Dont Easily Judge Others, Please?

by - Monday, April 22, 2013

Assalamualaikum


Mari kita fokuskan pada apa yang aku nak usulkan disini :)


Mudahnya orang judge itu ini pada orang itu dengan hanya tahu secebis maklumat sahaja


Fuhh tajuk supe dah masuk dalam surat khabar dah -.- Tetiba terdetik nak usulkan benda ni sebab one of my friends macam tanya aku "Serious kau tak kisah aku macam nie?" Aku macam why nott?! 



Aku tahu, semua orang ada kisah silam dia sendiri, yang dia tak ingin nak share dengan orang. Dan kalau dia share dekat kita, maknanya dia percaya dekat kita. Well dalam life ni, siapa yang berani weyh nak mengaku kesalahan dia, yang dia pernah buat itu ini, yang salah, yang buat dia jadi menyesal seumur hidup?


Aku bet memang tak ramai yang boleh mengaku kesalahan dia dan boleh ceritakan kepada orang lain apa yang dia pernah buat kan?


As for me, kalau orang tu dah berani nak ceritakan dekat kita, masalah dia, share apa yang membelenggu dalam fikiran dia, bukak kisah silam dia pada kita - maknanya dia dah percaya kepada kita dan KITA ; tak kisahlah apa status kita pada masa itu adalah WAJIB untuk simpan benda tu. Sebab itu bermakna bahawa sang pencerita dah percaya kepada kita



Aku mengaku, aku banyak jugak dengar luahan hati orang di sekeliling aku tapi aku macam simpan sorang-sorang je. Sebab aib orang, kita kena jaga. Tak baik nak sebar-sebarkan. Even kalau nak tahu sangat pun, no need to ask for others pasal dia. Contoh macam "Eh betul ke dia ni tutt?" sebab once kalau kau dah buat macam nie, secara tak langsung kau akan macam terbukak cerita yang sebenar kan? Trust me


So better simpan :) 


Tapi masalahnya adalah di mana kau salah cerita dan share cerita dekat orang, di mana orang yang telah tahu cerita kau ni akan judge kau dan the worst is akan sebarkan cerita ni dan semua orang akan tahu. Well ~ benda ni sangat-sangat memalukan okay apatah lagi bila melibatkan maruah diri


Dan orang yang tahu ini akan mula judge kau bukan-bukan dan kata itu ini kepada kau. Mana nak letak muka? Nasi dah jadi bubur dah. Eh sedap gak kalau dapat makan bubur McD nie HAHA :D Okay fokus fokus -.-



Seriously, aku memang agak tak suka dengan orang yang suka judge itu ini pada orang sedangkan dia tak tahu apa-apa! Oh myyy ~ please? Nak cakap please based on facts okay? Kalau tak tahu, senyapkan diri anda. Dan kalau tahu, tolong zipkan mulut anda sebab ini adalah aib orang. Please do have some respect to others. Kalau nak sebarkan jugak, fikirkan macam mana perasaan kau kalau kau tahu rahsia kau dah tersebar dekat semua orang. Simple as that


Orang yang suka judge orang ni bagi aku adalah orang yang tak tahu berfikir. Sorry to say tapi itu pendapat aku lah. Sebab kita mana tahu, mungkin di sebalik tindakan dia yang salah tue, dia ada cerita di sebaliknya yang memaksa dia bertindak begitu. Mungkin ada masalah kewangan, tersasar atau kekurangan kasih sayang, keadaan yang memaksa dia bertindak begitu. Kita mana tahu kan? So please jangan judge orang sesuka hati


Dalam life ni, susah kalau kita hidup dengan penuh judgement orang. Kalau macam tu, sampai bila-bila kau takkan move on dari otak kau tak berkembang. Kau kena bersifat lebih terbuka sedikit dan mula berfikir jauh. Tak semua orang senasib baik dengan kita dan tak semua orang senasib buruk dengan kita okay? Bear in your mind



Kalau tanya aku, aku memang pernah kena judge teruk-teruk di mana orang yang tak pernah rapat dengan aku, even bercakap pun tak pernah okay tetiba buat cerita pasal aku dibelakang aku and I was like "Who are you to judge me?" Sebab kita semua manusia, kita semua sama sahaja di sisi Allah swt. 


Jujur dari aku - aku bukanlah seorang yang judgement orangnya, yang mana tak tahu apa-apa, baru kenal, baru tahu dah tetiba cakap itu ini dengan orang. Aku lebih suka dengan sikap kenal dulu, kenal isi dan luarnya. Aku tak suka judge orang sebab aku tahu betapa peritnya rasa bila kita tahu orang judge kita without knew anything! If I knew anything, mesti aku akan cakap "Ye ker? Alaa maybe ada sebab kot dia buat macam tue" 


So please duhai manusia sekalian? Jangan judge orang based pada cerita yang kita dengar. Kalau nak pengesahan, tolong tanya orang tu sendiri betul atau tidak dan bila dah tahu, mohon simpa ia sebagai satu rahsia sebab ia adalah aib orang. 


p/s : I hate when people judge me without knew anything but what can I do? Humans ; they talk talk and talk in the they like including ME

 

You May Also Like

6 comments