Day 4 - Lok Kawi Wildfare Park & Double Six

by - Sunday, February 10, 2013


Assalamualaikum


Okay mari sambung ke Babak Ketiga di hari yang keempat di Kota Kinabalu Sabah! :D


Babak Pertama SINI
Babak Kedua SINI


Hari keempat kitorang decide nak pergi ke Lok Kawi Wildfare Park! :D Dekat sini lebih kurang macam zoo lah ~ tempat dia sumpah besar. Ni second time aku pergi sebab masa first time adalah ketikaaaa hmm ~ 4 tahun yang lepas. Fuyooo ~

Dalam van, menuju ke destinasi

Lok Kawi Wildfare Park :)
Lintas langsung dari Lok Kawi HAHA :D
Oppss ~ lupa, before that awal pagi tue, mak-mak dan ayah-ayah kitorang je yang keluar sebab nak pergi beli seafood. Okay seafood dekat sini besar-besar dan segar-segar. Dan semunya boleh di packing dan dibawa balik ke Semenanjung Malaysia. Packing dia memang kemas lah ~ Lepas tu bila nak bukak balik, stress sorang-sorang dekat dapur sebab susah sangat nak bukak packing tue HAHA :D

Survey-survey seafood :)
Kiorang ni datang dekat Lok Kawi tu just in time sebab masa tu dalam pukul 10 pagi tu adalah masa untuk makanan diberikan kepada haiwan. Yang paling best, pekerja-pekerja dekat situ akan bagi makanan haiwan tu dekat kita, pengunjung untuk kita sendiri yang berikan dekat haiwan-haiwan tue


As untuk pada hari tue, kitorang semua diberikan peluang untuk bagi makanan kepada gajah-gajah. Hooo ~ best woo! Kitorang just baling carrot je dekat dia dan pandai-pandai dialah nak cari mana-mana carrot HAHA :D Memang best. Aku rasa setengah kotak carrot tu boleh aku sorang je yang bagi HAHA :D

Hello ladies :) kihkihkih ~

Feeding the elephant :)
The elephantsssssssss :)
Lepas tu jalan-jalan kejapp then kitorang bernasib baik jugak sebab dalam pukul 11 pagi tue, akan ada pertunjukkan haiwan! Hoyeah! Alahai yang pekerja zoo tu main-main dengan haiwan dan buat persembahan lepas tu kita, penonton akan bersorak sesuka hati haha :D


Okay masa ni kan, family aku yang first masuk dalam dewan persembahan tue. Punyalah semangat nokk!  Sebab nak cari port yang paling sesuai masa nak tengok persembahan tue. Kitorang duduk atas sekali dan bahagian tengah-tengah HAHA :D Tapi nak menunggunya pintu dewan tu bukak, bapak lama sebab kitorang datang pukul 10.30 HAHA :D So masa yang ada, kita pergi buat amal kebajikan kejap Hehe

Kitorang kasi dia makan pulakk! hehe
Amik gambar dulu sebelum masuk dewan :)
Port kitorang hehe :)
Okay then persembahan pun dimulakan. Mula-mula tunjuk burung-burung enggang yang berterbangan. Okay sumpah besar. Nexttttttttt ~ persembahan yang aku tunggu-tunggu! ULAR! HOHO


Bagi aku, pekerja tue, nama Kev ke Kevin ; aku dah tak ingat dah. Dia pandai okay nak berlakon. Mula-mula dia buat keluarkan ular-ular kecik dari kotak-kotak kecik. Then dia keluarkan kotak besar dan cakap "The bigger box means the bigger..." "SNAKE!!" - jawab kami penonton yang penuh dengan nafsu ingin tahu nie haha :D


Sekali tengok-tengok kotak tu kosong. Lepas tu masing-masing macam menggelabah ayam duk cari ular kot-kot ada dekat belakang tempat duduk kita kannnnn ~ Manalah tahu, Lepas tu cari-cari punn masih tak jumpa.

Detik cemas ular dah hilang!
Rupanya ada dekat dalam kotak yang satu lagi. Okay hampehh ~ Tapi memang besar okay? Beratnya more than 30kg++ Aku nak mintak dukung letak dekat belakang badan aku pun pekerja tu tak bagi sebab dia cakap risau nanti ada kecederaan. Okay masa ni dah nak dekat habis show. Tercerita awal pulak Hehe


Lepas tu dia mintak volunteer dari penonton yang nak pegang ular tue. Aku okay je. Aku nak sambil aku angkat-angkat tangan dan melompat-lompat lagi sambil aku menjerit "I wanttttttt!" Sekali ada makcik ni datang dan pintas peluang keemasan aku. Alahai makcikkkkkkkk!


