Assalamualaikum
Awal pagi tadi, lepas Sahur, aku tweet tweet dan tetiba macam tercome across pasal bro code. Okay pengajaran yang terbaru aku dapat hari nie haha :D Thanks to you Syahir Md Azam! :D
Okay macam nie. Since aku kecik, aku memang dikelilingi dengan budak-budak lelaki. Sebab adik aku lelaki, kazen aku semua mostly lelaki dan aku pun kalau masa dekat tadika dan sekolah, aku memang kawan dengan budak lelaki. Memang aku macam tomboy sikitlah. Even kawan-kawan sekolah rendah aku ingat aku sampai sekarang sebab diorang cakap "Oh ni Mysara yang tomboy rambut pendek eyh?" *tepuk dahi*
So bila dah selalu berkawan dengan budak lelaki, aku macam dapat tahu lah sikit pasal habit diorang nie. Bukan semua ke tapi macam sikit lah. Jujur aku cakap, aku memang respect guys kalau diorang dah berkawan. Guys - kalau diorang dah berkawan, memang kawan akan sampai ke mati lah ibaratnya. Orang cakap bro tu dah ada dalam diri dan memang takkan dipisahkan
Yelah, cuba kita-kita yang perempuan ni fikirlah. Kalau dibandingkan dengan awek dan bro, konfem pakwe akan macam utamakan bro dari awek dia HAHA :D Memang sedih tapi yeah ~ memang ini kenyataannya yer? Contoh kalau ada game bola or lepak session dengan bro, si pakwe takdanya nak texting texting jiwang dengan kita masa tue sebab kalau tengah lepak dengan bro, sila fokus pada bro. Kalau lepak dengan bro tapi masih duk texting, nescaya akan dibooo oleh bro yang lain
Bro dan bro mempunyai satu ikatan bro yang sangat kuat. Even duit kau tinggal RM20 dalam wallet, minyak dah menyala dekat motor dan kau tak makan lagi, bro akan tetap tolong bro dia kalau bro dia tu tak ada duit. Atleast kalau tak bagi duit, bro akan tetap share dengan kawan dia atau istilah yang aku selalu dengar "tong tong", "cutting" dan sebagainya. Ini memang bro sejati sebab bro takkan biarkan bro dia susah sorang-sorang
Bro jugak takkan cantas awek bro yang lain. HAHA :D Memang sakit kalau tengok bro rampas atau dapat awek yang dia nak tapi bro yang sejati takkan cantas, ngorat awek bro dia. Sebab bagi mereka, kebahagian bro adalah lebih penting dari diri sendiri HAHA :D Ni namanya bro saling menghormati bro yang lain. Wah wah wah :O
Bro jugak akan sentiasa back up bro yang lain. Kalau bro diorang akan salah, contoh macam kena denda dekat sekolah, bro yang lain akan back up bro yang lain. Dan kalau bro tu kena denda atau hukuman, semua jugak akan kena dan mereka akan rasa bersalah kalau dalam komuniti bro mereka, hanya seorang sahaja yang kena. Ibaratnya macam nie, kalau sorang kena, semua orang akan kena. Kalau tak back up member, nescaya benda tu akan tersemat dalam jiwa ececeh ~ haha
Actually banyak lagi lah. Aku bukan nak cakap aku ni pakar dalam bab-bab bro ni tapi disebabkan benda ni macam dah hari-hari aku tengok. Sebagai contoh terdekat, aku tengok adik aku dengan member-member diorang. Ya Allah, memang terbaik sangat persabahatan diorang. Kalau sorang susah, semua susah. Kalau sorang senang, semua akan senang. Kalau bergurau, memang bergurau habis-habisan dan tak ada nya nak tacing-tacing. Kalau time cuti, diorang akan sehabis daya untuk cari satu masa dan hari untuk lepak dengan semuaaaaaaaaaa geng-geng dia. Kadang-kadang sampai lewat malam baru balik rumah
Even kadang-kadang aku tengok member-member adik aku pun, aku sendiri nak rasa nak kawan dengan diorang. Sebab diorang pun okay, masuk air dengan aku sebab aku tahu perangai diorang pun sama je macam adik aku. Lepas tu aku suka tengok kawan-kawan lelaki aku macam mana diorang bergaul sesama diorang, macam mana diorang cakap dan borak, lepak dan bergurau. Sebab aku tahu diorang memang jujur dengan bro diorang, tak adanya nak backstab member sendiri
Aku bukan nak cakap aku tak ada kawan perempuan. Aku ada je kawan-kawan perempuan yang aku memang anggap macam "sister from different parents" tapi kalau dengan lelaki nie, memang lain lah. Sebab lelaki takkan backstab member dia, takkan ada tacing tacing even gurauan tu kasar nak mampus, akan sentiasa rileks dan chill je dan yang paling aku suka, pemikiran lelaki ni lain dengan perempuan. Jujur aku cakap, aku suka duduk dalam kelas yang ramai lelaki sebab kadang-kadang diorang ni berfikir dan mengutarakan pendapat yang lain dari perempuan berfikir, gituu ~
Aku kalau dah lepak dengan lelaki, aku akan tengok dan dengar je apa yang diorang borak. Lantak korang lah nak cakap pasal apa, aku okay je. Aku suka dengar apa dan macam mana diorang berfikir. Sebab diorang cakap based on pada logik akal dan bukan pada emosi semata-mata. Dan kalau aku rasa benda tu macam bagus dan interesting, aku akan share dengan kawan-kawan perempuan aku. Atleast ada benda baik yang boleh aku dapat dan share dengan kawan-kawan aku :)
Dulu ya memang aku tak faham dengan lelaki. Tapi slowly, aku macam okaylah, faham sikit lah pasal diorang nie. Kalau nak melepak dengan sesama diorang, aku akan okay je sebab kadang-kadang bro kena ada quality time sesama diorang HAHA :D So kalau pakwe aku cakap "Malam ni I lepak dengan member I" aku takkan kacau dia sebaliknya aku akan kacau dengan kawan-kawan aku HAHA :D Come on, kita kena ada masa untuk diri sendiri bersama kawan-kawan jugak kan? :)
Kepada semua bro di luar sana, aku respect dengan korang tak kisah lah yang membaca ni kawan sekolah dengan aku ker, kawan satu kuliah dengan aku ke, kawan lepak aku ke - asalkan korang adalah lelaki. Teruskan bro dalam diri korang sebab ada yang amik iktibar dalam persahabatan korang untuk diaplikasikan dalam kehidupan dia, one of them are me :)
2 comments