Aku Memang Suka Berkawan Tapi..

by - Tuesday, February 26, 2013


Assalamualaikum


Aku memang suka berkawan dan mudah dan cepat mesra dengan orang. Sangat-sangat. Kalau aku dibawa ke rumah kawan-kawan aku, aku akan cuba untuk mesra dengan mak kawan aku tue. Sebab aku nak mak kawan aku tu percaya aku adalah kawan yang baik untuk anak mereka :)


Dan kalau diperhatikan, ada mak kawan-kawan aku, yang aku add mereka di FB hehe :p Yelah~ dah buat baik-baik, takkan nak senyap macam tu kan? Mestilah try nak connect dengan mereka balik, dengan anak-anak mereka which are my friends :)


I dont know. Bagi aku, adalah sangat-sangat tidak rugi untuk kita berkawan dengan semua orang :) Tak kisah, lelaki atau perempuan. In fact, semua benda dalam kelas, dalam bilik atau apa sahaja yang berlaku dekat aku dan kawan-kawan aku, aku akan ceritakan dengan mak aku.


Coplah aku ni anak mak ke, anak ayah ke apa ke, aku tak kisah. Sebab aku nak mak ayah aku kenal dengan siapa aku berkawan. Tak jumpa atau mereka tak ingat mana satu kawan aku tak pe, tapi atleast biarlah mereka tahu apa yang berlaku antara aku dan kawan-kawan aku


Tapi tu lah ~ bila kita dah rapat dan mesra dengan kawan-kawan, ada sahaja yang tak puas hati dan tak senang dengan cara aku nie :( Sedih jugak tapi dah nak buat macam mana? Takkan aku nak jadi sombong dan tak kenal dengan semua orang semata-mata nak puaskan hati mereka yang minoriti tak senang dengan aku nie? So not ~


Kalau aku dengan kawan-kawan perempuan aku, aku memang akan pusa hati bergelak ketawa dengan mereka. Tak kisah lah pasal apa, nak cerita itu ini, sessi luahan hati dan perasaan, menangis ke apa ker. Aku tak kisah. Dengan kawan-kawan perempuan aku, memang all out :)



Kalau dengan kawan-kawan lelaki aku, kadang-kadang borak pasal politik ke, blog, isu-isu semasa, debat pasal something ke, buku, bola ke HAHA :D Yup ~ pasal bola pun aku borak jugak dengan kawan-kawan lelaki aku tapi tak adalah mendalam sangat sebab aku ni pun macam masih banyak lagi tak tahu pasal bola nie :) Tapi senang cakap, mostly cakap pasal benda yang ada manfaat lah :) Kalau dengan kawan-kawan yang dah memang rapat, kamceng, kadang-kadang ada jugak luahan hati dan perasaan, pasal masalah ke apa ker dan aku sebagai kawan mereka akan cuba untuk positifkan fikiran mereka, tenangkan mereka


Cuma sometimes, aku terfikir. Aku ni macam banyak sangat kawan-kawan lelaki. Bukan tak ada kawan perempuan cuma maybe sebab aku dah biasa kot? Sebab adik aku lelaki, cousins aku pulak mostly lelaki yang selalu lepak dengan aku. So maybe sebab tu aku lebih senang dengan lelaki kot?


Aku kadang-kadang lah terfikir, ada ke lelaki yang sanggup tahan dengan perangai aku nie? Macam ni, once kalau aku dah ada someone nanti, dia boleh ke terima dengan keadaan aku yang memang suka kawan dengan semua orang (baca - LELAKI) Boleh ke kalau dia terima aku layan kawan lelaki aku yang ada masalah dan aku sebagai kawannya, cuba untuk tenangkan kawan-kawan aku tue?


Its not that aku memang suka-suka kawan dan menggedik ke apa. Cuma aku fikir, aku ni kawan mereka dan sebagai kawan, aku perlu ada untuk kawan-kawan aku kalau diorang ada masalah. Salah ke kalau aku layan dan teman kawan lelaki aku yang ada masalah sedangkan aku dah ada yang punya?


Mostly mesti cakap salah dan ya, aku pun rasa salah tapi he's my friend. Kawan ada untuk kawan-kawan dia. Kawan takkan tinggalkan kawan-kawan dia kalau kawan dia ada masalah. Tapi dalam masa yang sama, macam mana dengan buah hati kita kalau dia tahu kita lebih banyak layan kawan lelaki kita instead of him? Yang dah berjaya takluki hati kita? Ecehhhh ~ ayat nak gempak :p


Aku ni kalau dah kawan, memang kawan betul-betul dan kalau aku dah sayang, memang aku sayang. Jangan suruh aku pilih mana satu yang lebih penting sebab bagi aku, dua-dua sangat penting after my family of course :) Aku sayang orang yang berjaya takluki hati aku dan aku sayang kawan-kawan aku



Actually, sebenarnya macam susah jugak aku nak tulis ni sebab aku tak ada ayat yang betul nak kasi korang faham. Senang cerita macam nie lah, just korang ingat ; walaupun aku ada ramai kawan lelaki yang aku layan, chat dan lepak tapi kalau aku dah sayang dengan dia, memang dia sahaja yang ada dalam hati aku. Ececeh :p


Tapi tu lah ~ aku terfikir jugak, siapalah yang nak dekat aku, seorang perempuan yang suka dan lepak dengan kawan-kawan lelakinya kan? Cuba fikir, siapa yang nak kan? Huhu


Kalau mereka yang dah memang kenal dengan aku, dah berkawan dengan aku di luar sana, memang tahulah aku ni macam mana :) Hanya mereka yang tak kenal aku je akan cakap "Eh eh ~ dia ni kan memang suka layan semua lelaki" Okay yang ni memang mengundang kedatangan aku ke rumah korang dan bestfriend dengan mak mereka hehe :p


Eh eh ~ dont worry! Jangan salah anggap! Even though aku suka berkawan dengan kawan-kawan lelaki aku, aku masih jaga adab dan jaga batas-batas pergaulan kami :) Alhamdulillah, kawan-kawan aku pun faham dan mereka pun masing-masing jaga diri masing-masing :) Kalau aku salah, mereka tegur. Kalau mereka salah, aku tegur. Saling ingat meningati :)


Guys, any advice for me? I do appreciate it every words that you gave to me :) 


 

You May Also Like

4 comments