Tips-Tips Untuk Berjaya Dalam Diploma Pentadbiran Awam

by - Tuesday, February 05, 2013


Assalamualaikum


Lately ni kan, aku selalu terima tweet, DM dari junior-junior aku esp yang dari Diploma Pentadbiran Awam, tak kisahlah dari kampus UiTM Dungun atau dari mana-mana. Mostly mereka akan tanya aku soalan "How do you survive in DPA?" "Macam mana akak study?" dan pelbagai soalan yang mempunyai maksud yang sama iaitu


"Tips-tips untuk berjaya dalam Diploma Pentadbiran Awam"



Oh well ~ Adik-adik DPA ni comel lah ~ Bagus sangat sebab korang ada effort untuk perbaiki diri sendiri, nak dapatkan pointer tinggi. Bagus adik-adik semua :) Sebab kita kena sedar masa depan kita bergantung kepada apa yang kita buat pada hari nie :)




Okay ~ dah terpanjang pulak dah pendahuluan nie. Sebelum aku bercakap dengan lebih lanjut, sebenarnyakan, aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk menjawab soalan tu dan memberi tips sebab aku punya pointer pun bukanlah 4 flat. Tak pernah 4 flat pun. Just hampir sahaja. Tu pun beza dalam 0.15 dengan 4 flat. So nampak tak betapa bezanya jurang di situ?


Plus, ada orang yang jauh lagi hebat dari aku. Yang setiap sem dekan. Yang dapat ANC untuk Majlis Konvokesten Mei 2013 nanti. Aku tak pun. Aku bukannya dekan every sem. Pointer aku pernah jatuh, aku pernah kecewa dan down. Aku punya pointer tak pernah lepasi 3.90


Tapi memandangkan aku rasa aku perlu untuk tolong adik-adik DPA nie, nak kasi korang pun happy dengan pointer dekan korang, so marilah kita lintas langsung ke blog Mysara Newrie! Actually, ni based pada apa yang pernah aku buat since the last three semester sebab aku rasa masa Part 3 aku baru dapat momentum untuk study dengan cara yang betul dan kena dgn cara aku :) Alhamdulillah ~


Fokus dalam kelas
Okay yang ni memang WAJIB untuk buat. Kena dengar apa yang lecturer cakap, kena catat dan catit apa-apa yang lecturer cakap. Kalau nak berjaya, kena buat benda nie. Sebab ada benda yang lecturer cakap tue tak ada dalam buku. Ada benda yang kau takkan faham dengan hanya membaca. So jalan penyelesaiannya ; pasang telinga, pasang tangan dan tutup mulut HAHA :D

Dalam salah satu kelas semasa aku di Dungun :)

Okay yang tutup mulut tu aku tipulah sebab ada jugak aku terbabas dan bercakap dengan kawan-kawan aku, hilang fokus dalam kelas tapi cepat-cepat tarik balik fokus. Macam mana nak fokus? Pandang muka lecturer. Kalau dia berjalan ke belakang kelas, sila pusingkan kepala anda jugak ye? Jangan mengada-ngada tak nak pandang. Bila pandang muka lecturer, automatik kau akan dengar apa yang dia cakap dan zasssssss terus fokus dalam kelas! HAHA :D


Dan dalam masa yang sama, tu tangan tue. Tolong rajinkan tangan dengan menulis dan catat apa yang penting okay? Jangan menggatal nak berfacebook, bertweet bagai dalam kelas. Ingat aku tak tahu ker? Aku pun pernah lalui lah semua nie haha :D


Tak faham? Sila cepat-cepat tanya!
Tolong jadikan habit yang "aku tak faham, so aku kena fahamkan jugak!" sebab bila dah terbiasa dengan ini, kau akan sentiasa tanya dalam kelas. Bila tak faham, angkat tangan dan tanya dan make sure kau faham bila lecturer kasi penerangan. Kalau rasa masih tak faham lagi, buat date dengan lecturer dan tanyalah sepuas hati kau nak tanya sampaiiiiiiiiii kau faham


Takut kena boo? Malu? Well ~ cuba kau fikir. Mana satu kau nak? Takut kena boo dalam kelas atau takut tak dapat pointer tinggi dan tak dapat kemana-mana? Haaa fikir cepat ~ Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah kena boo dalam kelas, tak ada orang rasa menyampah dengan sifat aku nie. Sangat-sangat tipu kalau aku cakap tak ada


Sebab aku pernah kena semua tue. Tapi persetankan semua tue! Anggap je diorang semua tu jeles sebenarnya sebab kau tanya banyak! HAHA :D Kau tanya jeeeeeeeee. Lantaklah diorang nak boo dengan kau sebab yang penting "Aku faham!"


Sebab hidup ni bukan untuk orang lain. Hidup ni adalah untuk kita, diri kita. Memanglah kau ada kawan, bestfriend forever sampai mati tapi once kau dah gagal, ada ke orang yang nak sama-sama gagal dengan kita? Kalau kau merempat tepi jalan, ada ke orang yang nak sama-sama join kau? NONE!


So please bear in your mind, sometimes kita kena selfish sikit dan sometimes kita kena bertolak ansur dengan orang di sekeliling kita. Terpulang kepada diri kita sendiri nak menilai mana satu yang baik dan tidak. Its all in your mind :) Think it wisely my adikss :)


Datang awal ke kelas please?
Untuk menunjukkan kau ni betul-betul bersedia, tolonglah datang awal ke kelas okay? Sebab bila datang awal, kau akan bersifat positif. Lecturer pun automatik akan tahu yang kau ni seorang yang sudah bersedia. Bila datang awal ke kelas, boleh cop duduk depannnnnnnnnnnn sekali! Okay yang ni sangat-sangat penting okay?

Datang awal supaya ada masa untuk amik gambar dalam kelas HAHA :D

Bila kau duduk depan, kau akan fokus dengan lecturer dan apa yang dibincangkan dalam kelas. Macam mana nak duduk depan? Datang awal ke kelas! Tu je. Dah datang awal tue, sementara tunggu lecturer, belek-belek lah buku walaupun sebenarnya kau tak prepare apa-apa pun. Macam aku, datang awal ke kelas tapi bukan bukak buku. Aku duk main-main dulu dengan kawan-kawan aku, duk main microphone, duk main whiteboard. Ahh rindu zaman Diploma :')


Mengikut kajian aku lah, bila duduk dekat belakang, aku terus tak fokus. Sebab kawan-kawan kau pastii akan cuba sabotaj kau. Lepas tu, kau maybe tak kan dapat dengar dan tengok muka lecturer dengan kelas. End up, kau akan hilang fokus dan tak tau apa yang berlaku dalam kelas. Rugi tau tak?


One thing, bila datang ke kelas, please prepare semua buku-buku dan pen yang kau nak guna. Janganlah bila lecturer dah start, baru kau terhegeh-hegeh nak cari buku lah, nak cari pen lah ~ PLEASE! jangan buat macam ni sebab nampak sangat macam kau tak prepare dari awal. Nampak sangattt ~


Atleast, tak baca buku sebelum ke kelas pun takpe asalkan kau dah tunjuk dekat lecturer yang kau dah berminat dan bersedia untuk belajar dalam kelas dia okay? Ingat nie.

Tolong prepare kertas, buku dan pen-pen yang nak digunakan
sebelum lecturer start mengajar :)

Oh lupa nak selitkan, bayangkan kalau kau masuk ke kelas lewat dan lecturer dah start mengajar? Kau rasa selesa tak nak masuk kelas? Kau tak rasa bersalah ke kacau kawan-kawan kau yang lain yang nak belajar? Tak rasa malu ke lecturer tunggu kau? Tak rasa segan ke muka kena cop datang lewat kelas sokmo? Haa ~ kan dah tertubik slang Ganung aku HAHA :D


Buat nota ringkas, padat dan faham
Jujur aku cakap, minggu depan nak final exam, hari ni aku baru buat nota. Betul tak tipuuu! Kang aku dah cakap, aku bukannya jenis yang study 24 hours, weekend duduk menghadap buku je. Bukan bukan ~ Itu bukan aku


Sebab tu aku buat nota last minute. Even though nota last minute, make sure yg kau faham nota yang buat tue. Tak guna sangat-sangat weyh kalau buat nota tapi satu patah haram pun kau tak faham apa yang kau tulis. No no ~ please jangan buat macam nie okay?


Macam aku, aku baca dulu, kasi faham betul-betul. Tak faham, tanya orang sampai kau faham. Lepas dah faham, tulis balik atas kertas A4 yang dilipat dua tue dan simpan elok elok. Lepas tu dah siap nota, boleh lah start hafal-hafal. Yelah ~ sebab kos kita ni banyak menghafal kan? So tips untuk kasi hafal dengan cepat adalah faham. Bila kau dah FAHAM, kau akan mudah INGAT :)

Salah satu nota yang aku buat mengikut chapters :)

"Apa yang aku belajar dalam kelas tadi?"
Soalan ni memang wajib aku tanya kepada diri aku sendiri setiap kali after habis kelas esp kalau aku tahu kelas tu aku main-main HAHA :D Kadang-kadang aku ni ada gak time-time yang macam malas, tak fokus, main-main dengan kawan-kawan. Macam aku cakap sebelum ni, aku bukan pelajar yang study 24 hours


