Rahsia Itu Perlu Disimpan

By Mysara Newrie - Sunday, February 23, 2014

Assalamualaikum


Bila kita dah menginjak usia dewasa ni, eh eh aku lah ~ heheh aku macam baru sedar, ada benda yang aku kena rahsiakan dan simpan diam diam dalam diri aku.


Tak semua benda orang nak tahu dan tak semua kita perlu hebahkan pada semua. Ada orang just nak amik tahu pasal kita hanya kerana sifat ingin amik tahu mereka dan bukan ingin tahu untuk membantu kita. Faham tak?


Contoh, mungkin orang itu tahu apa rahsia dan kelemahan kita. Dan mungkin pada satu hari nanti dia akan gunakan kelemahan kita untuk menikam kita dari belakang. Siapa tahu? Manusia


Dan disebabkan itu, aku baru sedar. Ya, aku baru teringat semua yang pernah kawan-kawan aku cakap. Tak adalah semua cuma mereka yang rapat, datang dan berbisik dengan aku tentang sesuatu perkara


Maka dengan ini, aku akan delete beberapa entry dalam blog aku ini. Mungkin kerana ada gambar yang tak elok, isi entry yang entah apa-apa dan sebagainya yang aku rasa perlu aku buang. 


Maafkan aku. Aku menulis blog ini sejak aku berumur 17 tahun dan sekarang, aku sudah 22 tahun. Memang terlalu banyak isinya dan bicara yang sungguh tak matang. Maafkan aku jika ada yang terasa


Kadang-kadang kita perlu buang memori lama untuk mulakan yang baru :)

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments