Majlis Perkahwinan Aishah Sawal & Firdaus Ramzan ; Behind The Scenes

By Mysara Newrie - Tuesday, March 06, 2018

Assalamualaikum wbt  


So straight to the point -- Hari Khamis lepas on 2 Mac 2018, lepas je balik kerja, aku terus siap siap packing barang. TBH, last week memang penat sangat-sangat sebab aku ada site visit selama 3 hari berturut-turut. Penat dia lain macam noksss. 


Khalis amik aku around 11.30 malam dan kami terus bergerak ke Bandar Tenggera! Kami berhenti dekat RnR Seremban je untuk dinner tapi banyak kedai dah tutup, maybee sebab its weekdays kan? Kalau weekend, konfem banyak lagi kedai bukak ni. So lepas dinner, terus bergerak ke rumah Echa untuk majlis perkahwinan beliau! :D

Majlis perkahwinan Echa & Apit

Kitorang gilir-gilir tidur untuk teman Iman drive. Nasib baik lepas balik kerja tu Iman sempat tidur so dia tak adalah mengantuk sangat kan? Cuma takkan nak biarkan Iman drive sorang-sorang. So around 4 pagi tu, Khalis cakap "Mai kau pulak teman Iman. Aku nak tidur" So aku pun duk borak dengan Iman


Sekali entah macam mana entah kan, tetiba kitorang sampai dekat satu kawasan jalan yang tak berturap dan lubangnya sangat besar dengan gelap dan tak ada orang. Wehhh apa niii? Aku dengan Iman macam was-was jugak sebab seingat kitorang, bukan ini jalan rumah Echa. Nak waze, line memang tak dapat weyh. Kitorang macam dekat tengah-tengah ladang kelapa sawit pada jam 4 pagi. Kau rasaaa? Hahahha


Disebabkan jalan yang tak betul tu lah, habis semua orang dalam kereta terjaga dari tidur dan panik hahahah Aku call Ten Yuhanis untuk konfemkan location tapi line internet pulak tak dapat. Entah macam mana entah, Iman dapat line so kitorang pun gerak keluar dari kawasan tu dan Alhamdulillah, jam 5 pagi kitorang selamat sampai rumah Echa :)

Bilik pengantin :)
Cantik kannn?!
Sementara menunggu Apit dan keluarga

Before nikah :)
Before nikah lagi, tengah tunggu rombongan dari pihak lelaki

Lepas sembahyang Jumaat, kitorang gerak keluar terus masjid yang berdekatan untuk nikah! Nikah diadakan pada 3.30 petang pada hari Jumaat yang lepas :)


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, Echa dan Apit selamat menjadi suami isteri yang sah :) Diorang ni dah bercinta lamaaaaaaaaaa dah tauuu, since Echa duk buat asasi lagi, haaa bayangkan -- dah berapa lama tu? 

Apit :)

Echa :)
Sarung cincin

Nangis-nangis dulu 
Bergambar dulu 
Dah halal!

Us with the bride and groom!

Alhamdulillah, semuanyaa dah selesai :)

Bergambar di pelamin pulakk :)
di pelamin yang indahhh

Aaaa gituhh ~ hahahha
Nak jugakk hahaha
Pun nakk jugak hahahha

Malam tu pulak, around jam 7 lebih, aku Ten dengan Ida tertidur kejap sementara tunggu Echa bersiap untuk majlis pada malamnya pulak. Majlis malam berinai katanyaa, yang siap bersanding dan merenjis tu hihihi

Malam berinai

Malam berinai :)
Sebab lighting pelamin cantik hahaha
Dengan Firas, comel sangat budak ni!

Malam tu siap ada karaoke lagi tauu. Haa apa lagi, memang kena conquer dengan aku dan kawan-kawan aku lah. Lepas dah karaoke, dah kejutkan seluruh penduduk Bandar Tenggera dengan suara enak dan merdu dari kami (HAHAHHAHA) kitorang lepak dekat bawah khemah makan sup ayam dan mee siput ramai-ramai hahaha best! Mee siput tu memang terbaik lah wehhh hahaha


Esok harinya, Echa make up pulak untuk bersanding. Kemudian aku pergi homestay Apit pulak untuk uruskan Apit dan bawak mak andam sekali. Then pukul 2 petang, rombongan pihak lelaki sampai ke rumah pihak perempuan dan bersandinggg :)

Pengantin bersiap

Mak andam, pengapit dan kaum keluarga dan kawan-kawan di pelamin

Well -- dah menjadi adat orang di Johor, pengantin lelaki kena bayar tol kan? Kalau tak, tak boleh jumpa pengantin perempuan. Sort of like that lah ~ Aku ni pernah dengar pasal bayar tol ni tapi tak pernah mengalaminyaaa hahahahaha


So masa diorang suruh aku duduk dekat pelamin, aku macam "eh kenapa pulak?" Barulah makcik Echa terangkan dekat aku pasal semua ni dan aku baru macam "oh ye kee! saya tak tahu!" Lepas tu pakat semua makcik Echa duk "Oh patutlahh!" Dan makin giat diorang duk cerita hahahhaha

Rombongan pihak lelaki. Yang baju biru tu Abang Ngah Apit
Bila dah dapat tol, masing-masing baru bangun hahahhaha Seronok jugak sebab 1st time aku mengalami bab-bab kena bayar tol. Selalunya kena bayar tol Plus je lol hahahha

Selamat Pengantin Baru Echa & Apit

Selamat Pengantin Baru Echa & Apit
Us :)

So sementara si pengantin duduk bersanding dan bergambar, kami yang bridesmaids ni -- ingat nak duduk diam sahaja ke? Kitorang pun sibuk duk sessi photoshoot lah! Hahahha Kelakar betul masa nak amik gambar. Kebetulan masa ni memang kitorang duk tunggu pengantin untuk outdoor photoshoot jugak hihihi


Inilah dia antara gambar-gambar yang kitorang snap sementara tunggu Echa & Apit

Wefie is a must!
Mana cukup sekeping je wefieee
The boys

"eh eh siapa tu?"