So bila dah jadi macam ni, aku akan tanya dengan diri aku balik "Apa yang aku belajar dalam kelas tadi?" dan serta merta otak aku akan revise balik amenda yang aku buat dalam kelas. Bila aku tahu aku main-main dalam kelas, aku rasa bersalah giler dan for the next class, aku dah tak main-main dah. This is one of the way on how you discipline yourself :)


Tapi bila aku dapat tahu dalam kelas sebelum ni aku study dan faham apa yang aku belajar, aku jadi macam lega dan aku akan rewardkan diri aku dengan have fun dengan kawan-kawan. Come on ~ study study jugak, social life kau jangan lupa. Pergaulan tu penting tapi ada batasannya :)

Habis final exam, makan dengan kawan-kawan :)

Make sure lecturer ingat muka, nama dan segala-galanya tentang kau
HAHA :D Over sangat kan? Okaylah ~ semua ni bermula dari zaman sekolah aku dulu sebab ada seorang cikgu ni cakap "Seorang cikgu akan ingat dengan dua orang jenis pelajar dia iaitu pelajar yang nakal dan pelajar yang rajin dalam kelas dia" Okay ~ since that, aku praktikkan benda nie iaitu aku menjadi pelajar yang rajin dalam kelas dia. Wah ~ hebat tau Mak Jemm ~ HAHA :D


Macam mana nak kasi lecturer ingat kita? Senang je. Angkat tangan dalam kelas dia dan tanyalah segala macam soalan yang berkaitan dengan study yang kau tak faham. Tak faham, tanya. Tak faham, tanyalah. Aku tak reti betul dengan orang yang tak faham tapi senyap je. Rugi tau tak? Kadang-kadang aku boleh marahkan dekat member aku kalau dorang tak faham tapi tak nak tanya HAHA :D Geram betul aku ~

Bukan dengan lecturer sahaja, kalau penceramah datang bagi talk,
sila tanya dan gunakan peluang dgn sebaik-baiknya :)
In this picture : Angkasawan Negara and me HAHA :D

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sangat happy bila lecturer ingat nama aku, sebut nama aku. Aku tak tahu kenapa. Its just feel like yang kau dah berjaya tawan hati dia. HAHA :D Ayat nak over betul aku nie! Tapi betul lah ~ aku cakap serius nie, tak main-main ni weyh ~


Oh ya - hubungan dengan lecturer pun tolong jaga dengan baik-baik yer? Hormat dia sepertimana kita hormat mak ayah kita. Apa yang dia suruh buat, kita turutkan selagi kita rasa benda tu tak salah dan betul. Aku yakin - apa yang semua lecturer kita suruh buat, ada hikmahnya dan nak membantu kita pada masa depan. Percayalah cakap aku. Lecturer/Cikgu mana yang nak tengok anak didik dia gagal? Come and tell me.


Aktif dalam kelas, jangan jadi patung
Dalam kelas, memang kadang-kadang bosan jugak sebab kena belajar, esp kalau kelas petang sebab mengantuk dan kelas pagi sebab mengantuk. Dah tu, bila masa heyy nak ada kelasnya kalau semua waktu dah mengantuk? HAHA :D


Nak aktif dalam kelas bukan dengan buat bising tau? Aktif dalam kelas dengan tanya soalan, respon bila lecturer tanya dengan kita. Its a two way communication. Baru lah kau rasa seronok belajar. Cuba bayangkan, kalau kau cakap tapi tak ada orang respon. Rasa berasap tak?


So atleast cuba bagi respon, bagi idea dan pendapat. Dont worry ~ lecturer lagi suka kalau students dia seorang yang respon, tanya soalan banyak-banyak dengan dia. Dont worry. Jangan malu kalau kena boo. Sebab ini adalah belajar okay? Tak ada orang bodoh dalam dunia melainkan yang ada hanya adalah orang yang faham dan tidak faham sahaja, Get it?


Kejar carrymarks
Ada certain students yang macam anggap test dan quiz macam benda kecik je. Tapi tidak bagi aku. Aku memang study pulun-pulun lah kalau ada test dan quiz sebab aku nak kumpul caryy marks. Sebab apa? So atleast masa final exam nanti, aku tak ada lah macam risau sangat pasal carry marks sebab aku tahu, aku dah perform well the whole semester, Insyallah jika diizinkan Allah swt :)


Ada pernah kawan aku tegur yang aku study for test dan quiz macam aku study final exam, penuh fokus. HAHA :D Sebab aku tahu, bila aku faham apa yang aku belajar dari awal, so masa nak study final nanti, tak ada lah beban sangat sebab aku just macam buat revision je. Ingat-ingat balik benda apa yang aku nak kena study balik. Bukan macam kau nak kena start semuanya balik dari awal. Bukan macam tue okay adik-adik? :)


