Assalamualaikum
Okaylah. Sebenarnya aku nak buat satu entry je tapi macam eh eh konfem orang maki hamun nanti sebab panjang sangat kannnn? So aku pecahkan kepada dua entry - ini adalah entry road trip to Dungun for our convocation!
Kitorang - budak-budak Shah Alam pakat beli tiket bas pada hari Jumaat malam dan naik di Shah Alam. Adalah dalam 9 orang kot aku rasa? Before hari Jumaat nak kunjung tiba tue, memang banyak betul test dan eseimen kena buat so bertambah membuak lagi perasaan kitorang nak balik ke Dungun sebab rinduuuuuuuuuuuuuuuuu! Plus, kitorang jeles dengan kawan-kawan kitorang yang dah grad awal di Shah Alam HAHA :D Boleh plak kann? -.-
Hai Dungun! Here we come! |
Bas Sani yang selesaaaaaaaa :D |
So yeah ~ naik bas dan kebetulanlah pulakkkkkkkkk satu bas dengan budak-budak Sarawak! Hamik kau ~ dalam 16 seat dekat bas Sani tu, kitorang yang conquer. Mula-mula naik bas, senyap je, control je. Lepas bangun dari tidur sebab rehat dekat Chenor, hamikk ~ terus masing-masing pot pet pot pet, siap bertukar-tukar tempat lagi HAHA :D
Tak payah tunggu nak gather dekat McD Dungun sebab dekat Chenor punn kitorang dah kecoh! Jumpa hampir semua jugaklah budak-budak Dungun yang nak grad. Masa ni masing-masing lepak satu meja dan gelak macam hape.
Punyalah best sangat borak, sampaikan pak cik bas tu hon kuat giler sebab nak panggil kitorang suruh naik bas! HAHA :D Kesian pakcik tu kena tunggu kitorang. Bayangkan lah pukul 2.30 pagi tetiba kau terdengar bunyi hon bas yang kuat giler dan baru kau sedar yang sebenarnya kau dengan kawan-kawan je yang tak naik bas lagi HAHA :D Sumpah lawak!
Sampai dekat Dungun, kebetulan semua bas yang dari KL turunkan penumpang di tempat yang sama! Haaa ~ hamikkkkkkkkk ~ Semua dah peluk cium dah belaka sebab jumpa dekat tempat yang sama! Mengikut plan kitorang akan stay dekat McD sampai matahari tegak sebab nak dapatkan kunci bilik kolej :)
Pukul 5 pagi, kotlah ~ hehe |
Sememeh sungguh tudungku -.- |
Masa lepak dekat McD, memang seronoklah ~ Yelah, dah hampir setengah tahun jugak kot tak jumpa! So mahabanyak lah ceritalah yang nak diceritakan! HAHA :D Sedar tak sedar, dalam pukul 6 pagi tu, kitorang yang perempuan pergi sembahyang Subuh dulu dekat masjid sementara yang lelaki jaga barang-barang dan beg kitorang dulu :)
HAHA :D Gambar di ambik pada pukul 6 pagi :) |
After sembahyang, lepak lagi dekat McD. Masa ni memang tak reti tidur langsung -.- Dah lah masa dalam bas, aku tak boleh tidur langsung sebab entah -.- Tapi memang tak boleh tidur lah ~ Boleh tidur tapi tak lena dan hmm ~ baik tak payah tidur, layan lagu dekat mp4 je :)
Dalam pukul 7.30 pagi, kitorang call Pok Din! Oh myyyy ~ rindunya nak naik van kunyit! FYI, kami di Dungun kalau nak pergi ke mana-mana, naik van kunyit je sebab van tu warna macam kunyit HAHA :D Boleh pulak kann? So kalau dah selalu naik, pakcik van pun dah kenal muka kitorang nie :) Antara yang paling rapat dengan kitorang adalah Pok Din lah :)