Lepas tu Kevin tu cakap "You lady, I will save you for something special" Sumpah aku frust babeng masa tu sebab tak dapat nak keluar dan pegang ular. Lepas tu dia panggil sorang budak lelaki ni pergi depan dan pegang ular. Okay lelaki ni penakut dengan ular rupanya. Kesian diaaaaaaa kena usik dengan pekerja zoo tue.

Tu dia ular 30kg tu dan the boy who scare with the snake! :O
Kevin tu memang sakat betul dengan budak lelaki tu. Sakat punya sakat sekali budak lelaki terjatuh ke belakang dan masuk dalam kolam. Amik kauu ~ terkedu satu dewan tu sebab terkejut punya pasal. Aku yang mula-mula tadi volunteer, terus jadi kecut perut HAHA :D


Rupa-rupanyaaaaaaaaaaaaaaa, budak lelaki tu punn staff dekat zoo tu jugak! WT?! Sumpah masing-masing tertipu! HAHA :D Lepas tu baru masing-masing macam okay dan yeah ~ move on to the next show! :D


Okay masa ni Kevin panggil aku untuk volunteer untuk next show. Okay sumpah aku rasa macam ketaqqq giler lutut aku tapi wat lekk wat cool ~ HAHA :D Sejuk giler tangan aku masa tue tapi sabar kan je lah ~ Hehe :p

Semasa aku di panggil oleh Kevin :)
Rupanya nak suruh aku macam sorokkan bola dalam mangkuk dan kucar bulanakan mangkuk-mangkuk tu dan burung kakak tua pun akan cari mana bola tu terletak. Okay sumpah bijak giler burung tu sebab aku sendiri tak tahu mana bola tu dekat dalam mangkuk yang mana satu tapi die dengan bijaknya dapat cam! WAH :O

Bergambar dengan ular before balik :) Err act aku tak geli dengan ular hehe
Lepas dah kepenatan, kitorang semua balik apartmen kitorang dan rehat-rehat jap. Lepa Asar, kitorang keluar lagi, berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Ingat nak pergi 1Borneo! :O Tapi traffic jam hoiiii! Sapa yang suka duduk dalam kereta tak gerak-gerak? Bikin panassss je HAHA :D


Kebetulan masa kitorang jalan-jalan tue, KK memang hujan agak lebat jugaklah. So just tengok suasana melalui dalam kereta je. Cuma bila sampai dekat tempat bawah nie je aku redah je lah amik gambar dalam berhujan HAHA :D Nasib tak demam youu ~

Masa ni hujan lah Y__Y
Malam tu pulak, jeng jeng jeng ~ Che Na nak jumpa kawan dia. Junior dia masa dia sekolah dulu. So kitorang ; aku, Nazeem dengan Ain follow lah sekali! HAHA :D Kitorang pergi dekat Center Point and had our dinner at Secret Recipe. 


Tapi kalau dah Che Na berborak dengan kawan zaman sekolah dulu, takkan aku, Nazeem dan Ain nak menyampuk kan? So lepas order makanan, kitorang pun zass zasss pergi keluar dan shopping! HAHA :D Masa ni memang nafsu shopping membuak-buak sungguh dalam badan aku HAHA :D Nazeem pulak beribu kali cakap "Menyesal lah tak datang CP awal-awal!" sebab CP dengan apartmen kitorang dekat giler, jalan kaki pun boleh HAHA :D

Tu diaaa ~ sorang-sorang pegang beg plastik HAHA :D
Che Na and her friend :)
Double Six :)
Then before kitorang balik, kawan Che Na bawak kitorang pergi ke Double Six. Dulu masa aku duduk dekat KK dulu, aku selalu lepak datang sini dengan mak ayah aku sebab tempat lepak dia jenis open air dan rileks sangat-sangat. Memang best lepak dekat sini tapi makanan tu macam kurang sikit lah Y__Y


Haaaaaaaaaa ~ dekat sini sebenarnya adalah Tugu Peringatan Double Six. Nak tahu kenapa? Sebab masa tu, pada 6 Jun tahun 1976, hampir semua pemimpin tertinggi Sabah telah maut akibat nahas kapal terbang. Bagi memperingati peristiwa ini, maka diwujudkan Double Six :) Nak tahu lagi, pergi Google okay? :)


So after that, kitorang balik dan berkemas sebab esoknya kitorang nak bailk ke Semenanjung pulak :) Will update later about the final episode! :D


p/s : Cerita tahun lepas punya, baru tahun ni nak siapkan -__-

 

You May Also Like

3 comments