So bila dah study dari awal, kau dapat jimat masa untuk final exam nanti. Atleast masa ni kau dapat buat past year ke kan? Dah start hafal-hafal ke kan? So better study dari awal dengan fokus pada test dan quiz :) Oh ya, masa final exam, aku tak study dengan past year question. Aku just study dengan nota-nota aku je. Past year question aku gunakan untuk tengok format dia sahaja so masa final exam nanti, tak adalah aku terkejut beruk sangat. Just macam teropss opsss je HAHA :D


Oh ya ~ FYI, aku tak pernah tengok carry marks aku. Di saat kawan-kawan aku tengah sibuk nak tengok carry marks, aku tak kan join diorang pergi tengok dan aku tak kan tengok. Aku cuma just usha-usha dari kawan-kawan aku je, kot kot diorang tahu carry marks aku. Kalau diorang tahu, aku tahulah. Kalau diorang tak tahu, aku tak tahu. Simple macam tue


Sebab apa aku tak nak tengok carry marks? Sebab bagi aku, carry marks adalah benda yang lepas. Benda yang lepas jangan dikenang! HAHA :D Kalau carry marks tinggi, mesti kau nak study final exam nanti kau macam main-main sebab kau rasa "Takpe, carry marks aku dah tinggi. Dah boleh dah nie" Oh no, tak baik buat macam ni okay?


Dan vice versa. Kalau kita cek carry marks kita dan dapat tahu carry marks kita rendah, kita akan jadi down dan jadi risau giler dan lepas tu masa nak jawab final, terus blank. Ya Allah ~ bahaya sungguh yang ini! So jalan terbaik - TAK PAYAH TENGOK CARRY MARKS! HAHA :D tapi dengan syarat yang kau kena score dan dalam full marks lah untuk semua test dan quiz kau, baru rasa macam tak payah tengok carry marks hehe :p


Plus, kau ingat carry marks yang kawan-kawan kau bagitau tu, betul ke? Aku pernah dalam satu situasi. Kawan A cakap aku dapat sekian sekian. Kawan B cakap sekian sekian. Last-last aku iye kan je lah ~ HAHA :D Banyak kali dah aku kena macam ni so better macam ni dari kau tahu exact carry marks kau :)




Okay aku rasa ini je kot yang mampu aku share dengan korang. FYI, semua benda yang aku tulis dekat atas adalah apa yang aku betul-betul buat masa aku study DPA dulu dekat UiTM Dungun. Terpulang kepada korang nak follow ke tak sebab lain orang lain caranya kan? Janganlah korang anggap "Eh Kak Mai buat macam nie, aku pun nak buat macam nie jugaklah!" tapi last-last korang rasa tak boleh nak follow dengan cara aku


So better you go find your technique on how you study sebab aku dengan kau lain. Mungkin aku suka membaca dan mampu nak menghadap kertas berjam-jam lamanya, tapi korang tak. So terpulang kepada diri korang okay? Aku just bagi beberapa tips je sebab macam ramaiiiiiiiiii sangat orang tanya aku pasal macam mana aku survive dalam DPA nie


Ya - aku tahu DPA ni susah tapi kalau kita ada willingness nak study, nak faham, niat kita betul, tak pernah berputus asa, cari jalan nak faham - Insyallah ~ Allah akan permudahkan jalan kita ke arah yang betul. Allah swt akan tolong hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha dan tak putus-putus berdoa kepadanya :) So jangan mudah putus asa ye korang! :D


Aku tak tahu nak tulis apa lagi sebab ini sahaja yang aku mampu buat. Selebihnya, bergantung kepada diri korang masing-masing untuk perbaiki diri korang. Tak ada gunanya, kalau korang dilengkapkan dengan buku rujukan yang mahal, berada di universiti yang terbaik, kelas yang paling selesa dan best kalau diri kau tak nak berjaya dan tak buat pape untuk majukan diri. Useless je


Actually, semua yang aku praktikkan ni pun sebenarnya boleh je dipraktikkan oleh budak kos lain cuma perlu ada penyesuaian lah kot dari situ sana sini. Macam kos aku - kena banyak membaca. Maybe untuk budak akaun, kenalah banyakkan buat latihan ke kan? Hehe :)


Just ingat satu je, please? Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah swt. Sebab Dialah yang menentukan kita berjaya atau tidak. Dialah yang menentukan segalanya. So rely and depends on Him. Kalau ditakdirkan kita gagal, jangan mudah putus asa okay? Just ingat yang pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ni. Ibarat macam ; lost something, gain something. Haaa gituuuu ~ HAHA :D


So adik-adik DPA ku sekalian, dah bersedia untuk dapat pointer 3.50 above?  


 

You May Also Like

9 comments