Aku Cantik. Aku Comel.

By Mysara Newrie - Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum


Lately ni, twitter memang banyak bagi kesan dekat aku. Bila aku buat hal sikit je, which aku macam mengarut dekat tweet, ada je orang nak tegur aku. Aku sangat bersyukur bila ada kawan-kawan yang selalu tegur aku bila aku buat salah, tarik aku bila aku dah jauh melayang dan mereka-mereka ini bukan terhad kepada perempuan tapi kepada lelaki jugak. Which is aku memang terharu sangat-sangat sebab atleast aku tahu aku ada kawan-kawan yang baik di sekeliling aku, Alhamdulillah :)


So ceritanya, aku ada terbaca wordpress kawan aku ni lepas Subuh tadi. Masa tengah baca tue, dia ada bercakap pasal tentang menyampahnya dia dengan orang yang selalu merendah-rendahkan diri dia yang mengatakan "Aku tak cantik. Bukan ada orang nak dekat aku pun" Sebab bagi dia, benda tu macam putus mood dia.


Kalau dia sedang memberi komen yang positif dan orang mengambil komen tu sebagai negatif, dia hanya tersenyum je sebab dah malas nak cakap apa-apa dah. So benda ni macam terkena atas hidung aku sendir. Yup ~ aku memang terkena sebab aku lah yang selalu buat macam tue walaupun aku tahu maybe dia tulis tu adalah secara general, tak ada nak tuju dekat sapa-sapa


Nak tambahkan lagi kuat pasal benda ni, kawan aku tu pulak bagi satu video dekat aku dan lepas aku tengok video tu, aku macam menangis kejap lepas habis video tue.



Dah tengok dah? Okay ini secara ringkasnya pasal video nie. Video ni pasal seorang pelukis yang melukis gambar satu kumpulan perempuan tapi dia tak tengok langsung muka perempuan tue. Pelukis tu just mintak perempuan-perempuan tersebut untuk ceritakan pasal fizikal mereka dan pelukis iu dengan imaginasi dia, melukis wajah perempuan-perempuan tersebut


Dan selepas itu, perempuan-perempuan tersebut berkenalan sesama mereka dan lepak dalam kalangan mereka. Kemudian, pelukis itu akan bertanyakan dengan perempuan yang lain tentang fizikal perempuan yang lain dan pelukis itu akan melukis sekali lagi dengan imaginasi yang diberikan oleh perempuan yang lain tersebut tanpa melihat wajah-wajah mereka


Selepas lukisan tu siap, pelukis tu berjumpa buat pertama kali dengan semua perempuan-perempuan tu dan tunjukkan dua lukisan yang berbeza untuk semua wajah perempuan-perempuan tue. Hasil dari lukisan tu lah yang buat aku menangis


Kenapa aku menangis? Sebab kita selama ni selalu rasa insecure dengan diri kita sendiri. Kita tak percaya dengan diri kita sendiri. Kita selalu rendah diri dan fikir yang kita tak cantik, tak comel dan tak yakin dengan diri kita sendiri dan selalu anggap benda yang buruk sahaja pasal diri kita. Tapi sebenarnya, benda ni sangat-sangat berbeza pada tanggapan orang. Baca : KITA = AKU


Orang sekeliling kita melihat kita sebagai satu kuasa yang positif dan mereka anggap kita ni cantik dan comel. Mereka anggap kita lebih hebat dari mereka tapi sebenarnya kita je yang selalu menidakkan apa yang orang lain cakap. Kita sebenarnya terlalu rendah diri dan rasa diri kita tak sempurna dan macam-macam lagi lah benda yang tak baik dengan diri kita sendiri


Seriously, aku tak tipu. Aku memang menangis bila tengok video tu sebab aku memang rasa diri aku tak cantik, aku rasa aku gemok haha yang ni memang betul lah, aku rasa diri aku macam tak perfect macam orang lain, aku tak ada keyakinan untuk hadapi dengan orang dan macam-macam lagilah. Tapi lepas aku tengok video tue, buat aku sedar tentang something



Dalam life kita ni, kita selalu rasa negatif dengan apa yang kita buat dan rasa. Tapi kita tak sedar yang sebenarnya kita ni adalah manusia biasa. Tak ada siapa pun yang sempurna dan kita akan pasti lakukan salah. Even kalau kita rasa dia tu hebat tapi sometimes ada detik dalam life dia, dia akan buat salah dan rasa negatif dengan diri kita sendiri.


So apa yang kita boleh buat? Just sedar yang Allah swt dah ciptakan kita dengan sebaik-baiknya. Mungkin kita rasa insecure dan rasa tak cantik tapi orang lain pandang kita dengan sebaliknya. Aku percaya setiap dari kita ; aku kau dan dia ada keistimewaan masing-masing. So tak salahkan untuk kita tanamkan dalam diri kita yang sebenarnya kita ni cantik dan comel. Kita kena ada keyakinan tu tapi kalau over confident pun tak boleh jugak kan? Hehe, so pandai-pandailah nak seimbangkan :)


So mulai hari ini, mari kita sama-sama tanamkan dalam diri kita yang sebenarnya kita ni cantik dan ada someting yang menarik yang oran lain nampak dalam diri kita yang kita sendiri tak nampak. Memang susah tapi kena buat secara slowly dan besederhana sebab kalua tak, sampai ke mati pun kita akan rasa insecure dengan diri kita dan benda sebenarnya tak baik untuk diri kita


Aku cantik. Aku comel. Peduli apa orang cakap asalkan aku tahu aku cantik dan aku comel. Allah swt takkan jadikan hambaNya dengan benda yang tak baik. Mustahil tue. Kita ni adalah makhluk Allah swt yang dijadikan dengan sebaik-baiknya. Allah swt juga biarkan kita buat salah dan silap dan tak jadikan kita sempurna sebab melalui kesalahanlah, kita belajar tentang menghargai apa yang kita ada

wiwiwiwiw

Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel. Aku cantik. Aku comel.


Okay dah cukup Sara -.-


p/s : oh ya, link blog aku pun dah cakap sayabudakcomel kan? :)

 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments