Kita Ini Ibarat Sebiji Epal :)

By Mysara Newrie - Sunday, October 28, 2012

 

 Assalamualaikum


Ingat lagi tak Sara? Masa ada al-Mathurat dekat SESTER dulu, Kak (I've forgotten her name) bercerita. Ada sebuah epal ni, selalu tengok kawan-kawan dia yang lain, kena petik oleh pejalan kaki. Dia rasa sedih sangat sebab tak ada seorang pun yang nak petik dia dan makan dia sebab dia terletak di bahagian pokok yang paling tinggi sekali. Dia selalu fikir "tak ada orang nak dekat aku ker?"


Lalu dia pun dengan sendirinya, gugurkan diri dia dan jatuh tergolek atas tanah dengan harapan akan ada pejalan kaki di situ yang akan petik dia dan makan dia sebab dia dah berada di atas tanah dah. 


Tapi malangnya, tak ada seorang pun yang nak amik dia sebab semua pejalan kaki berebut-rebut nak amik epal yang masih di tangkainya. Semua pejalan kaki jijik melihat dia yang penuh dengan pasir, debu dan kotoran. Lama kelamaan, buah epal yang merelakan jatuh tadi, akhirnya jadi busuk dan berkulat. 






"Mai why not after habis Diploma ni, kau confess dekat dia perasaan kau dekat dia? Yelah ~ lepas ni konfem korang tak kan berjumpa so macam tak adalah rasa segan sangat"



Aku hanya termenung bila dengar sahabat aku cakap macam tue



Dan sampai sekarang, saat ini ; aku tak pernah luahkan perasaan aku. Just pendam dan simpan je. Dan oh ya ~ semasa last day aku di UiTM Dungun pun, aku tak berjumpa dia jadi aku kira itu adalah tanda yang dia bukan untuk aku :)


Takpe Sara. Perjalanan hidup kau masih jauh lagi, banyak lagi kau akan berjumpa dengan orang. So jangan sedih-sedih. Teruskan berdoa, Allah swt mendengar semua doa-doa hambaNya. Jangan sedih-sedih sebab Insyallah nanti Allah swt akan kurniakan kau seorang bakal imam yang terbaik untuk diri kau Sara



Sara, jangan pernah sesekali kau murahkan diri kau. Biarlah lelaki cakap kau ni jual mahal sebab harga diri kau tinggi dan tak mudah untuk dijual beli. Jangan sesekali ada lelaki copkan kau sebagai perempuan murah, teruk implikasinya nanti 


Biarlah ~ biarkan kau sedih masa ni, jangan kau sedih di masa depan. Allah swt ada perancangan yang lebih baik, percaya pada Dia. Dia Maha Mengetahui :)


Dan sekarang bayangkan kita ini adalah sebiji epal dan masukkan diri kita dalam cerita di atas tadi :) 


 

  • Share:

You Might Also Like

8 comments