Day 2 and 3 - Desa Cattle Sdn Bhd, Pasar Filipina dan Jesselton :)

by - Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum


Okay mari kita sambung bercerita (baca : membaca bagi korang dan bercerita bagi aku) tentang perjalanan kitorang :) Part 1 adalah di SINI. Sila tekan. Kang tak faham HAHA :D


After kitorang lepak dekat Kinabalu Park tue, kitorang move on pergi ke area Kundasang. Okay bagi mereka yang tak tahu, Kundasang ni lebih kurang macam Cameron Highlands lah ~ macam-macam jenis sayur jual. Bagi mak-mak kiter nie, memang sukalah pergi sana sebab sayur dekat sana semuanyaaaaaaaaaaaa fresh giler! Mana kau nak cari daun bawang yang batangnya lebih kurang sama besar dengan ibu jari kau? HAHA :D Okay melampau betul hiperbola aku nie -__-


Lepas tu lunch kejap dekat KFC dan moh lerrr kita ke sini, tengok lembuuuuuu ~

Kaki senget sebab penat berjalan HAHA :D
Okay. Ni 1st time aku datang sini sebab sebelum ni mama ayah dan adik aku je yang pergi. Tempat ni penuh dengan lembu dan ada macam-macam jenis produk susu yang dorang jual. Maybe masa tu kitorang datang lewat petang so produk susu macam dah kurang. Kitorang beli susu je


Lepas tu ada jual fridge magnet, T shirt dan semuanyaaaaaaaaaa yang berasaskan gambar lembu. Dah lah comeyy je lembu-lembu cartoon tu tapi aku tak beli lah. Beli fridge magnet je hihi

Deen & James
Okay selingan kejap HAHA :D Ni lah driver ayah aku masa ayah aku kerja dekat KK tapi James lah yang paling banyak masa diluangkan masanya dengan ayah aku. James ni sumpah baik giler lepas tu kelakar. Dia senyap je tapi sekali dia bukak mulut, habis kitorang semua gelak tau? HAHA :D


Okay dah. Sambung pasal lembu pulak HAHA :D
Hai lembu :)
Inilah lembu-lembunya :) Semua lembu ni besar giler okay? Masa kitorang pergi semua lembu ni kena kurung sebab dorang nak kena perah susu. Kebetulan masa tu lagi dalam sejam lagi nak tunggu dorang kena perah susu tapi kitorang tak tunggu sebab takut sampai KK lewat malam


So just boleh amik gambar je. Ayah aku cakap rugi lah sebab kitorang datang wrong time. Masa mama ayah dan adik aku datang, semua lembu tu dibebaskannnnn bermain-main di lereng-lereng bukit yang menghijau so automatik terus feeling rasa macam ada dekat New Zealand. Hehe :)


Then kami pun balik lah ~ sebab masing-masing dah penat. Masa nak turun tue, tetiba bas berhenti lepas dan rupa-rupanya ada kambing nak beranak HAHA :D Kitorang just tengok dari dalam bas je sebab hujan lebat masa tue. Tapi masing-masing macam tak percaya, kambing beranak atau pun kambing tu tengah buasir HAHA :D

HAHA :D Bergalok galok lah kiteee dalam bas
Haaaaaaa ~ masa dalam bas mula-mula tu, masing-masing duk bergelak ketawa lagi. Lepas tu semua satu bas senyap! Sebab ketiduran belakaaaaaa ~ penat bohh jalan-jalan HAHA :D Sedar tak sedar, masa tu kitorang berhenti dekat Jambatan Tamparuli :)

Jambatan Tamparuli :)
Kalau korang tak ingat, ni lah Jambatan Tamparuli yang Marsha AF duk nyanyi sokmo tue. Haaa kan dah tubik bahasa Tranung aku hehe  ~ tak pe ork? Set mu faham kang? Kalau dok faham, meh kabor ke aku. Aku ajor sket-sket cakak Tranung :)


Okay lepas tu balik ke apartmen dan zazzz zazzz terus masuk tidur! Esok hari mau berjalan lagi :)


Esok paginya, kitorang just lepak sekitar bandar Kota Kinabalu je. Tempat wajib pergi of courselah Pasar Filipina :) Dekat sini ada macam-macam. Tapi mula-mula kitorang beli ikan bilis, udang kering dan ikan masin yang macam keropok tue. Dekat sini ikan bilis dia murah dan besar-besar. Kiranya orang Semenanjung yang datang KK memang wajib bawak balik ikan bilis :)

