Day 1 - From Kuala Lumpur to Kota Kinabalu

by - Friday, December 14, 2012


Assalamualaikum


Okay masa ni baru ada kesempatan untuk ceritakan pasal holiday trip kitorang :)


Okaylah ~ act holiday trip ni di plan sebelum masa Hari Raya Aidilfitri lagi. Aku ingat lagi, masa tengah syok-syok makan rendang, tetiba mak sedara aku cakap "Okay semuaaa. Ada pengumuman nak buat nie!" Terus satu hall senyap. Rupa-rupanya nak bagitau nak bercuti dekat KK HAHA :D

Hello Sabah. We meet again :)

Mula-mula parents aku je pergi, dah siap beli tiket semua, nak join mereka yang lain. Tapi bila aku tengok tarikh, terus aku cakap dengan ayah aku, aku nak pergi jugak! Sebab tarikh nak pergi tu aku tengah cuti sem. So tak kan aku tak pergi kan? Hewhewhewhew. Nasib baik ayah aku belikan aku tiket filght, kalau idokk? -__-


Pagi 5hb tu, pukul 9 pagi, aku dan parents aku dah bertolak ke KLIA. Sampai je dekat sana, terus pergi food court dan makang! Lepas tu, mak sedara aku, Che Na pun sampai. Tunggu dekat 20 minit kejap dan  datanglah geng-geng from Kuala Terengganu pulak Hehe :)


Sebab Cik Nor sekeluarga, wan dan Che Pah amik flight dari Kuala Trg. So sampai KLIA kiranya semua dah ada lah :) Lepas tu lepak dekat food court kejap sementara tunggu flight kitorang. Pukul berapa entah, aku tak ingat. Tapi yang pasti sampai dekat KKIA tu pukul 6.30 petang jugak lah ~

Layan je lah si Balqis ni bercerita HAHA :D

Sampai je dekat apartment, bam bam bamm terus semua masuk tidur sebab esok pagi pukul 6 dah nak bangun untuk pergi ke Kinabalu Park dan Kundasang!


Masa on the way nak ke sana, kitorang sempat singgah di Rumah Terbalik. Act benda ni masih baru lagi dekat Sabah so aku pun kiranya 1st time lah masuk dekat sini. Apa yang istimewanya? Nah tengok nie

Rumah Terbalik :)
Dah nama pun Rumah Terbalik. so rumahnya memang terbalik lah! HAHA :D Dekat dalam kawasan nie, memang semua terbalik, termasuk kereta, basikal. Dalam rumah tu pulak, semuanya pun terbalik ; sofa, peti sejuk, TV, almari, katil, tandas. Senang cakap ; apa yang basic ada dalam rumah, semuanya adalah terbalik bila ada dalam Rumah Terbalik nie :)


Guide tourist tu cakap, benda yang paling berat yang diterbalikkan adalah TV, peti sejuk dan aircond. Aku pun dah ingat-ingat lupa je nie. HAHA :D Sorry, no pictures can be taken! Sekeping gambar, mau RM100 woo kena bayar! :O

Kami dah nak masuk dah :)

Tengok basikal belakang aku tue, terbalik jugak kan? Hehe :)

Then kami singgah lagi dekat Pekan Nabalu. Act pekan ni kecik je tapi ada jual macam-macam. Ramai tourist yang akan singgah sini sebab nak beli cenderehati, buah-buahan. As for us, kitorang just beli buah-buahan je sebab nak bawak bekal makan dalam bas. HAHA :D 

Pekan Nabalu :)
Kinabalu Park :)
Hehe :) 
Kesian ayah aku kena layan karenah aku bila bergambar HAHA :D


Sampai je dekat sana, kitorang lepak-lepak kejap. Lepas tu terjumpalah satu laluan yang mengelilingi Kinabalu Park tue. Lepas kitorang tanya seorang pekerja dekat situ, die cakap "Oh tidak tidak ~ Ini laluan 1.3 km saje" Terus masing-masing "Lah tak jauh! Jom jom jalan!" Terus masing-masing bersemangat! Ceh ~ muka happy je. 

Muka happy je tapi sebenarnya....
Tapi bila dah sampai sekerat jalan, aku rasa macam menyesal pun ada jalan dekat situ HAHA :D Sebab sumpah penat sebab jalan raya dia berbukit-bukit dan curam okay? Curamnya hampir 15 darjah! Haaa amik kau! Dengan kasut tinggi lagi nak berjalan macam tu memang bikin boleh pengsan!

Eh tapi amik gambar sempat pulak? HAHA :D

Mula-mula turun bukit, lepas tu bila dah nak penghabisan jalan tue, amik kau, naik tangga yang sumpah curam giler, lepas tu naik bukit lagi. Masing-masing dah menjerit "Haaa tak tahan! Jauh lagi ker?!" HAHA :D Kereta dan van yang lalu pun tak boleh nak berhenti sebab jalan curam sangat! 

Ah sumpah masa ni aku tak larat -__-

"Ah tolong tolong. Tak larat!" HAHA :D
Lepas dah sampai dekat atas tu, masing-masing dah terus terduduk sambil mengah dah HAHA :D Ayah aku sengih je tengok masing-masing kepenatan sebab ayah aku tak join. Sumpah weyh tak larat giler masa tue tapi dalam gambar, masing-masing muka ceria! HAHA :D




Cik Noor lagi best, dia cakap "Lepas ni kalau orang Sabah cakap 1.3 km, kita darabkan je dengan 3 km" HAHA :D Bergegor kitorang duk gelak sakan bila Cik Noor cakap macam tue. Macam-macam hal


Balqis & me :) Ambui kau ~ 
Sha dah sampai merangkak-rangkak dah sebab penat sangat! :O

Hilangkan penat dengan makan aiskrim! Hehe :)
My mum and me

Okay tak habis lagi nie. Nantikan next entry aku pulak. Trip ni masih panjanggggggggg lagi dan banyak lagi gambar-gambarnya okay? Nanti aku update lagi lepas nie hehe ;) Ni baru babak pertama nie! HAHA :D


p/s : Kalau korang rajin, boleh lagi search dalam blog aku pasal entry-entry aku semasa di Sabah sebab aku banyak jugak travel around Sabah semasa aku masih stay dekat sana. So dekat entry tu aku banyak lagi kot cerita lebih details lagi tentang tempat-tempat tersebut :)


 

You May Also Like

3 comments