Adikku ; Bakal Pegawai Kadet UPNM :D

By Mysara Newrie - Sunday, May 20, 2012


 Assalamualaikum


Hari ini adalah 20 Mei. Al yang sedia maklum, aku dekat Kuala Lumpur sekarang nie. Sebab nak pergi menghantar adik aku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia aka UPNM :)


Adik aku dapat tawaran masuk U nie. Of courselah adik aku memang happy sebab die memang target nak masuk sebab die minat. Ayah aku pulak ; berdouble double happiness lah sebab dia tahu ada jugak sorang anak dia yang ikut jejak langkah dia. Ececeh ~ :)

Bakal askor kita tak bangun tidur lagi :)


Dulu masa lepas SPM ayah aku ada tanya aku, tak nak masuk UPNM ker dan terus aku cakap aku tak nak sebab aku tak minat do all the things yang macam larilari, kawad bagai tue :) Setakat part time boleh lah bukan full time. Eh boleh pulak part time full time? HAHA :D


So pagi tu dalam pukul 8 bertolak dari Wisma Transit Kuala Lumpur, menghala ke Kem Sungai Besi. Then berhenti breakfast kejap :)

Pagi di UPNM :)


Sampai je dekat sana, terus pergi ke Dewan Pendekar dan kena isi borang apa entah. Isi punya isi, lepas tu adik aku beratur untuk pendaftaran. Masa tengah isi tue, adik aku letak aku sebagai saudara terdekat dia yang boleh dicontact in case kalau ada emergency kan? 


Masa dekat hubungan dalam borang tu, adik aku tanya "Apa hubungan kau dengan aku eyh?" dan dengan slumbernya aku cakap "Musuh ketat!" dan mak aku gelak je. Yelah ~ aku dengan adik aku selalu gaduh walaupun dua orang adik beradik je -.- HAHA :D


Masa ni mak ayah aku memang happy giler lah sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama diorang masa kitorang stay dekat Gong Kedak dulu, dekat Port Dickson. Hamikkkkkk ~ Reunion mak ayah pulak


Dan aku pulak? Aku sempat jumpa dengan senior aku masa Tengku Mahmud School dulu. Senior aku, Faris Asyraf. Sesape kenal? Hehe.

Amik gambar dulu :)

Isi isi borang :)


Tampal gambar :)
Sessi pendaftaran :)


Lepas dah sudah tue, pergi ke bahagian hostel pulak untuk masuk bilik dan letak barang-barang. Masa ni aku memang excited lah nak naik sebab nampak macam best dan gempak je hostel dia. Aku pun buat-buatlah angkat baldi kan? Sekali abang askar tu cakap


"Hanya dua orang sahaja dibenarkan"


Meleleh air mata aku. HAHA :D So mak ayah aku dan adik aku je yang boleh masuk. Aku pulak duduk sorangsorang dekat luar tu sambil tengok gelagat family yang ada. Memang best lah masa nie sebab ada satu family tu nak menghantar anak dia sorang je ke UPNM tapi aku rasa mau dekat satu kampung dia bawak. HAHA :D


Alaaaaaaaaaaa ~ biasalah ~ semangatkan? Hehe :)

Asrama UPNM :)


Okay yang ni asrama dia. Ayah aku tak banyak snap picture sebab sibuk dengan adik aku. Huhu. Mak aku cerita hostel die memang terbaik sangat-sangat. Satu bilik ada 5 orang. Ada tandas dan meja study. Weyh ~ ada tandas okay dalam bilik air? Tak payah kau nak bawak berkemban pergi tandas. HAHA :D


Lepas tu, korang nampak tak atas katil tu ada letak barang-barang kan? Actually tu semua adalah baju, kasut, beg, stokin, kasut, kiwi kasut, seluar, tag nama dan termasuklah seluar dalam kau sekali okay pihak U sediakan. Tu lah yang untunglah masuk UPNM. Tak payah bayar satu sen pun sebab semuanya free! :D


Dahlah baju semua free, makan free, yuran pengajian free, kolej pun free. Pergh memang terbaik lah! :D Tu lah ~ banyak kelebihan yang akan kita dapat kalau masuk UPNM dan yang paling penting, kehidupan kau pasti terjamin :)


Lepas tu ada taklimat untuk parents pulak. Dewan dah penuh so just siarkan live deket TV je :) So aku dengan mak aku duduk depan TV tu dan dengar sahaja taklimat tue. Lepas tu dia bagitahu lah secara ringkas, tempoh pengajian dan elaun


Okay ~ Dulu dipanggil elaun tapi sekarang ni dipanggil gaji. Perghh ~Gaji bersih dapat RM 1300 tapi campur dengan elaun buku, elaun perkakasan, elaun makanan dan macam-macam lagi so totalnya mau dekat RM 1500++ sebulan. Weyh sebulan weyh! Bukan satu sem! :O


Ramai jugaklah ibu bapa yang datang dan tekun mendengar semua apa yang diperkatakan oleh Komander ALK. ALK tu stands for Akademi Latihan Ketenteraan, rasanya :) So dia explainkan semua dan termasuklah dengan Lt Kol Chan :) Die memang kelakarlah masa bagi taklimat tue. 


Yang paling aku nak gelak, after dia explain pasal elaun/gaji tu dia cakap, "So kepada mak ayah semua, jangan kasi duit dekat anak anda. Mintak dari mereka pulak" HAHA :D

Taklimat ibu bapa :)

Komander ALK :)

Lepas taklimat ibu bapa, semua rushing pergi dekat area padang sebab ada perbarisan dan Majlis Penyerahan Bakal Pegawai Kadet. Nama tempat padang tu Pavillion tau? Hebat tak nama dia? Hehe :)


Masa ni memang kesianlah dorang terpaksa berjemur tengahtengah padang pukul 12 lebih tadi. Huhu tapi tak kisah lah ~ sebab lepas ni aku tahu dorang akan biasa dengan macam tu semua :) Hehe

Perbarisan :)

Kompeni adik aku ; Delta :)

War Dance :)
Haaaaaaaaaaa ~ gambar atas ni masa ada pertunjukkan War Dance. Perghh ~ Naik bulu roma boh tengok dorang perform. Dorang just cakap je tapi bergema satu U tu macam dorang cakap guna speaker! :O Memang hebat lah ~ Dorang hentak kaki dan tepuk tangan dan dada dorang sama je bunyinya dan macam  macam macam ~ argh memang hebat lah! :D



Dan yang paling aku respect sekali, ada sorang kakak tu jadi leader untuk War Dance nie. Perghhhhhhhhh~ Perempuan bohh! :D Dia menjerit tu suara bergema nak mampus. Memang aku tabik spring lah dengan akak tue. HAHA :D



Mak aku cakap kalau aku masuk UPNM, konfemmmmmmmmmmmm aku kurus! HAHA :D Tetiba rasa nak apply masuk UPNM pulak! HAHA :D


Lepas tu makan tengahari dekat Kantin Kolam Renang. Weyh ada kolam renang weyh! :D Memang best lah ~ Dah lah open air macam tue. Macam best je! :D


Lepas dah makan, so tiba masanyan untuk say byebye dekat adik aku :) So ayah aku bagi nasihat sikit, sekali dengan mak aku dan tiba dengan aku untuk ulang balik semua apa yang mak ayah aku cakap. HAHA :D


Masa tu, rasa macam sedih gak aku nak tinggalkan adik aku sebab yelah ~ lepas ni susah dah nak jumpa adik aku sebab buzy. Hari tu dah ada masa nak spend tapi aku pulak buat intersession. Huhu ~ Aku tahan sebak je masa tue. Huhu Sedih gak sebenarnya


Even malam ni aku pun rasa macam sunyi je dalam bilik ni sebab adik aku dah tak ada. Yang ada katil die yang dia tidur semalam je -.- Semalam ada dia, malam ni tak ada dia. Huhu ~ Mak aku pun cakap mesti sedih sebab selama ni adik aku je yang drive kereta. Huhu ~

Siblings :)

Kepada adikku, Fadhli Hakim, aku tak nak cakap apa dah dekat sini sebab aku tahu mu mesti ingat apa pesanan aku dekat mu kan? So kau ingat je la dan praktikkan apa yang aku cakap tue. Jaga diri baikbaik dan nama baik mama ayah. Jangan tinggal sembahyang dan jaga diri baikbaik. Study elokelok. 


Dah dah ~ aku malas nak tulis panjang-panjang. Kang basah pulak keyboard lappy aku nie :(


 

  • Share:

You Might Also Like

13 comments