Bincang-bincang berapa Kilo nak sorang. Tengok Che Na, siap dah list dah dalam buku dia
hehe
Nahh  ~ hasil tangkap muat masing-masing HAHA :D Masyukk! 
Abang-abang kedai yang tolong repacking semula mengikut kehendak kita :)

Yeay ~ dalam kotak itulah ada stok makanan dapur kita yer?
As for us, mama ayah tak beli banyak sangat sebab kitorang dah ada yang leftover yang sebelum-sebelum nie. Tapi as for my aunt and uncle, memang banyakkkkkkkkk betul diorang borong. Mau dekat RM200 lebih sorang! Fuh banyak-banyak! Memang rezeki abang tu kitorang datang kedai dia. Dia pun okay and mudah deal dengan kitorang :)


After dah borong bahagian makanan seafood kering, moh ler kita borong mutiara-mutiara. Hah! Yang ni memang syurga wanita lah yang inginkan kecantikkan. Ambui ayatt -__- Tapi betul weyh. Tak wajib keluar dari Pasar Filipina ni kalau tak ada beli something, bagi perempuan lah ~ Hehe

Tu diaaaaaaa ~ pilih jangan tak pilih! HAHA :D
Tengoklah atas meja tue, pelbagai pilihan boleh pilih :)
Memang rambang mata. Even aku yang dah kerap kali datang Pasar Filipina pun masih nak beli-beli jugak. Aku just beli brooch rama-rama je :) Comel sangat! Beli 3 dapat RM10 :)


Lepas dah puas shopping, balik apartmen kejap. Rehat dalam sejam lepas tuuuuuuuuu moh lah kita pergi ke Jesselton! Before that kitorang pergi naik bukit apa entah tapi yang dekat Padang Merdeka tue yang boleh view bandar Kota Kinabalu from the top tapi mana entah gambarnya, HAHA :D


Then pergi Jesselton :) Dekat sini act macam perlabuhan kapal-kapal je yang datang from Labuan. Lepas tu kalau nak pergi ke mana-mana pulau, punn boleh dari Jesselton nie. Aku pernah pergi ke Pulau Manukan and its a place must go for someone who loves the sea :)

Hai semua :)
HAI SEMUAAAAAAAAAAAA :D

Bajet indie -___-
Tiap kali aku datang Jesselton mesti aku nak melompat-lompat HAHA :D Sebab macam best je kawasan die lapang, tak ada orang sangat lepas tu kau nak buat apa-apa pun, tak ada orang kisah. Best lah lompat dekat sini. Lepas tu angin bayu laut duk tiup, pergh masyukk! :D

Okay sila beratur! Kita nak naik van! :D
Dalam lif :) Nak balik rehat kejapp ~ hehe

Tak serik lagi berjalan, malam tu kitorang semua makan seafood dekat Restoran Sri Melaka. Wah wah ~ makan dekat sini best lah ~ makan ikan lepas tu makan sayur Sabah. Okay sayur Sabah ni hanya terdapat di Sabah sahaja dan hanya didapati di restoran-restoran sahaja. Tak adanya nak jual dekat pasar-pasar. Ini yang orang Sabah cakaplah ~ Aku ni iyakan je HAHA :D


Tapi sayur Sabah tu sumpah sedap! Nanti kalau korang berpeluang nak ke Sabah, try lah sayur tue :) Goreng ikan masin, sedapp! :)


Lepas dah makan tu, kitorang pun pergi berjalan sekitar bandar KK tu sebab kebetulan ada pasar malam dekat situ. Tapi pasar malam dia macam biasa je, benda sama je. Best lagi kalau pergi Pasar Gaya :) Tapi masa trip kitorang ni, tak sempat langsung nak pergi Pasar Gaya :( I is sad

Me and Nazeem :) While waiting for the others :)
Balik apartmen, mandi dan terus bammmmmmmm tidur! Penat seyhh! Act ada jugak malam-malam tu kitorang tak tidur sebab aku duk layan kan cousin aku punya tab, tengok cerita Barbie Princess HAHA :D Hoi ~ macam budak-budak dahh!


To be continue... 
 

You May Also Like

5 comments