Day 7 - Haiwan Kesayangan Hamba :)
By Mysara Newrie - Monday, December 10, 2012
Assalamualaikum
Hai korang semua! HAHA :D Weyhhhhhhhh sumpah macam dah lama giler aku tak update blog dan online guna lappy muehehe :p Yelah ~ mentang-mentang dah boleh online pakai HP je, malas dah nak bukak lappy dan bertambah-tambah malas lagi bila lappy aku pulak mengada-ngada nak overheating dan tak boleh nak install Maxis Broadband. Hehe
Okay straight to the point, kita teruskan game kita nie. Aku nak tulis pasal percutiaan aku baru-baru ni pun tak boleh lagi sebab mostly gambar tak dapat lagi so kita teruskan dengan bermain 30 Things tu yang aku rasa dah melebihi 30 hari dah -__-
Sejak dari kecik lagi sampai sekarang, forever and always, aku memang palinggggggggggggg suka dengan KUCING! Aku suka sangat-sangat dengan kucing sebab bagi aku, kucing ni macam faham je apa yang kita rasa
In case kalau kita tengah sedih kan, mesti dia akan duduk dan dengar je apa yang kita rasa. Even though die tak boleh nak cakap tapi cara dia mengiau, belai-belai dekat kaki kita, tengok mata dia, kucing tu macam faham apa yang kita rasa. Kadang-kadang aku selalu cakap dengan mama aku "Kan best kalau Comel boleh cakap" Okay siapa Comel nie?
My cat :) |
Comel ; she is the best cat that I've ever had. Comel ni adalah kucing yang palingggggggg lama stay dengan kitorang, almost more than 10 years kot! Kitorang amik dia dengan family kitorang yang memang sukakan kucing dan kebetulan baru lahirkan anak kucing. So one of the anak kucing tu Comel lah :)
Comel ni betina. Dia pernah lahirkan anak beberapa kali tapi lepas ti dia jadi sakit sebab dekat buntut die ada keluar benda bulat macam ping pong warna merah. Kesian sangat. Doktor haiwan cakap Comel ni kucing jenis Persion dan kucing baka ni tak boleh lahirkan anak kerap sangat.
Bila dia jadi macam nie, ayah dan mama macam risaulah sebab Comel macam tak larat dan sakit je sebab benda merah tu asyik keluar dari buntut dia. So lepas mintak pandangan dari Ustaz dan Doktor haiwan, Comel ni dimandulkan. Its for her own good, bukan saja-saja je tau
Alhamdulillah, after operation tue, Comel jadi gemuk, sihat dan lincah. Memang happy sangat-sangat masa tue. Semua anak kucing yang dilahirkan oleh Comel mostly kitorang bagi dekat orang lain. Hanya dua ekor sahaja anak Comel yang betul-betul kitorang bela which is Johny and Hitam
Johny ni kucing jantan yang warnanya putih dan oren dan mempunyai ekor kontot HAHA :D Dia ni suka sangat kejar bola golf yang kitorang baling dekat atas rumput sebab dia nampak bola golf tu warna putih. Masa tu memang best sangat-sangat dan tambahan pula Johny ni manja dengan kitorang
Lebih kurang macam ni lah si Johny tue :) |
Tapi one day, Johny jatuh sakit. Rupa-rupanya Johny termakan racun dan masa dia mati, mulut die penuh dengan buih-buih putih. Ya Allah ~ masa tu aku menangis macam hape dah. Sedih sangat tengok Johny gerak-gerak sambil tersentak-sentak dan lepas tu dia mati dengan mata terbuka. Ya Allah ~ rindu Johny :'(
Hitam pun kucing jantan kitorang yang memang manja betul dengan mama aku. Berbanding dengan Johny, Hitam ni macam kucing lasak sikit, ganas. HAHA :D Kiranya dia macam protective lah dalam family kitorang. Comel pun macam tu jugak. Pantang ada kucing lain yang masuk dalam perkarangan rumah, haaaa diorang mulalah berderam lepas tu gaduh sampai kucing lain pun terberak-berak HAHA :D
Lebih kurang macam ni lah Hitam tue :) |
Tapiiii masa kitorang kena pindah ke Besut from Port Dickson, kitorang just bawak Comel je sebab masa tu keadaan tak mengizinkan kitorang bawak Hitam dan Comel sekaligus. So masa berpisah dengan Hitam tue, mama aku lah yang paling sedih sekali. Cium Hitam puas-puas dan tinggalkan Hitam dengan jiran kitorang dekat PD. Menangis-nangis lah masa tue. Hitam pun macam tahu tahu je kitorang nak tinggalkan dia
But after a few years lates, jiran kitorang cakap Hitam mati sebab kena langgar dengan kereta. Huuu ~ sumpah sedih. Masa mula-mula kitorang tinggalkan Hitam, Hitam memang macam monyok je lah sebab dia tahu dia dah kena tinggal. Memang sedih masa tue :/
Dan lepas tu Comel. Comel memang setia dengan kitorang. Kalau dia kena marah, terus merajuk dan duduk sambil tunduk je. Bagi makan pun tak nak makan tau? Kalau kita panggil dia, terus buat derkk je. Konon merajuk lah tue? Paling lama dia tak makan, dua hari lah kot. Lepas tu barulah nak makan. HAHA :D
Tapi hmm ~ tahun lepas, Comel mati dan tinggalkan kitorang. Haih tak nak tulis apa-apa sebab kang aku pulak yang sebak. HAHA :D Cukuplah korang baca link yang aku dah linkkan tu dekat tulisan-tulisan nie :)
Aku sayang kucing. Sebab tu aku paling pantang kalau ada orang cederakan haiwan esp kucing. Kalau kucing tu ada dekat aku, aku akan cuba untuk belai dia dan kongsi makanan aku sikit dengan dia, kalau ada makanan lah masa tue.
Bagi aku kucing ni unik. Dia tak mintak pun seekor ayam gorang KFC, seekor ikan goreng yang panas-panas. Cuma apa yang dia nak, sisa makanan kita je. Tu pun susah ke kita nak bagi? Apa salahnya kita berkongsi rezeki kita dengan makhluk kesayangan Rasulullah saw ni kan? Tak rugi :)
Aku teringat Zack Zukhairi pernah cakap, nanti dia nak kasi kucing sebagai salah satu hantaran dia masa dia kahwin nanti. Ambuiii sweet tau tak? HAHA :D Untunglah siapa bakal isteri dia nanti HAHA :D Eh aku pun nak jugaklah yang macam nie HAHA :D
p/s : Aku baru baca satu info menarik tadi. Patutlah kucing ni macam ada chemistry dengan manusia sebab otak kucing dari segi biologi lebih mirip kepada otak manusia! :O Malahan, ada satu kawasan yang sama dalam otak manusia yang bertanggungjawab untuk emosi! Oooo patutlah kucing ni cepat memahami manusiaaa, hehe :)
0 comments