10 years of Blogging

By Mysara Newrie - Thursday, February 21, 2019

What if I close my blog?

No way.

NO. WAY.

This thoughts had been lingered in my mind since ages, waitt -- yeah since my diploma days. Dulu macam gedik gedik nak tutup tapi lepas tu rasa macam sayang so continue buat je

Lepas tu masa tengah Degree. Rasa nak tutup sebab rasa macam tak sempat nak update and if aku update pun, basically pasal students life masa tu which are super duper busy and not enough sleep!

Oh hi eyebag!

And now, Ive been have the same thoughts just now. 

The thing is Ive been blogging since 2009, since my SPM year until now. So wow! Now its been 10 years of blogging! Tak pernah okay terbayang langsung nak blogging sampai 10 tahun macam ni sebab padahal dulu buat suka-suka je, acah-acah nak emo

Weh korang boleh baca eh entry awal-awal aku dulu yang penuh dengan emosi yang berentakkan, dengan kisah cinta aku yang terputus tengah jalan (too bad cause Ive already delete it!) dan macam-macam lagi

Tapi slowly benda tu macam aku dah kurangkan dan gantikan dengan cerita-cerita yang menarik esp pasal students life aku ; macam mana aku handle kelas dan aku keluar dengan kawan-kawan aku, dengan perebutan masa situ sana sini dan assignments aku yang super duper banyak

Lepas tu dah bertukar ke alam pekerjaan yang aku rasa aku tak share banyak pun. Okay jom fikir, apa yang nak blog pasal pekerjaan eh? Hahahahha so yeah, nevermind. I will keep it low. Im comfortable to be like this

Dan sekarang ; aku blogging dari dalam bilik aku, bawah kipas yang laju dengan perut yang sakit sebab baru lepas makan maggi telur.

Mana tahu, selepas ini aku akan blogging dan menulis pasal pekerjaan aku yang aku minat, pasal seseorang yang telah berjaya curi hati aku dan kami berkahwin, pasal kisah aku mengandung, pasal anak-anak aku yang nak membesar dan pergi ke sekolah, pasal percutian aku dan keluarga aku bersama keluarga mertua dan macam mana anak-anak aku nanti dah berkahwin dan ada cucu..

Woah woah, too fast forward! 

Apa yang aku nak sampaikan sekarang ni adalah blog ini dah berjaya rekod antara moment-moment penting dalam hidup aku. Bukan sahaja cerita malah dengan setiap gambar yang ada kenangan di dalamnya. 

Setiap kali aku baca balik entry-entry yang lama, aku akan tersenyum sendiri. Boleh terbayang riuhnya zaman aku belajar dulu, dengan kawan-kawan yang penuh dengan gelak ketawa macam langsung tak ada masalah, dengan bunyi membahan dan macam-macam lagi.

I miss that actually but life must go on

Sekarang ini semuanya tak sama macam dulu. Sekarang ni semua ada komitmen masing-masing. Begitu peritnya aku rasa tengok semuanya tak sama tapi aku ajar diri aku untuk terima dan redha dengan apa yang terjadi. 

Setiap orang ada time zone masing-masing. Ada yang dah jadi top management, handle projects. Ada yang dah bertunang, kahwin dulu dan ada anak. Ada yang dah ada anak kedua dan tengah berpantang dan ada yang masih sama-sama macam aku ; masih mencari dan mencuba. Dan bila dah tiba moment untuk aku tu, aku pasti akan kenangkannya sebagai salah satu kenangan terindah.

Aku tak tahu orang lain macam mana tapi aku akan tetap simpan blog ini. Aku akan tulis semuanya sebab aku nak baca balik benda-benda yang lepas so ianya akan buat aku keep on moving dan bersyukur dengan apa yang ada

So, yes I wouldnt close my blog. Blog ni jadi saksi kepada semua yang terjadi dan aku nak simpan sampai bila-bila :)



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / bougasbeauty.mysaranewrie
Twitter : @mysaranewrie

  • Share:

You Might Also Like

0 comments