As for me, Pok Din memang baik sebab aku ingat lagi, masa Part 1 aku pernah mintak tolong dia berlakon dalam video CSC aku :) Disebabkan bantuan dia, group aku dapat full mark kot ~ Nasib baik Pok Din ni nak tolong kitorang :) Masa mula-mula je tengok kitorang, Pok Din terus cakap "Fuh ~ lama tak jumpa korang!" HAHA :D
So masalahnya sekarang ini adalah di mana, macam mana nak muatkan kami, yang dalam ermm 16 orang dengan beg-beg yang besar dan mampat nie? "Takpe, boleh nie" Pok Din bersungguh-sungguh menyakinkan kitorang HAHA :D So yeahh ~ bila kami semua dimampatkan dalam satu van kunyit dengan seat depan saja penuh dengan beg-beg kami, beginilah jadinyaaaaaaaaaa
HAHA :D |
Sepatutnya ada dua orang lagi sebelah aku tapi masa ni kitorang tunggu dia beli breakfast McD HAHA :D Masa ni aku rasa paling best lah. Midin yang duduk dekat belakang sekali, cakap dengan aku - "Kitorang yang duduk belakang sekali ni, kalau bersandar sikit je, pintu belakang tu konfem terbukak" HAHA :D Aku dah bantai gelak dah masa nie. Tambah-tambah lagi, bila Midin cakap "This is real crazy, antara hidup dan mati" HAHA :D
So sampai je dekat UiTM, kami lepak jap sementara tunggu pejabat kolej di bukak dan lepas dapat kunci, masing-masing naik atas bilik dan tiduurrrrrrrrrrrrrr! Sumpah penat masa ni! Dalam tengahari tue, kitorang kena pergi ke Dewan Aspirasi sebab ada rehearsal konvo dan nak amik jubah semua :)
Okay masa ni sumpah best sebab masa ni baru lah jumpa dengan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawan-kawan! As for me, aku jumpa dengan classmates aku, dengan batchmates aku. Hohoho kecoh hoii! HAHA :D Bestnyaaa masa ni sebab dapat gather ramai-ramai :')
My classmates masa Diploma :) Saje kami duduk sekali HAHA :D |
Masa Cik Rohani kasi taklimat, kami dengar tak dengar je sebab HAHA :D well ~ yeahh ~ mesti dah boleh agak kan? Kitorang berborak bagai macam hapeeeeeeeee ~ Masa ni aku baru jumpa dengan budak laki classamates aku. HAHA :D Seronoknya! Alangkah bestnya kalau boleh diputar balik masa dan kembali semasa zaman Diploma :)
Lepas habis rehearsal, masing-masing bawak diri sebab ada kerja dan tinggallah aku sorang! Hoiii ~ tak aci lah weyh T___T Aku plan baru nak amik gambar sama-sama tapiiiiii hmm ~ so amiklah gambar sorang-sorang HAHA :D Terima kasihlah kepada kawan-kawan aku yang sanggup layan perangai aku :) Amik gambar hehe :)
My batchmates dan kitorang semua kawan! :D |
Khalis and Yie - kawan baik sekarang ni, katanyaaaaaaaaa |
So after amik gambar, diorang plan nak pergi Teluk Gadung sebab nak makan dan diorang ajak aku sekali. Hehe ~ aku ni pantang di ajak so meh lah kita ke Gadung dan makan! Dah lah perut pun agak lapar sebenarnya sebab last makan adalah semasa di McD -.-
Padan muka kau Khalis! HAHA :D Khalis, kawan satu group buat eseimen HAHA :D |
INI - contoh sahabat dunia akhirat, Midin dan Yie :) |
Makan makan dan after Maghrib malam tu, kitorang - budakbudak kelas aku semasa Diploma buat mini reunion, makan makan! HAHA :D Yang ni sumpah kalut semacam bila kereta ada 3 je tapi yang join ramai so macam tak muat kereta lah HAHA :D Tapi tak kisah sebab kalau boleh, nak semuaaaaaaaa join sekali!