Sekali lagiii hihihi

Ida, Ten and me
Pengantin request nak tema warna so kami ikutkan sahajaa!
Lepas kami dah puas bergambar ni, pengantin ajak photoshoot dekat outdoor pulak! Apa lagi, jommm! Pergi lah kami semua dalam 2 buah kereta. Kawan kami pulak, Tirah dan Alep dah awal-awal aku dah roger pergi terus ke tempat photoshoot :) Lama tak jumpa diorang berdua!


Tak lama kami dekat situ, Tirah dan Alep pun datang :) Apa lagi, bergambar je lah! Hihihi 

Penat tapi masih nak bergambar lagi hahaha
Opss!
Cantik gambar ni kan!

Kebetulan Echa ada bawak satu veil tauu, veil masa nikah dia kot untuk digunakan sebagai props untuk diorang bergambar. Tapi alih-alih kitorang je yang conquer dan bergambar. Pengantin dan photographer duk bergambar, kitorang pun samaa! Hahahha

Tengoklah, belakang tu pengantin dan photographer.
Kitorang pun sibuk nak photoshoot jugak! Hahahha

Masa ni duk kalut dengan veil dan angin waktu petang tue hahahha
Dan tengok lah hasilnyaaa :)
4 dara ; lepas ni turn siapa pulak? Hihihi
Bergambar dalam veil pulak hahaha
Acah-acah berjalan hahahha
Acah lagiii hahhaha

Dekat waktu Maghrib jugak kitorang duduk dekat padang pasir ni hahahahha Tak tahu dekat mana sebab Echa yang bawak kitorang. Masa ni pengantin memang dah penat lain macam dah, nak pengsan dah Apit & Echa tu hahahha Siap Apit cakap dengan aku "Mai, aku rasa kena ada someone tolong drivekan kereta aku. Aku penat sangat" Kesiannn


Tapiiiiiiiiiii something happened, 


Echa's photographer, Khai accidentally teramik gambar Ten dengan balang lampu and turns out gambar tu cantik sangat! Hahhahaha Tapi bila nak amik sekali lagi, dah tak jadi dah T.T


Rupanyaa sebab gambar tu diambil dengan ada cahaya dari lampu brek kereta! Hahahhaha apa lagiiiiiiiiiiiiii -- memang masing-masing menjerit "Nakkkkkkkkkkk!" dan keluar dari kereta, padahal dah nak balik dah tu! Hahhaha


So Khai suruh someone tolong tekan lampu brek dan kitorang duduk belakang kereta untuk amik giliran amik gambar HAHHAHAHAHAHAH Yang tukang tekan brek pulak, dari dalam kereta duk menjerit-jerit "Cepat lah weh! Aku nak amik jugak!" Hahahhahahahhaha Weh kelakar gile masa ni. 

Cantik tak? :)
Cantik kan gambar ni!! Hahhahaha Haruslah weh amik gambar!

Yang pengantin Echa & Apit? Dah pengsan dalam kereta dah, penat sangat katanyaa. Si bridesmaids je yang beria amik gambar hahhahaha


Kitorang semua balik rumah Echa pulak. Mama Echa kasi kitorang makan lagi haha sebab masa ni memang lapar. Tetiba pulak terbunyi-bunyi "Jom turun JB malam ni!" Seriusss aaa? Hahahha


Aku ingatkan tak jadi p JB so lepas Maghrib tu, aku macam rileks-rileks je, duduk rehat kejap dalam bilik sambil borak-borak dengan Ida, Ten dan Tirah. Sekali Ida bagitau aku "Weh, jadi p JB. Diorang dah bersiap dah" Whatt?! Hahhahahha so kami semua lekas-lekas bersiap dan mandi dan pergi ke JB malam tu jugak pada jam 10 malam :)


Pergi JB dekat Bazar Karat je, saje jalan-jalan cuci mata then kitorang lepak dekat Hokkah District. Lepas tu, kami singgah Danga Bay kejap then terus balik. Sampai je dekat rumah, terus pengsan tidur! Hahhahaa

Gambar tak ada filter,
hasil pakai Bougas Beauty Serum, dah 3botol dah!
Nak try guna? Roger sis dekat IG @maiserum :)

Hari Ahad, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke KL. Sebelum tu kami singgah di Bangi kejap sebab tolong hantarkan baju kahwin Echa. Alhamdulillah, semua orang selamat sampai ke rumah masing-masing dengan memori phone yang dah berkurang sebab ada beratus-ratus gambar. Eh mau dekat 1000 keping gambar tauu hahahha


Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan seperti yang diinginkan. Semuanya berjalan dengan lancar, semua orang happy dapat makan dan karaoke dan yang penting -- makanan memang sedap gilos! 


Buat Echa dan Apit, selamat pengantin baru! Selamat melayari alam berumahtangga, moga bertolak ansur, sabar dan menjadi yang terbaik untuk sesama sendiri, menjadi suami isteri dan menantu yang baik kepada keluarga mertua masing-masing, mendapat keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki selalu, Insha Allah :) K k mysara, jangan menangis Y.Y


Bridesmaids Mysara takes off her duty!


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

  • Share:

You Might Also Like

0 comments