Mantera Untuk Berjaya

by - Tuesday, April 16, 2013

Assalamualaikum


Sebenarnya tengah stress jugak nie -.- Err bukan jugak dah, DAH MEMANG STRESS PUN! ARGHHH *carik carik baju*


Esok dan hari Khamis, midterm test dah start and you know what? I'm so stress sebab macam HOI ASAL MIDTERM NI MACAM DAH FINAL NIE?! :O Dulu masa Diploma dulu, esok nak test, malam tu aku boleh rileks rileks lagi, main FB, pergi keluar makan bagai, pergi bergayut dengan pakwewewew (masa ada pakwe lah, lepas single bergayut dengan katil je)


Dan kemudian, ada suara-suara sumbang mengatakan "Kau tu dah Degree! Sedar diri sikit"


*facepalm* terkedu kejap

speechless >.<

Oh yaa, aku dah Degree sekarang ni -.- Bukan Diploma lagi, zaman keindahan bermain dan bebas sebebas burung-burung di angkasa -________- Ayat aku memang macam sastera sikit nie


Tapi betul lah weyh, untuk midterm ni, aku memang haihhh, berubah teruslah. Minggu depan nak midterm, hari ni dah start tengok-tengok buku dah. Dulu Diploma dulu, esok nak test, malam ni aku boleh bergelak ketawa dengan bahagia nyaaa *berlari-lari anak sambil ketawa kegembiraan sebab dah berjaya tarik kerusi kawan dan kawan jatuh gedebuk macam nangka busuk* Eh nakalnya awak nie! :O


Okaylah, Aku rasa macam dah cukup kot nak imbau kenangan dulu. Let gone bygone. Bye bye Diploma


Oh Degree, anda begitu menyeksakan jiwa dan ragaku. Kuatkan semangatkuuuu ~ Degree, kau lah sahabat karibku, berdampinglah denganku wahai Degree dan Dekan. Berdampinglah denganku sehingga ke akhir pengajian Degree ku dan setialah bersamaku. Berdampinglah denganku ketika susah dan senang, gembira dan sedih, luka dan sembuh, sakit dan sihat, siang dan malam, kenyang dan lapar, senyum dan marah, tenang dan gelisah - pokok pangkalnya, berdampinglah dengaku wahai si Dekannnnn


Dafuq what I just typed just now?

 

You May Also Like

1 comments