So terpaksalah kami semua - satu kereta Gen 2 sampai 8 orang, satu kereta Myvi sampai 7 orang dan satu kereta Viva entah berapa orang entah tapi yang pasti memang berhimpit-himpit dan beriba-ribalah kau dalam kereta HAHA :D
My classmates. RINDU DAH NIE! |
Pening, tak tahu nak makan dekat mana HAHA :D |
Mula-mula pergi dekat satu kedai makan, sekali tutuppp ~ pergi satu kedai makan lagi, eh eh tutup jugak?! Masa ni memang bengang sebab dah lah kena berhimpit-himpit dalam kereta lepas tu semua kedai yang kitorang pergi, semua tutup! HAHA :D Last-last pergi satu kedai ni, akhirnyaaaaa nasib baik bukak! HAHA :D
Makan besarrrrrrr! :D Seronoknyaaa masa nie :') |
Gambar keluarga HAHA :D My classmates - AM110 Group B |
Kami semua order makan yang berjumlah RM 240 HAHA :D Hamikkkkkkkkkkkk ~ makan nasi putih dengan ikan siakap, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, telur dan apa entah lagi dengan dua jag besar air :) Memang seronok sebab dapat makan ramai-ramai sambil main teka-teki
Malam tu, aku paksa Fatin, Mimi dan Ina untuk tidur dengan aku dengan Hani dekat kolej! HAHA :D Yeahh ~ berjaya tapi harammmmmmmmmmm nak tidur teruskan? Yang stay up sampai pukul 4 pagi adalah aku, Fatin dengan Mimi bila kami bergelak ketawa macam hapeeeee sampaikan Hani dengan Ina yang dah tidur pun boleh berjaga sebab dengar kitorang gelak kuat sangat HAHA :D Oh bortak, i already miss you all :')
Esok paginya, hmm ~ aku, Hani dengan Fatin pergi ke bandar Dungun dan window shopping! HAHA :D Act kami ada benda yang nak dicari dan kebetulan Ina, Mimi dan Atyn ada kelas, kitorang pun beronggeng lah di bandar :) Tapi kejap je sebab Fatin kena balik Kemaman dah, dia just datang Dungun sebab nak jumpa dengan kitorang je :)
Apa yang buat aku terharu sekali kan, ada kawan-kawan kami yang tak graduate sekali dengan kitorang pada kali ini tapi sanggup turun ke Dungun semata-mata, okay aku ulang sekali lagi SEMATA-MATA nak jumpa dengan kitorang yang nak konvo nie. Datang dari Temerloh, Kemaman - drive kereta sebab nak datang Dungun, Ya Allah ~ sumpah sayang dengan kawan-kawan aku nie :')
After lunch, aku dengan Hani lepak dekat rumah sewa Atyn, Mimi dan Ina. Masa ni sumpah macam bengangggggggggggg sebab aku ingatkan akan amik gambar dengan budak kelas aku tapi harammmm tak jadi! Dah lah hujan masa tue. Masa ni memang agak emo jugak lah masing-masing dekat rumah sambil hentak-hentak meja HAHA :D Okay tipuu :p
Last-last, kami berlima je yang pergi amik gambar dekat kawasan Taman Rhu. Okay sesiapa budak Dungun memang tahu lah kawasan dekat mana sebab kawasan ni memang lawa dan cantik kalau nak amik gambar :) Kalau konvo, mesti aku tengok seniors wajib amik gambar dekat sini so termasuklah kami! :D HAHA :D
Kami kami je yang bergambar :) |
Malam tu, dalam pukul 10 malam kot, kitorang satu kelas gather sekali lagi untuk bergambar kelas HAHA :D Usaha lahhh tapi takpe, ni last dah! Lepas ni tak ada dah nak gather macam nie :') Act ada banyak lagi gambar tapi aku malas nak upload. Cukuplah banyak nie HAHA :D
Cubaan utk bergwiyomi HAHA :D |
So after amik gambar, masing-masing balik bilik dan rumah dan gedenggg terus tidur! Memang penat lah masa balik Dungun hari tu sebab tidur lambat, bangun awal! Sebab nak spend time dengan kawan-kawan. Memang berubah terus jadual tidur! Badan memang penat sangat! Suara aku pun dah jadi serak-serak dah sebab too much laugh and talk with my friends sampaikan kawan aku dekat Shah Alam tanya aku "Kau pergi konvo bersorak ke Mai?" HAHA :D
Fuhh ~ habis part road tour ke Dungun! Perghh ~ panjang jugak entry -.- Belum masuk entry pasal hari konvo, lagi banyak gambarrrrrrr! Ceritanya jadi panjang ni sebab kami bertolak ke Dungun hari Jumaat sebab Sabtu nak kena amik jubah, hari Isnin baru kami konvo. Haaa begitulah ceritanya HAHA :D