Zombie Research

By Mysara Newrie - Sunday, May 22, 2016

Assalamualaikum

Okay sementara menunggu kawan aku, meh lah aku update tentang perkembangan dengan diri aku. Ambuiii ~


Okaylahhhhhhh ~ semenjak seminggu yang lepas, aku dan kawan-kawan aku memang macam zombie. Tidur tak cukup sebab semua orang duk siapkan research. Part aku lah yang paling horrible sikit sebab minggu depan dah nak hantar, tapi minggu ni aku baru dapat collect real data hahahhaha Ya Allah memang kalut


Aku mengaku, aku ponteng kelas kot semata-mata nak siapkan research aku. Dari jam 2 petang sampai 6 pagi aku duk menghadap lappy sebab nak siapkan research aku. Lepas tu jam 4 petang sampai 5 petang keessokkan harinya aku dengan kawan-kawan aku duk berjaga duk buat kerja dekat library dan fakulti hahahha ya Allah rupe sorang sorang masa tu dah macam zombie nak tunggu masa je hahahha


Adik-adik, di U kita akan tend untuk ponteng kelas bukan untuk tidur dan berjimba ye? Kita ponteng kelas untuk siapkan kerja dari kelas dan subjek lain hahahah #TipsMasukU

Yeayy! Dah boleh submit research!
Alhamdulilah!
Sampai senget-senget tudung aku sebab buat research punya pasal hahaha

Tapi memang berbaloi laaa aku tak tidur langsung sebab aku siapkan research Chapter 4 dan 5 aku dalam masa dua hari, which is memang agak risk tapi yeahh ~ inilah akibatnya. Masa aku hantar research aku hari Isnin hari tu pun, ada je salah situ sana sini tapi aku bantaikan je hantar sebab nanti masa VIVA aku akan betulkan


WEYH VIVA MINGGU DEPAN WEYH Y.Y


Right now, aku memang tak tahu sape panel aku tapi aku harap sangattttttttttt panel aku seorang yang okay dan baik hati. Pleasseee semua doakan aku, semoga panel Viva Mysara Newrie seorang yang lembut hati! Aminn ~


Bila dah settle research, masing-masing pun apa lagi. On the spot p Melaka pada hari Rabu hari tue hahhahahah Balik hari jeee tapi worth it lah trip ni sebab aku rasa macam happy giler. Khamis pulak p jalan-jalan dengan kawan-kawan aku, p situ sana sini. Dan hari ni pulak aku dah start buat kerja slow slow

Trip on the spot sebab pukul 10 pagi baru plan nak p Melaka hewhewhew
Jangan harap aaa jalan nak kosong macam ni time weekend dekat Melaka huhu

Okaylaaa. Chow dulu. Walaupun research dah submit tapiiii kerja dan assignment dari subjek lain melambai-lambai je, menunggu aku nak buat dorang pulak Y.Y


Tak sangka, lagi beberapa bulan je lagi aku dah nak habis belajar :')


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments