Day 8 - Kenangan Paling Indah Dalam Hidup :)
By Mysara Newrie - Wednesday, December 12, 2012
Assalamualaikum
Okay teruskan sambung main game nie :) Nak update pasal percutiaan, macam banyak jeeee gambar yang nak kena edit edit dulu so amik masa jugak lah tue. Hehe, sabar yer? :)
Kalau cakap pasal memori, banyakkkkkkkkkk sangat memory yang tersimpan kemas dalam otak fikiran aku esp masa aku tengah study dekat Dungun dulu. Ya Allah ~ macam-macam benda yang kitorang buat! Even yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku pun, kitorang pernah buat
Aku ada satu trip ni ; right after raya masa tahun 2011. Masa tu aku dengan classmates aku pergi ke Kuala Terengganu dan pergi open house raya, jalan-jalan dekat KT dan Muzium Losong, amik gambar banyak-banyak. Yang ni memang most fav kenangan lah dalam life aku :')
Tapiiiiiiiiiiiiiiii semua gambar tu hilang sebab memory card kawan aku tu rosak! So memang sedih lah :/ Tetapi aku ada satu lagi kenangan yang bagi aku manis sangat-sangat, memang kalau teringat balik, rasa macam giler punya projek pun ada, macam membazir masa, wang dan tenaga pun ada, last minute plan, lepas tu di planned oleh budak perempuan (sebab selalunya kalau ada pape, budak lelaki kelas aku je yang planned tapi kali ni girls rules!) kelakar dan adventurous, tak kenal erti penat dan macam-macam lagilah! :D
Apa kenangan fav tue? Jeng jeng jenggggggg ~
My classmates. Ahh rindu semua! Aku tahu korang pun rindu aku HAHA :D |
Okay ni diaaaaaaaaaa ~ Entry pasal aku dengan kawan-kawan aku berembun pagi dekat Teluk Chempedak! Dah lah berembun pagi, nak pergi ke Teluk Chempedak tu macam-macam pulak perkara berlaku, dengan cerita dan mulut sensorang yang tak makan saman dan macam-macam lagilah!
Kenapa aku cakap projek ni giler? Sebab kitorang bertolak ke Kuantan pukul 11 pagi dan sampai pukul 3 pagi. Masa on the way ke Kuantan tu, macam-macam hal pulak berlaku. Lepas tu, projek ni pulak dilakukan pada hari biasa, hari Rabu dan Khamis pagi. Bukannya hujung minggu! Sebab kebetulan Rabu tu last class adalah pukul 10 malam dan hari Khamis kelas cancel! Kecoh tauu sampaikan lecturer kitorang pun tahu pasal projek nie HAHA :D
Kenapa aku cakap projek ni membazir masa, wang dan tenaga? HAHA :D Sebab kitorang just nak pergi Teluk Chempedak semata-mata nak BBQ je. Padahal dekat depan UiTM Dungun tue, dah ada pantai! Boleh je nak buat depan tu tapi berlagakkk. Nak buat tempat jauh-jauh HAHA :D Lepas tu yelah duit banyak habis sebab nak beli makanan, duit minyak, duit sewa kereta lagi. Hehe :) Lepas tu membazir tenaga sebab nak kena kemas, masak, drive kereta lagi even though bukan semua yang drive cuma tak kan sampai hati kan nak biarkan kawan kita drive kereta sensorang kan? Hehe
Kenapa aku cakap projek ni last minute? Sebab kitorang pergi Rabu malam dan kitorang planned benda ni hari Ahad malam! Dah lah idea spontan je bila Ina, classmates aku cakap "Eh nak tak kita buat BBQ class dekat Kuantan?" Lepas tu masing-masing terus on! Dah lah yang tukang plannya adalah budak perempuan! HAHA :D 1st time weyh! Sebab selalunya budak lelaki kelas aku yang plan nak pergi mana-mana :)
Entahlah ~ bila aku baca balik, aku rasa macam rindu sangattttttttttttt dengan semua budak kelas aku. HAHA :D Rindu nak dengar diornag buat lawak yang kadang-kadang tak lawak pun, rindu nak dengar diorang duk saling bahan membahan sesama sendiri, rindu nak dengar diorang kutuk sesama sendiri dengan ayat-ayat pedas tapi tak ada pun yang terasa hati, rindu nak lepak-lepak dan bercerita sesama sendiri. Rindu nak dengar lawak-lawak sengal diorang yang sampaikan lecturer dengar pun tergelak Hmm rindu semua :/
Even lecturer aku pun pernah update dekat status FB dia yang dia rindu dekat budak-budak kelas aku. Lecturer pun rindu kitorang, aku apatah lagi. Dah bersama susah senang selama 2 tahun setengah dah. Mestilah rindu. Ikatan persahabatan tu dah ibarat macam adik beradik dah. Kau susah, aku pun susah. Aku senang, kau pun senang
Ya Allah, semoga kami semua, DPA Intake July 2010 dapat ditemukan sekali lagi dalam suasana yang harmoni, gembira dan ceria. Insyallah aminn ~
0 comments