan dorang tanpa (TANPA OKAY?) mengucapkan byebye dekat Pekjah sedangkan lepas ni konfem susah nak jumpa Pekjah. 


Tapi lepas tu, Hani dengan Angie pun turun dari bas tu sambil ketawa bagai nak rak sebab dorang salah bas! HAHA :D Homaigod ~ Kenapalah aku ada kawan-kawan yang sengal macam nie? HAHA :D


Its been a great day for me sebab dapat jumpa dan kita cukup 4 orang :) Rasa macam best sangat-sangat sebab dah hangout dan bertukar-tukar cerita. Eh eh ~ Dulu sebelum nak jumpa Pekjah, aku rasa aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler cerita nak story dekat Pekjah tapi bila jumpa, aku jadi tak tahu nak cerita apa. HAHA :D Even Pekjah pun cakap "Aku tahu Mai, kau ada cerita nak cerita dekat aku" HAHA :D


Lepas ni kita plan sama-sama ehh nak pergi serang Lisda dekat Kelantan tue. HAHA :D Siap lah kau Lisda! :D



 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments